You are currently browsing the tag archive for the ‘Ismail Mina’ tag.

KENYATAAN MEDIA MUAFAKAT

 

7 Jamadil Awal 1433 – 29 Mac 2012

 

MEMPERTAHANKAN HAK PENGANJURAN SEMINAR Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor bertajuk ‘Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru? ‘

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) menolak kenyataan pihak-pihak tidak bertanggungjawab serta berkepentingan sempit politik kepartaian yang mempersoalkan hak penganjuran seminar Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor bertajuk ‘Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan pluralism serta Ancaman Kristianisasi terhadap Umat Islam’.

Tindakan melabelkan program kelimuwan sebegini sebagai “usaha jijik politik untuk menggunakan agama bagi menakut-nakutkan rakyat” (lihat Kenyataan Ketua Pakatan Rakyat 28 Mac 2012) sebenarnya adalah kenyataan yang sangat anti aqidah, menghina Islam serta pengkhianatan kepada usaha-usaha menyemarakkan kegiatan wacana Islam menerusi kegiatan ilmiah. MUAFAKAT ingin menegaskan sikap bahawa istiqamah dalam hal-hal berkaitan kepentingan Islam. MUAFAKAT tidak ada kompromi dengan kenyataan anti ilmu sebegini kerana sengaja diadakan untuk mendapat publisiti murahan musuh Islam dan memprovokasi keutuhan perjuangan menegakkan aqidah Islam.

Adalah jelas bahawa kehadiran peserta dalam seminar tersebut adalah dikhususkan untuk guru-guru agama Islam di sekolah-sekolah Menengah dan Rendah di dalam Daerah Johor Bahru. Berdasarkan maklumat umum yang diketahui, penyertaan di dalam seminar sebegini adalah atas jemputan khusus sahaja dan memfokus pada isu yang berada dalam ruang lingkup yang mencakupi urusan intra-agama umat Islam, khususnya dalam memberikan pendedahan serta penaakulan tentang cabaran-cabaran terhadap usaha mempertahankan aqidah umat Islam. 

MUAFAKAT menegaskan bahawa tren untuk mempersoalkan usaha-usaha memantapkan akidah umat Islam akhir-akhir ini merupakan suatu penzahiran sikap kebebalan dan kejahilan terhadap ruanglingkup keistimewaan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. MUAFAKAT dan pelbagai pihak, terutama daripada kalangan institusi Islam, tokoh-tokoh sejarawan, para ulama serta petrtubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan telah acapkali menerangkan tentang maksud dan serta implikasi kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Negara. Usaha-usaha seperti penganjuran seminar ini adalah hak yang dijamin di dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa yang diberikan oleh Artikel 11(4) itu juga adalah antara peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang sebenarnya meletakkan Islam pada tempat yang sewajarnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai agama negara. Ini kedudukan yang juga tidak boleh dipersoalkan mana-mana pihak.

MUAFAKAT berpandangan sekiranya maksud Artikel 11(4) itu dilihat bertujuan untuk melindungi keharmonian masyarakat berbilang kaum yang identitinya bertunjang daripada agama, apakah hasrat dan matlamatnya dapat tercapai sekiranya ia tidak dikuatkuasakan serta hak-hak di bawahnya tidak dapat dinikmati umat Islam dan masyarakat Malaysia secara umum? Adalah malang jika peruntukan undang-undang yang sedia ada tidak dimanfaatkan dan digunakan sedangkan terdapat keperluan untuk demikian. Justeru, penganjuran seminar sebegini berada di dalam ruanglingkup yang dibenarkan dan tidak seharusnya dimomokkan sebagai usaha untuk mewujudkan ketidakstabilan dan ketidakharmonian di kalangan masyarakat awam. Sebaliknya, dengan berlakunya usaha-usaha pemantapan aqidah di kalangan guru dan pelajar Islam, maka usaha untuk memperbaiki amalan beragama yang membawa pada kebaikan umum di kalangan seluruh masyarakat berbialng agama dan kaum di Malaysia akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Hal ini bertepatan dengan fungsi melindungi keharmonian beragama, sesuai dengan peruntukan dan semangat Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

MUAFAKAT juga menegaskan bahawa tidak wujud keperluan campurtangan oleh Jawatankuasa Antara Agama berhubung bantahan terhadap penganjuran seminar ini, memandangkan isu-isu intra-agama; urusan-urusan di dalam hal ehwal Islam perlu diselesaikan oleh mereka yang berkeahlian di kalangan umat Islam serta menurut lunas-lunas agama serta peruntukan undang-undang yang berkaitan.

MUAFAKAT menyeru semua NGO dan aktivis dakwah Islam bersama dengan Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor meneruskan usaha mempertahankan aqidah umat Islam menerusi penganjuran wacana keilmuan ini.

Ismail Mina Ahmad

Presiden

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Apabila teguran demi teguran dibuat, Anwar tidak peduli apa orang kata.

Kehangatan kembali isu Anwar berpegang dengan fahaman pluralisme agama nampaknya bukannya membuat Anwar berfikir, insaf dan bertaubat, malah Anwar semakin mengesahkan, ya, bahawa beliau sememangnya menerima fahaman itu.

Apabila Utusan menyiarkan temubual sahabat saya, Haji Ismail Mina, berhubung isu pluralisme agama yang dibawa oleh Anwar, ramai juga kawan komen dan tegur saya kerana saya menyiarkannya di blog ini dan juga update di dinding FB saya. Saya terima teguran dan komen itu dan menjawab sedaya mungkin.

Ramai yang bersetuju namun ada yang tidak dapat menerima fakta tersebut atas sebab-sebab mereka sendiri maklum.

Cuma kepada sahabat-sahabat yang tidak bersetuju ini, apakah tidak mereka renung sejenak dan memikirkan apakah mungkin ada kebenaran yang disebut oleh sahabat saya itu?

