You are currently browsing the category archive for the ‘maklumat’ category.
Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
… murtad boleh terjadi dengan melakukan salah satu daripada tiga perkara berikut:-
1. Melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli)
2. Melalui perbuatan atau tingkahlaku. (Murtad Fi’li)
3. Melalui akidah, kepercayaan atau niat. (Murtad I’tiqadi)
Maka, jika seseorang menyanyikan lagu Agnes Monica, penyanyi dari Indonesia, bertajuk “Allah Peduli”, seseorang itu boleh jatuh murtad “melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli)”.
Mengapa begitu?
Di hujung lagu tersebut terdapat senikata yang berbunyi:
Sebab Allah Yesus ku mengerti
Berapa ramaikah orang-orang kita yang menyanyi lagi ini tanpa perasan Allah yang dimaksudkan itu adalah tuhan Kristian?
Jika kita dengar betul-betul lagu tersebut, Agnes Monica tidak menyebut nama “Jesus” itu dengan jelas yang mudah untuk kita sedari. Dengan loghat dan pelat sebutan Indonesia, “Yesus” yang disebutnya sukar untuk orang-orang biasa ketahui maksud perkataan yang disebut.
Setelah beberapa bulan saya memainkan lagu ini dalam siri ceramah penerangan polemik isu kalimah Allah di merata pelusuk negara terutama di kawasan pendalaman, didapati ramai orang-orang kita yang hadir dan mendengar lagu tersebut tidak perasan akan sebutan Tuhan Allah yang dimaksudkan dalam lagu tersebut adalah Tuhan orang Kristian – Jesus/Yesus.
Sebab itu kita kena berhati-hati dalam percakapan kita. Jangan kerana mulut badan binasa dalam api neraka.
Nama saya Abdul Karim.
Saya seorang lelaki.
Dalam Bahasa Inggeris, lelaki disebut sebagai “man”.
Untuk diterjemahkan “man” ke dalam Bahasa Melayu, ianya ialah “lelaki”.
Bukan “Abdul Karim”.
Kerana itu nama saya, dan nama lain-lain lelaki yang senama dengan saya.
Takkan semua “man” yang ditemui hendak kita kirakan itu adalah “Abdul Karim”.
Begitu juga untuk seorang yang bernama “Mariam”.
Beliau seorang wanita.
Dalam Bahasa Inggeris, wanita disebut sebagai “woman”.
Untuk diterjemahkan “woman” ke dalam Bahasa Melayu, ianya ialah “wanita”.
Bukan “Mariam”.
Kerana itu nama khas kepada wanita itu dan lain-lain wanita yang bernama “Mariam”
Begitulah apabila kita hendak terjemah istilah “God” dari Bahasa Inggeris.
“God” dalam Bahasa Melayu disebut “Tuhan” bukannya diterjemahkan dengan nama khas “Allah”.
Mudahnya nak faham.
KUALA LUMPUR 26 Mac – Jenazah cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, selepas solat zuhur hari ini.
Antara yang hadir dalam majlis pengkebumian itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga, Datuk Dr. Hasan Ali.
Yang hadir sama, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.
Pemergian Allahyarham dianggap sebagai kehilangan besar kepada negara berdasarkan jasa-jasanya sebagai ilmuwan dan ulama tersohor yang membantu mempertahankan agama Islam.
Menurut anak ketiga Allahyarham, Ahmad El-Muhammady, 35, sehingga ke saat-saat terakhir, bapanya masih setia bersama buku sebelum tiba-tiba mengadu berasa penat.
“Ahad lalu, semasa keluarga berkumpul meraikan kejayaan cucu-cucu dalam peperiksaan, ayah ada mengingatkan supaya kita teruskan usahanya iaitu mempertahankan ajaran Ahli Sunah Wal-Jamaah di negara ini dan mempertahankan daripada pelbagai cabaran pemikiran.
