Selepas posting terdahulu berhubung satu lagi masjid bakal dirobohkan di Kuala Terengganu, ramai bertanya kesahihan laporan saya. Ada yang tidak percaya.
Sebaik pulang ke Kuala Terengganu semalam saya terus ke Masjid Raja Bukit Besar untuk solat Asar. Dan sememangnya kerja-kerja awal untuk merobohkan masjid tersebut sudahpun bermula.
Beberapa rumah di sekeliling masjid yang dikatakan telah diambilalih untuk projek pembinaan semula masjid ini telah mula dirobohkan.
Apakah perlu sesebuah masjid penuh sejarah yang melibat pemerintahan seorang sultan di suatu masa dahulu dilenyapkan? Apa akan jadi dengan warisan sejarah kita? Apa yang akan jadi dengan sedekah jariah orang-orang terdahulu untuk saham mereka yang kini kesemuanya telah tiada lagi untuk menokok tambah pahala mereka?
Masjid ini dipercayai sudah berumur lebih 80 tahun dikatakan bakal menyembah bumi awal tahun depan.
Wajar juga Persatuan Sejarah Terengganu dan mana-mana badan lain yang ingin memelihara warisan sejarah Islam dan pusaka tradisi Melayu menggerakkan bantahan terhadap usaha merobohkan masjid yang telah bertapak dengan niat jariah ramai yang telah pergi. Janganlah kita putuskan sadaqah mereka.







"The Sulaimanian" blog of
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Sultan Sulaiman Secondary School, Kuala Terengganu
Selamatkan Warisan Sejarah Trengganu
Save Our Historical Heritage
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
3 comments
Comments feed for this article
3 August, 2011 at 6:50 am
Masjid Baru Taman Jaya, Jalan Pusara Dibuka Untuk Solat Jumaat « Karim’s Blog
[...] ini di atas tapak runtuhan masjid lama yang bersejarah di Chendering (klik) dan Bukit Besar (klik di sini atau di sini) yang masih belum siap selepas beberapa kali terbengkalai. Pintu ke ruang solat [...]
3 August, 2011 at 12:35 pm
Masjid Baru Taman Jaya, Jalan Pusara Dibuka Untuk Solat Jumaat | Darul Iman
[...] ini di atas tapak runtuhan masjid lama yang bersejarah di Chendering (klik) dan Bukit Besar (klik di sini atau di sini) yang masih belum siap selepas beberapa kali terbengkalai. {Pintu ke ruang solat [...]
10 August, 2011 at 9:06 pm
Masjid Baru Taman Jaya, Jalan Pusara Dibuka Untuk Solat Jumaat | Al Masjid
[...] ini di atas tapak runtuhan masjid lama yang bersejarah di Chendering (klik) dan Bukit Besar (klik di sini atau di sini) yang masih belum siap selepas beberapa kali [...]