Irshad Manji dan para penganjur kehadirannya di Malaysia tidak akan berhenti untuk terus mencari ruang untuk dia bersuara dan menghebahkan idea kesongsangannya selagi dia berada di Tanah Air kita.
Pemantauan pelbagai tweet dan akaun FB akhir-akhir ini mengambarkan terdapat pelbagai usaha untuk mengetengahkan pengaku dan pengamal Lesbian ini supaya mendapat ruang juga setelah pembatalan ceramahnya di Universiti Monash kampus Sunway dan pelancaran buku di The Borders diumumkan.
Terdapat ramai yang bertanya dalam tweet mereka ke Irshad Manji dan Ezra Zaid (penerbit buku beliau) ingin mengetahui program alternatif – antaranya:
@moe_tayeb: have u confirmed where the event will be held?
- Not yet. Will tweet out time/day/location as soon as we have them. Stay tuned… [8:37 PM - 17 May 12]
- Then stay tuned! Hope to announce public event v soon. Hugs from KL [9:00 PM - 17 May 12]
Mereka juga mengambil-kira isu-isu keselamatan hasil dari pengalaman mengerunkan mereka di Indonesia minggu lepas:
- That’s why we work on detailed security plan b4 we can announce details of any public event. [10:30 PM - 17 May 12]
Malah, Irshad juga memaklumkan bahawa beliau telahpun membuat rakaman dengan radio BFM 89.9 yang bakal disiarkan dalam masa terdekat.
Maka, untuk ini, sesiapa yang mempunyai akses dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mesti segera bertindak untuk menyekat siaran tersebut.
Terbaru, Irshad turut bercadang untuk menyertai “Occupy Dataran”.
Sama-sama kita terus pantau dan halang sebarang ruang untuk pemikiran Liberal yang menghina Islam ini dari terus berlegar di Malaysia.




"The Sulaimanian" blog of
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Sultan Sulaiman Secondary School, Kuala Terengganu
Selamatkan Warisan Sejarah Trengganu
Save Our Historical Heritage
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
4 comments
Comments feed for this article
18 May, 2012 at 10:40 am
ahmadalikarim
Irshad Manji tidak boleh di biarkan mempengaruhi orang Islam di sini kerana kita tidak boleh reform Islam. Apa Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) lakukan itu adalah betul.
19 May, 2012 at 12:28 pm
Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam? « Karim’s Blog
[...] Selagi Irshad Manji Masih Di Malaysia – Mereka Terus Rancang Untuk Buat Program [...]
23 May, 2012 at 8:14 pm
Siaran Temubual Irshad Manji di BFM89.9 Dibatalkan « Karim’s Blog
[...] Selagi Irshad Manji Masih Di Malaysia – Mereka Terus Rancang Untuk Buat Program [...]
24 May, 2012 at 7:45 am
Jawi rampas buku Irshad Manji « Karim’s Blog
[...] Selagi Irshad Manji Masih Di Malaysia – Mereka Terus Rancang Untuk Buat Program [...]