Pagi ini saya telah mengirim satu emel ke pihak Monash University (melalui pegawai – En. Mohamed Ismail – nama dihebah sebagai “contact person” untuk program ini dalam poster sebelah). Emelnya:
Menurut laman: http://www.timeoutkl.com/books/events/Irshad-Manji-on-Moral-Courage-Creating-Space-for-Islam-and-Democracy nama tuan adalah diberikan sebagai contact person untuk program ini.Kami yang mewakili NGO-NGO Islam membantah sebarang penganjuran yang menghina Islam seperti ini. Orang seperti Irshad Manji tidak sepatutnya diberi ruang untuk berterusan menghina Islam apatah lagi di negara kita ini.Mohon pihak saudara batalkan program dan maklumkan kepada orang ramai pembatalan program ini dengan kadar SEGERA.
Selang beberapa minit beliau menjawab dengan kenyataan berikut dengan memetik kenyataan ketua jabatan:
There is no seminar scheduled by the School of Arts and Social Sciences on Friday 18th May 2012.
Our seminar schedule can be viewed athttp://www.sass.monash.edu.my/research/SASS-Seminar-Series.html
Prof James Chin, Head, School of Arts & Social Sciences
Dan saya dengan segera membalas emel tersebut dengan:
Terima kasih atas jawapan segera dari emel saya. Saya telah beberapa kali cuba menelefon tuan – tetapi tiada jawapan.Memandangkan maklumat sudah tersebar luas yang mengatakan adanya satu program yang akan dilangsungkan di Monash University – termasuk di”Tweet”kan oleh penulis buku sendiri (http://twitter.com/#!/IrshadManji) dan Ezra Zaid (penerbit buku), adalah wajar pihak Monash mengambil inisiatif dengan membuat kenyataan penafian secara terbuka.Ini dari tweet EzraZaid – penerbit buku: http://twitter.com/#!/EzraZaid/status/202621725110833152/photo/1 - poster program di Monash.Pihak Monash MESTI juga menghubungi pihak http://www.timeoutkl.com/books/events/Irshad-Manji-on-Moral-Courage-Creating-Space-for-Islam-and-Democracyyang membuat pengumunan majlis ini sejak 16 Mei lagi – termasuk memasukkan nama tuan sebagi contact personnya.Penafian yang lebih bersungguh dan terbuka amat perlu bagi mengesahkan jawapan emel tuan.Semoga sama-sama kita banteras gejala songsang ini dari bumi tanah air kita.
Saya tidak pasti apakah benar-benar tiada majlis seumpama itu di Monash University kampus Sunway atau ianya suatu helah. Ini memandangkan hebahan program ini telah tersebar luas dalam pelbagai media, blog, tweeter dan Facebook.
Atau apakah program ini sememangnya akan diadakan tetapi tidak dianjurkan oleh Monash hanya sekadar mengguna premisnya sahaja. Apa-apa pun kita tetap bantah.
Hebahan yang saya ambil pada imej di atas adalah antara yang awal menyiarkannya termasuk menyebut nama pegawai, no. telefon dan emel yang boleh dihubungi (tidak mungkin Monash tidak terlibat?). Kalau pihak Monash University bersungguh dalam menafi penganjurannya, mereka MESTI membuat penafian yang lebih bersungguh.
Seorang sahabat yang kanan dalam profesion guaman turut menegaskan bahawa pihak universiti MESTI membuat laporan polis kerana ada pihak yang cuba mencemar nama baik universiti.
Sama-sama kita bantah penganjuran program sebegini dan menyeru pihak penguatkuasa mengambil langkah segera mengawal program ini dan yang seumpamanya dari diadakan di tempat kita. Wajar juga orang yang menghina Islam seperti ini tidak kita benarkan berada di tanah air kita.




"The Sulaimanian" blog of
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Sultan Sulaiman Secondary School, Kuala Terengganu
Selamatkan Warisan Sejarah Trengganu
Save Our Historical Heritage
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
6 comments
Comments feed for this article
17 May, 2012 at 2:34 pm
ahmadalikarim
Saya pun rasa pelik macamana tak ada seminar Irshad Manji di Monash University bila pengumuman seminar itu telah di siarkan dalam banyak website. Adakah Universiti itu tidak mahu mengaku sebab takut orang Islam marah dan membantah program itu? Mereka mesti bercakap benar dan universiti itu perlu buat lapuran polis kalau betul tak ada program. Honesty is the best policy, they should be honest and not tell a lie.
Kalau betul Monash University tidak cakap benar pasal program ini saya rasa kita patut buat lapuran polis dan beri bukti emel yang dihantar itu sebagai bukti. Sekarang semua orang Islam mesti cari jalan untuk batalkan program-program Irshad Manji. Tapi saya masih kecil, jadi tak ada idea cara mana kita nak batalkan program itu sebab waktu itu kita mesti solat Jumaat. Kalau kita tinggalkan solat Jumaat kita berdosa sebab solat Jumaat itu wajib untuk lelaki Muslim. Mungkin orang dewasa dan bijak boleh fikir apa nak buat.
17 May, 2012 at 2:52 pm
Program Irshad Manji Di Borders dan Monash Dibatalkan? « Karim’s Blog
[...] Pihak Monash Emel Saya Nafi Ada Seminar Irshad Manji [...]
18 May, 2012 at 12:02 am
Selagi Irshad Manji Masih Di Malaysia – Mereka Terus Rancang Untuk Buat Program « Karim’s Blog
[...] Pihak Monash Emel Saya Nafi Ada Seminar Irshad Manji [...]
19 May, 2012 at 12:28 pm
Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam? « Karim’s Blog
[...] Pihak Monash Emel Saya Nafi Ada Seminar Irshad Manji [...]
23 May, 2012 at 8:14 pm
Siaran Temubual Irshad Manji di BFM89.9 Dibatalkan « Karim’s Blog
[...] Pihak Monash Emel Saya Nafi Ada Seminar Irshad Manji [...]
24 May, 2012 at 7:45 am
Jawi rampas buku Irshad Manji « Karim’s Blog
[...] Pihak Monash Emel Saya Nafi Ada Seminar Irshad Manji [...]