Kenyataan rasmi MuslimUPRo

MUSLIMpro official logoMuslimUPRo ingin merakamkan ucapan syabas kepada kerajaan Malaysia yang telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia berdasarkan syor-syor negara2 anggota Majlis Hak Asasi Manusia.

Penerimaan muktamad Malaysia telahpun dinyatakan di dalam dokumen rasmi PBB rujukan A/HRC/25/10/Add.1 bertarikh 4 Mac 2014 yang memperlihatkan sikap bertanggungjawab Malaysia menerima syor-syor yang munasabah dalam usaha memperbaiki keadaan HAM di negara ini. Pendirian Malaysia dinyatakan semasa Sesi Penerimaan Muktamad hari ini (20 Mac 2013). Sebagai sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan keserdehanaan, komitmen Malaysia terhadap usaha memperbaiki tahap dan keadaan Hak Asasi Manusia di negara ini, tanpa berkompromi dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti sejarah, agama dan budaya negara.

Dari sejumlah 232 syor-syor tersebut, 113 syor-syor secara sepenuhnya, 21 syor secara prinsipnya diterima, manakala 83 ditolak.

Di antara syor-syor yg ditolak termasuklah fasal-fasal berikut di dalam deraf laporan  24 Oktober 2013 semasa sesi UPR: 146.2, 146.3, 146.4, 146.8, 146.10, 146.12, 146.13, 146.15, 146.16, 146.17, 146.18, 146.19, 146.21, 146.25, 146.28, 146.99, 146.100, 146.101, 146.102-104, 146.129, 146.41-43, 146.145-146, 146.152, 146.156-159, 146.166-168, 146.174, 146.77, 146.203, 146.209, 146.210, 146.211, 146.225.

Kebanyakan syor-syor yang ditolak adalah tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam laporan yang dihantar Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) bertarikh 11 Mac 2013 kepada sesi pusingan kedua UPR 24 Oktober 2013 yang lalu.

Di antara isu-isu utama yang telah dikemukakan COMANGO yang melanggar batas Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang negara ialah gesaan memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah termasuklah aktiviti-aktiviti LGBT, gesaan menandatangani ICCPR, ICERD (mempersoalkan Perkara 153 berkenaan hak istimewa Bumiputera dan hak hak absah kaum lain). Artikel 18 ICCPR apabila dibaca bersama Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) adalah berkaitan hak kebebasan beragama, yang termasuk hak untuk meninggalkan agama atau murtad.

Selain itu, Malaysia juga menolak secara khusus gesaan untuk mengkaji semula sistem undang-undang syariah, dengan menegaskan tiada konflik berkenaan kecekapan Mahkamah Sivil dan Syariah atas dasar keutuhan dan kejelasan pembahagian bidangkuasa menurut Perkara 121(1A) di dalam Perlembagaan Persekutuan (Syor 146.50).

MuslimUPRo bakal menganjurkan persidangan nasional perundingan pakar bersama ilmuwan Islam dan syariah dan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) untuk memperhalusi Dokumen Penerimaan Muktamad Malaysia bagi meneliti penerimaan yang telah dibuat dan merangka tindakan susulan syor-syor yang diperakui, serta mempersiapkan gagasan kearah pusingan ketiga UPR tahun 2017 kelak.

delegasi MuslimUPRo-2014Semasa di Geneva, MuslimUPRo telahpun mengadakan beberapa siri pertemuan termasuk dengan seorang ahli parlimen Britain dan pelbagai NGO berpengkalan di Geneva. Tujuan pertemuan MuslimUPRo dengan pihak-pihak berkenaan adalah konsisten dengan usaha menerangkan kedudukan Islam di Malaysia serta realiti sebenar keadaan dan pencapaian Hak Asasi Manusia di negara ini.

Usaha dijalankan MuslimUPRo susulan penerimaan muktamad ini adalah untuk memperkukuh jaringan dengan NGO Hak Asasi Manusia di Eropah serta merangka pelan bagi mengisi penubuhan Pusat Kecemerlangan Ilmu Hak Asasi Manusia yang telah diumumkan penubuhannya semasa Seminar HAM pada 12 Mac 2013 lalu. Pusat ini bukan sahaja akan menjalankan penyelidikan mendalam isu isu Islam dan HAM, tetapi juga melatih aktivis-aktivis HAM dari kalangan ahli gabungan MuslimUPRo dan mengadakan advokasi isu Islam dan HAM. 

Rujukan laporan penerimaan syor-syor Malaysia:  http://www.upr-info.org/IMG/pdf/a_hrc_25_10_add-1_malaysia_e.pdf

20 Mac 2014

Azril Mohd Amin
Ketua Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam ke Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland (MuslimUPRo)

http://azrilmohdamin.com/2014/03/21/malaysia-tolak-tuntutan-tuntutan-kontroversi-di-upr-geneva/

*****************

UPR: Alhamdulillah Syukur – Namun Kerja Masih Panjang

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin 

About these ads