Dalam mencari maklumat jumlah penduduk negeri Terengganu Darul Iman, saya melungsuri laman web rasmi Kerajaan Negeri Terengganu.

http://www.terengganu.gov.my/maxc2020/portal/cms/ikon/article.php?cid=1&aid=652 [apabila diperiksa beberapa bulan selepas ini – pautan ini sudah tiada lagi]

Terengganu online

Apabila dibaca hingga ke bawah, saya terkejut dengan fakta jumlah penduduk negeri Terengganu “Kini ( 1998 ) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang‘.

Mungkin ada yang tidak perasan? Apakah kita kini masih dalam tahun 1998?

Kini Terengganu 1998

Kini ( 1998 ) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang.

Yang anehnya pada paparan di atas tercatat suhu kini dan tarikhnya ialah tarikh terkini.

Bagi yang ditugaskan untuk kerja-kerja ini kenalah rajin-rajin kemaskini dan periksa apa yang dimuatkan dalam laman rasmi kerajaan. Jangan main “copy & paste” sahaja.