“Allahyarham sihat, cuma akhir-akhir ini nampak penat. Beliau juga ada menterjemah dua buah buku yang belum sempat disiarkan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Sementara itu, Pengerusi Pusat Islamisasi UIAM, Prof. Ulung Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan menyifatkan Allahyarham seorang sarjana, intelektual dan ulama Islam yang seluruh kehidupannya adalah untuk ilmu pengetahuan.
“Beliau faham cabaran dunia moden dalam Islam iaitu cabaran mazhab Syiah, fahaman pluralisme dan liberalisme yang cuba disebar dan dikembangkan dengan meluas.
“Selain itu beliau sedar situasi dunia hari ini, cabaran intelektual, usaha mempertahankan identiti Islam, tradisi ilmu mengikut Ahli Sunah Wal-Jamaah dan memahami dunia ilmu barat serta ilmu Islam tradisonal hingga kitab klasik,” katanya yang telah bersahabat sejak kecil lagi.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mengenali rapat Allahyarham sejak zaman belajar pula berkata, Allahyarham sering dijadikan sebagai tempat rujukan dalam siasah politik Islam.
“Beliau sentiasa berpesan kepada saya bahawa seorang pemimpin perlu amanah dan jujur kepada rakyat yang menjadi asas.
“Saya melihat Allahyarham adalah intelek Islam setanding dengan sarjana antarabangsa dan ulama tersohor dunia yang tidak menonjolkan diri serta bersikap sederhana. Beza sifatnya dengan sesetengah ulama yang ada,” ujarnya. – UTUSAN
Sumber: Utusan Malaysia @Utusan Melayu (M) Bhd
*************
Doa Untuk Ustaz Uthman El-Muhammady - Jun 2012
oleh: Prof. Madya Dr. Shamrahayu A Aziz
Pada minggu lalu saya menyebut mengenai tanggungjawab setiap warga negara untuk menghormati undang-undang yang sah dan sedang berkuat kuasa. Tanggungjawab itu adalah inti pati kepada prinsip kedaulatan undang-undang yang juga sebahagian daripada falsafah negara. Prinsip ini juga dimaktubkan sebagai Rukun Negara.
Kita tahu mengenai sejarah pengenalan Rukun Negara. Kita juga sedar bahawa Rukun Negara adalah inspirasi kepada kesinambungan dan kelangsungan negara. Isi kandungannya bersumberkan Perlembagaan Persekutuan. Dalam kata ringkas, sebagai warga negara yang bertanggungjawab, Rukun Negara itu hendaklah dihormati dan menjadi amalan dalam apa juga situasi.
Tanggungjawab semua warga negara
Undang-undang yang ada di negara ini, sama ada yang terpakai kepada semua warga negara atau yang hanya terpakai kepada sebahagiannya saja seperti undang-undang Islam, hendaklah dihormati oleh setiap warga negara. Pada minggu lalu, saya juga merujuk kepada tanggungjawab setiap warga negara menghormati undang-undang Syariah yang melarang penggunaan kalimah Allah. Undang-undang ini begitu jelas dan ia bukanlah fatwa yang dikeluarkan oleh mufti.
Maka, sekiranya ia adalah undang-undang yang sah, maka setiap diri yang mencintai tanah air ini hendaklah menghormatinya. Hujah bahawa undang-undang syariah tidak terpakai ke atas orang bukan Islam maka undang-undang itu tidak perlu dipatuhi oleh orang-orang bukan Islam tidak layak untuk diterima.
Sekiranya hujah ini diterima, ia akan mendatangkan bahaya bukan kepada sistem perundangan tetapi juga kepada kesinambungan sistem masyarakat kita. Sistem yang kita amalkan di negara ini sarat dengan sifat toleransi, saling menghormati serta pengorbanan.
Dalam konteks ini, adalah menjadi tanggungjawab moral untuk menghormati undang-undang. Walaupun tiada persoalan perundangan tanggungjawab itu perlu dituntut demi kelangsungan sistem perundangan dan sistem kemasyarakatan di negara tercinta ini. Kita harus sedar bahawa baik sistem perundangan atau sistem kemasyarakatan yang kita cipta sejak dulu sudah berupaya memberikan kita kemakmuran yang boleh dibanggakan.
