KUALA LUMPUR 11 Jan. – Seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam.

Perkara itu didedahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang merujuk kepada perakuan di dalam buku tulisan paderi tersebut iaitu Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.

YahwehKatanya, berdasarkan buku itu, Jahja memberitahu bahawa kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) ialah Elohim.

Menurut Wan Zahidi, jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah bukan Allah, berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

“Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh Jahja telah menerbitkan kitab suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT) yang mana terjemahan itu tidak lagi tertera kalimah Allah, sebaliknya menggunakan Elohim sebagai nama sembahan orang Kristian.

Laporan di atas diambil dari Utusan Malaysia.

Baca teks penuh dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di sini (KLIK)

***************************************************

Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa

***************************************************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

About these ads