Bagi penduduk Kuala Terengganu, dentuman tembakan bedil amat sinonim dengan bulan Ramadhan atau sebaliknya. Malah, sesetengah mereka merasakan “tidak sah” apabila untuk beberapa tahun di awal tahun 2000an dentuman bedil tidak kedengaran.
Namun, saya baru mengetahui bahawa betapa ramainya penduduk Kuala Terengganu sendiri tidak mengetahui di mana sebenarnya lokasi bedil itu ditembak. Dari perbahasan dalam beberapa posting di blog Awang Goneng (http://kecek-kecek.blogspot.com/) [penulis buku “Growing Up in Trengganu“] benar-benar menunjukkan sememangnya ramai penduduk Kuala Terengganu yang sekadar agak-agak sahaja lokasi tembakan dentuman yang menandakan waktu berbuka puasa, waktu imsyak dan tanda mulanya Ramadhan dan Syawwal.
Semenjak kecil lagi, saya sememangnya sentiasa melihat tembakan ini. Dari kawasan perumahan kuarters kerajaan Lorong Mok Pe, memang kita dapat lihat dengan jelas cahaya lonjakan bahan letupan dari rumah kecil berwarna putih di puncak Bukit Pak Apil. Dengan bunyi kecil “duup” apabila bahan tersebut melonjak tinggi ke udara hinggalah dentuman kuat apabila bahan tersebut meletup kurang tiga saat selepas itu. Memang mengasyikkan bagi kanak-kanak kecil apabila beberapa das tembakan dibuat bagi menandakan mulanya bulan puasa atau esoknya kita akan berhari Raya.
Semasa kecil, ketika dalam perjalanan berbasikal dengan ayahanda ke Masjid Putih untuk solat Subuh, dentuman menanda waktu imsyak selalunya berbunyi ketika kami sedang berkayuh di Jalan Paya Bunga yang sunyi dan lengang. Cahaya dari bahan letupan yang sedang melonjak tinggi ke udara dapat menerangi suasana yang gelap sebelum subuh itu.
Apabila pulang dari KL untuk berhari Raya semalam, saya terus menjejak tapak tembakan bedil tersebut dan mengambil gambar untuk dikongsi bersama dan agar tidak lagi timbul kesangsian di kalangan penduduk Kuala Terengganu. Sayangnya sekitar tapak tembakan bedil itu kini sedang berubah. Lereng bukitnya sudah digondol. Malah, kalau dulu sukar untuk melihat pondok tempat tembakan tersebut kini sudah dapat dilihat dengan jelas dari bandar – hampir mana-mana lokasi sebelah timur bukit tersebut.
Saya telah sediakan peta lokasi untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya serta panorama Bukit Pak Apil dengan memberi gambaran lokasi tapak tembakan bedil (bulatan merah sebelah kanan di bawah) berbanding dengan Stesen RTM (bulatan merah sebelah kiri) yang mempunyai laluan yang berbeza.
InshaAllah, saya akan berkongsi banyak lagi gambar yang diambil dari puncak Bukit Pak Apil ini dalam posting berikut.
Baca: Pengalaman berada di bawah letupan tembakan bedil – Being Under the Explosion of the Bedil
5 comments
Comments feed for this article
2 October, 2008 at 11:18 pm
Being Under the Explosion of the Bedil « Karim’s Blog
[…] explosion. [The first BOOOM is hardly loud if one hear it from the bottom of the hill where I would describe it as “duup”Dari Mana Bedil “Buka Puasa” Ditembak? but the sound is very loud when you are just about 12 […]
28 September, 2010 at 5:18 pm
Photographing The Bedils « Ahmad Ali Karim’s Weblog
[…] A policeman guided us to a safe location to watch the ‘bedil‘. […]
30 October, 2011 at 8:40 pm
Capturing the Bedil from the top of Bukit Pak Apil « Karim’s Blog
[…] Dari Mana Bedil “Buka Puasa” Ditembak? Lokasi sebenar tembakan bedil bulan Ramadhan di Kuala Terengganu Like this:LikeBe the first to like this post. Wacana Siyasah Syar’iyyah 12NOV-2011 (Sabtu)Klik untuk maklumat lanjut A Map of Trengganu TEMPAHAN DITERIMA … DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!! […]
31 October, 2011 at 6:19 pm
Capturing the Bedil from the top of Bukit Pak Apil | Darul Iman
[…] Dari Mana Bedil “Buka Puasa” Ditembak? […]
17 July, 2013 at 2:24 pm
Ramadhan’s Bedil In Kuala Terengganu | Ahmad Ali Karim's Weblog
[…] A policeman guided us to a safe location to watch the ‘bedil‘. […]