Kemakmuran yang kita kecapi itu adalah hasil pengorbanan besar banyak pihak. Jika ditanya kepada orang Islam sendiri, pelbagai pengorbanan yang sudah mereka lakukan demi kemakmuran negara ini.
Bukan Islam patut faham
Umpamanya, undang-undang yang membabitkan hukuman Islam dalam pelbagai kesalahan jenayah adalah antara pengorbanan umat Islam di negara ini. Ini bukan berkaitan hudud semata-mata, tetapi ia juga membabitkan hukuman qisas dan takzir.
Pada pendapat saya, inilah sebesar-besar pengorbanan umat Islam di negara ini yang perlu difahami dan dihargai. Perlulah dinyatakan dengan jelas di sini bahawa dalam ajaran Islam kegagalan mengamalkan perkara sebegini memberi implikasi besar ke atas hubungan seorang Islam dan agamanya. Ia membabitkan soal keimanan dan kepercayaan orang Islam kepadanya. Ia membabitkan soal aqidah, iaitu perkara yang begitu penting bagi orang Islam.
Saya fikir, dalam kemelut beberapa perkara ketika ini, termasuklah pelbagai hal berkaitan hak asasi, sebahagian masyarakat bukan Islam, terutama golongan yang sering mempersoalkan kedudukan agama Islam serta undang-undangnya harus menyedari mengenai perkara ini.
Berbalik kepada konsep kedaulatan undang-undang dan tanggungjawab moral yang disebut di atas, adalah juga penting supaya tiada pihak mengambil peluang atas kelemahan orang lain. Maksud saya di sini, sekiranya sesuatu perkara itu jelas diperundangkan dan menjadi sebahagian daripada perundangan negara, maka kelemahan pihak lain tidak boleh dijadikan peluang untuk melanggar undang-undang berkenaan.
Kembang ajaran bukan Islam satu perbuatan jenayah
Perbuatan mengembangkan ajaran bukan Islam kepada kalangan orang Islam adalah satu perbuatan jenayah. Saya tidak bermaksud menyatakan soal keimanan orang Islam itu tidak penting, tetapi apa yang saya maksudkan ialah, kelemahan orang Islam itu tidak harus diambil kesempatan oleh pihak lain. Ini juga satu prinsip kebebasan beragama yang disebut dalam instrumen antarabangsa.
Prinsip kedaulatan itu begitu penting untuk difahami dengan lebih baik dan sedikit berbeza dalam negara kita yang mengamalkan dua sistem perundangan itu. Ini bagi membolehkan sistem kita mampu mencapai hasrat sebenar negara ini.
Penulis Profesor Madya di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM
sumber: Berita Harian
Wajar untuk kita sama-sama fahami polemik isu kalimah Allah ini dalam konteks Perlembagaan Persekutuan kita. Penjelasan baik oleh Tuan Haji Naser Disa di sini:
.
.

Ini adalah rakaman semasa Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013.
Dengarlah dari orang yang terlibat dari awal dalam isu tuntutan ini.
Moga kita boleh faham dan tidak lagi membuat komen-komen yang tersasar kerana terbawa-bawa dek kerana kita tidak faham isu ini.
Sebarkanlah supaya dapat dimanfaatkan oleh ummah.
Petikan ceramah Bro. Shah Kirit dalam forum Isu Kalimah Allah – Apa Sensitiviti Kita? pada 17hb Januari 2013 di Masjid Al-Azim Pandang Indah
Satu lagi panelis ialah Ustaz Kazim Elias. Videonya boleh diakses di sini: Ustaz Kazim: Sensitiviti Kita Dalam Isu Kalimah Allah
Rakaman penuh forum “Isu Kalimah Allah – Apa Sensitiviti Kita?” oleh Ustaz Kazim Elias di Masjid Al-Azim Pandan Indah pada 17hb Januari 2013. Forum anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama dengan seorang laigi ahli panel Bro. Shah Kirit.
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam.
Perkara itu didedahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang merujuk kepada perakuan di dalam buku tulisan paderi tersebut iaitu Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.
Katanya, berdasarkan buku itu, Jahja memberitahu bahawa kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) ialah Elohim.
Menurut Wan Zahidi, jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah bukan Allah, berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.
“Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh Jahja telah menerbitkan kitab suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT) yang mana terjemahan itu tidak lagi tertera kalimah Allah, sebaliknya menggunakan Elohim sebagai nama sembahan orang Kristian.
Laporan di atas diambil dari Utusan Malaysia.
Baca teks penuh dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di sini (KLIK)
Akhirnya gambar KL Jem Gilerr Pagi Nih! terbongkar bahawa ianya hanyalah satu pembohongan.
Seorang rakan FB mengirim gambar asal yang sebenarnya dipetik dari sebuah portal berita dari Florida Amerika Syarikat yang melaporkan fenomena Carmageddon yang berlaku di bandaraya Los Angeles, juga di Amerika Syarikat, pada tahun lepas.
Mujur admin FB group tersebut cepat men”delete”kan posting tersebut sebaik saya menegur kedudukan kenderaan yang salah bukan suasana jalanraya di Malaysia. [tapi sempat saya "screen capture"nya - yang saya kongsikan di atas]
Begitulah ianya sebagai peringatan untuk kita semua, terutama kita umat Islam agar berhati-hati menerima sesuatu berita. Kesahihan sesuatu berita yang kita terima adalah amat penting. Ini kerana kita bertanggung-jawab atas sebaran berita palsu.
Kadang-kadang kita mudah menerimanya apabila kita rasa ianya menyebelahi kita sambil kita menghentam puak yang kita tidak suka, seperti contoh di bawah (komen dari gambar di FB tersebut):
Hinggakan kadang-kadang timbul perasaan syok sendiri walaupun diri tertipu:
Kesian …
Semoga Allah memelihara kita semua dari fitnah akhir zaman. Ameen.
**********
Dikemaskini tambahan:
Boleh sesiapa tolong perjelaskan kenapa gambar yang sama ini juga tercatat di FB yang tercatat nama Anwar Ibrahim di bawahnya?
Baru terbaca satu posting dalam FB. KL jem gilerr pagi tadi. Laluan masuk ke ibu kota sesaaak sekali. Saya paparkan gambar yang disiar itu di bawah. Renung baik-baik.
Renung baik-baik. Cuba klik imej dan zooooomkan.
Cuba jawab soalan-soalan ini:
1. Di Malaysia kita, kita pandu sebelah mana jalan?
2. Cuba cari beberapa kenderaan yang mana kenderaan kiri/kanan/depan atau belakangnya sama. Ha ha ha … saya ada jumpa – paling kurang 3 tempat. Anda mungkin lebih tajam pemerhatian dan pasti dapat jumpa lebih.
3. Cuba tenguk lanskap kiri kanan jalan raya ini. Pening saya memikirkan lebuhraya masuk ke KL yang mana satu ni?
4. Dan perhatikan juga lanskapnya lagi. Agaknya bangunan besar sebelah kiri tu pusat pemeriksaan kenderaan Puspakom yang baru kot!
Saudara pembaca sekalian tidak lagi boleh akses ke posting tersebut kerana ianya sudah dipadamkan selepas saya komen bahawa laluan kenderaan dalam gambar itu terbalik. Hanya sempat seorang lagi yang komen terakhir tetapi lepas itu dipadamkan. Malah tak sempat saya nak buka komennya. Lihat di bawah:
Susah nak percaya dengan gembar-gembur yang entah apa niat mereka. Itulah antara fitnah akhir zaman.
***********
Susulannya … Ha ha ha … Terbongkar Pembohongan Gambar Promosi HKR#KL112










"The Sulaimanian" blog of
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Sultan Sulaiman Secondary School, Kuala Terengganu
Selamatkan Warisan Sejarah Trengganu
Save Our Historical Heritage
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
Recent Comments