Petikan dari kitab “Bidayatul Hidayah” karangan al-Imam al-Ghazzali

Bersambung dari: Menjauhi Maksiat – Telinga dari Bab Menjauhi maksiat

Menjauhi Maksiat

3.         Lidah

Allah telah menganugerahkan lidah kepada kamu agar dapat engkau pergunakan untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah dan membaca kitabNya, mengajak ummat untuk taat menuju ke jalan Allah, berdoa dan melahirkan kehendak hatimu tentang usaha agama dan kehidupanmu. Jika lidahmu engkau pergunakan untuk tujuan-tujuan lain yang tidak baik, maka bererti engkau tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu.

Lidah adalah salah satu anggota badan yang paling mudah membawa kepada kehancuran terhadap dirimu dan juga terhadap orang-orang lain. Oleh kerana itu kebanyakan manusia yang diseret ke dalam api neraka adalah disebabkan oleh perbuatan lidah. Maka peliharalah dan kuasailah lidahmu supaya jangan sampai kerananya engkau terjerumus ke dasar api neraka.

Di dalam hadith lain yang isi menyatakan, ertinya;

“Di masa Rasulullah s.a.w., pada suatu saat ada seorang yang mati dalam medan pertempuran. Maka berkata seseorang: ‘Bahagialah baginya kerana tersdia syurga’. Kemudian Nabi s.a.w. berkata kepada orang itu: ‘Apakah engkau tahu barangkali dia pernah mengucapkan sesuatu yang tidak berfaedah atau dia bakhil kerana takut dirinya rugi?”

Kerana sedemikian beratnya pembalasan yang disebabkan oleh perbuatan lidah maka jagalah baik-baik dan hindarkan lidahmu itu dari lapan perkara berikut:

  1. Dusta
  2. Engkar janji
  3. Ghibah (membuka keburukan orang)
  4. Berbantahan untuk mencari kemenangan
  5. Memuji diri sendiri
  6. Mengutuk
  7. Mendoakan yang buruk terhadap sesama makhluk
  8. Bersenda-gurau yang cela dan mengejek

*********

Kerana topik Menjauhi Maksiat – Lidah agak panjang, akan disiarkan secara berperingkat menurut topik-topik kecil berikut selepas ini:

  • Dustaklik untuk baca
  • Engkar janji
  • Ghibah (membuka keburukan orang)
  • Berbantahan untuk mencari kemenangan
  • Memuji diri sendiri
  • Mengutuk
  • Mendoakan yang buruk terhadap sesama makhluk
  • Bersenda-gurau yang cela dan mengejek


About these ads