Apakah mungkin Anwar sememangnya berpegang dengan akidah Pluralisme Agama? Ramai di kalangan mereka ini mungkin bersangka baik dengan Anwar. Itu mungkin bagus, dalam hal-hal tertentu.

Namun, apakah kita mesti sentiasa bersangka baik dalam semua hal? Atau saya “rephrase”, apakah kita memilih-milih bila masa kita bersangka baik dan bila masa kita bersangka buruk?

Saya petik beberapa teguran dan komen di blog/FB saya dan ada yang hantar PM dan ada juga yang hantar emel. (Jangan bimbang saya tidak hebahkan identiti mereka)

mungkin tersilap quote/tersilap faham oleh DSAI..tapi ana tidak percaya bahawa dia menganuti religious pluralism…

ok…i note ur word. and being pluralism is kafir?

ismail mina nak heboh apa lagi…? Nuwar dah diam pasal isu tu…dia dah tarik balik….

Ketiga-tiga mesej di atas datang dari seorang kenalan lebih 20 tahun. Dua isu: Apakah “being pluralism is kafir?” Ya. Sepakat sekalian ulamak. Nauzubillah. Jika tidak apa gunanya Muhammad bin Abdullah diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat seluruh alam?

Isu kedua: “…dia dah tarik balik…“.  Jawab saya, tidak. Baca kenyataan Anwar di blog rasminya bertarikh 5 Jan 2012 (ya, baru dimasukkan semula teks ucapan beliau di LSE dulu). Ertinya, Anwar tidak peduli apa orang kata. Lagi orang tegur, lagi dia siarkan.

bukan tak dapat membezakan…isu tu dah selesai lama dah Rim…dok geger lagi wat ape…org nmpk u all di amik kesempatan oleh pihak tertentu. Kan kah ari tu dah diskus rumah osman bakar? Meil Mina dok nak bising lagi untuk apa? nak suruh orang percaya Nuwar tu kafir?

Belum selesai. Sebab itulah Anwar siar semula teks beliau di blog RASMInya. Benar sudah dibincang di rumah Prof Osman dan Anwar mengakui kesilapannya dan berjanji akan edit. Tapi tidak edit. Disiar semula tanpa sebarang pindaan walaupun satu perkataan.

Kedua, kalau kesempatan diambil untuk menyelamatkan umat dari terjerumus ke dalam neraka, saya bersyukur kerana Allah berikan saya (dan sahabat lain yang menentang pluralisme ini) ilmu, kekuatan dan istiqamah ini. Inilah amr maaruf nahi mungkar. Semoga ianya memberatkan timbangan amal kami di sebelah kanan.

Kita menuduh Anwar dek kerana satu isu yang selepas itu telah menjelaskan dan memperakui kelemahan yang ada dalam tulisan tersebut.

Kita bersikap beliau masih terus beraqidahkan secara istiqamah dengan pluralism.

… semacam kita ingin mengukuhkan fitnah bahawa Anwar memang seorang peliwat.

Apa misi dan visi kita sebenarnya; kita nak apa? Umumnya, kita berada di lingkaran umur kubur sudah lama memanggil. Ana tidak dapat bayangkan, jika kita merasakan apa yang kita lakukan ini adalah amal soleh. Kita yakin begitu?

Ya, benar Anwar sendiri mengaku. Dan dia janji untuk ubah. Dia tidak ubah. Disiarkan semula tanpa sebarang pindaan. Jelas dia istiqamah dalam pendirian itu. Dan beliau ulangi ucapan sebegini di tempat-tempat lain. Mungkin para sahabat yang tidak ikuti dan peka dengan ucapan-ucapan beliau dek seronok dengan tepukan dan sorakan.

Kedua, tidak ada di mana-mana kenyataan sahabat saya dalam Utusan itu dan apa yang saya tulis selama ini mensabitkan isu moral Anwar (walaupun saya berpengalaman dan mendalami teknologi video dan CCTV). Saya tidak mahu terlibat dalam “fitnah” itu. Begitu juga saya tidak mahu terlibat dengan “fitnah” cerita-cerita Najib-Rosmah atau lain-lain personaliti lagi yang selalu menjadi cerita pisang goreng panas dalam media alternatif. Begitu mudah kita mengiya dan memanjangkan cerita pelbagai perlakuan pemimpin yang kita tidak sukai namun kita bingkas menerkam orang yang menegur sahabat kita dan marah orang “fitnah” pemimpin yang kita sayangi. Kita tidak guna timbangan yang sama. Apakah keadilan seperti itu yang kita ingin tegakkan?

Ketiga: “… kita nak apa? ” Jawabnya: kita mahu selamatkan umat dari gejala pascamodernisme yang antaranya pluralisme agama. Dan inilah amal soleh yang hendak kita bawa sebagai bekalan kita. Di akhir hayat kita, kita tidak mahu tergelincir iman.

Kita perlu ingat isu aqidah membezakan kita – antara masuk syurga jua atau kekal dalam neraka selama-lamanya (nauzubillah).

Jika kita berpegang dengan aqidah Syiah yang mengkafirkan para sahabat, maka kita kekal dalam neraka. Jika kita beraqidah bahawa semua agama sama jua, tidak perlu masuk Islam, apa-apa agamapun membawa kepada masuk syurga, maka itu fahaman pluralisme. Dan jika kita yakin dengan akidah sedemikian kita kekal dalam neraka - nauzubillah

Nahkum bizzawahir – kami hukum dengan yang zohir!

Semoga Allah selamatkanku, keluargaku, sahabat handai ku.

**********

Baca artikel berkaitan:

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

May 2013
M T W T F S S
« Apr    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 49 other followers

Tauhid

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers