Apabila terlalu kerap makan di luar adakalanya kita menjadi buntu untuk membuat pilihan apa yang hendak dimakan. Kadang-kadang terasa semacam muak untuk makan walaupun di tempat kegemaran kita. Mungkin kerana terlalu kerap mengulangi masakan yang sama.

jakim halal logoSatu jenis masakan yang ramai di kalangan kita orang Melayu kurang meminati untuk makan (atau kurang mempunyai pilihan untuk makan yang halal) ialah jenis masakan Cina. Mungkin kerana konotasi makanan kegemaran mereka yang sentiasa ada hidangan haram membuat sesetengah orang tidak berani untuk makan masakan Cina. Ada sesetengah kita terlalu alahan dengan konotasi tersebut sehinggakan melintasi depan restoran Cina dengan asap dan bau masakannya sudah cukup untuk hilang selera.

Namun, jika benar-benar dicari terdapat banyak restoran Cina yang dimiliki oleh orang Cina yang Muslim yang menyediakan pelbagai masakan yang halal. Mungkin satu senarai lengkap restoran masakan halal yang dimiliki oleh orang-orang Cina Muslim patut dikemaskinikan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia pakya-corner(MACMA). [Senarai yang ada sekarang tidak begitu lengkap] Ini bukan sahaja untuk memudahkan masyarakat Islam umumnya dapat merasakan masakan Cina yang halal tetapi juga mengalakkan ikatan persaudaraan sesama Islam apabila umat Islam sama-sama membantu ekonomi saudaranya.

Salah satu yang tidak tersenarai dalam direktori MACMA tersebut ialah Pak Ya Chinese Muslim Food Corner yang dimiliki Sdr. Yahya Yeo yang telah memeluk Islam. Beliau yang berniaga bersama isterinya yang berasal dari tanah besar China turut juga memeluk Islam.

menuPak Ya yang ramah dan mesra pelanggan telah membuka restorannya di Kampung Pandan/Taman Chempaka sejak beberapa tahun lalu. Dengan membuka restorannya di kawasan yang ramai penduduk Melayu maka kebanyakkan pelanggannya terdiri dari orang-orang Melayu. Namun akan sentiasa pula kita dapati ada pelanggan Cina sendiri yang datang menjamu selera mereka di situ (tetapi tidak dapat kami pastikan sama mereka juga beragama Islam).

Yang penting bagi mana-mana kedai makan ialah rasa makasannya. Jika sedap maka majulah kedainya. Jika masakannya kadangkala sedap dan pada waktu lain pula ianya tidak seperti dahulul maka sukar untuk kita terus melangganinya dan dapat kita lihat bilangan pelanggan yang sukar untuk dikekalkan. Namun, setakat sekian lama kami melanggani layanan mesra Pak Ya, kami yakin untuk menepati ekspektasi kami dengan pilihan yang pelbagai dari menunya yang kemas.

Kedainya terletak di map-pakyaLorong G1 (atau Jalan Cempaka 1), Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur [klik pada peta untuk panduan arah yang lebih besar]. Jika kita dari MMR2, selepas exit Jalan Ampang Putra (menghala ke Taman Dagang/Nirwana/IPD Polis Ampang Jaya) sebelum exit Pandan Jaya dan bertentangan dengan Tesco ada exit kecil (Jalan Chempaka 1). Masuk exit tersebut – terus sahaja hingga ke hujung persimpangan T, anda pasti ankan nampak kedainya. Anda boleh juga melalui dari pelbagai arah dari Kampung Pandan Dalam, Taman Chempaka atau Taman Nirwana jika diteliti peta yang disediakan ini.

Waktu operasi kedainya ialah di antara 3 petang – 1 pagi – setiap hari kecuali Rabu (selang seminggu). Anda boleh hubungi Pak Ya terus untuk sebarang maklumat lanjut.

[kemaskini: Restoran Pak Ya akan berpindah ke Galaxy Ampang pada 25 September 2011]

*****************************

Posting berkaitan:

About these ads