dari AlamAkademik.wordpress.com
Lanjutan kenyataan Ahli Lembaga Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) yang juga Pegawai Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, para peniaga yang berkumpul membincang dalam sesi dialog bersama Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) menyatakan kekesalan mereka terhadap kenyataan yang tidak bertanggung jawab beliau yang telah disiarkan dalam Harian Metro 21 Julai 2009.
Para peniaga menyatakan perkara-perkara yang disebutkan oleh Datuk Mazlan kebanyakannya adalah tidak benar. Sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang benar dengan sokongan fakta. Kenyataan sebegitu dan disiarkan oleh akhbar semestinya penuh bertanggung-jawab.
Berikut adalah sanggahan para peniaga berhubung kenyataan beliau (mengikut nombor di atas):
- Para peniaga menyambut baik kenyataan ini kerana kesediaan LTAWNT melanjutkan tempoh notis, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Para peniaga telah mengusahakan pelbagai cara melalui pelbagai saluran untuk memohon serta merayu agar tempoh yang terlalu singkat itu dilanjutkan. Jawapan rasmi menolak rayuan mereka dari LTAWNT telah pun diberikan pada 28 Julai. Jawapan menolak rayuan tiba ke tangan peniaga tidak sampai 24 jam selepas mereka berjumpa dengan Haji Talaha Setiausaha LTAWNT untuk menyerah surat rayuan mereka. Malah surat sokongan dari Adun Bandar, YB Toh yang juga merupakan seorang exco kerajaan negeri tidak dipandangpun oleh LTAWNT. Apakah nilai budi bicara yang disebutkan ini?
- Kenyataan bahawa para peniaga “sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa” adalah suatu pembohongan yang amat nyata. Semasa sesi dialog tersebut, kesemua peniaga sebulat suara menafikan kenyataan ini sambil secara sepadu bergema laungan “pelawak!”. Tidak pernah ada peringatan seperti ini dikeluarkan oleh LTAWNT kepada para peniaga. Malah kebanyakan peniaga sentiasa menanyakan kepada kakitangan LTAWNT yang datang setiap bulan untuk mengutip sewaan bulanan dan akan sentiasa mendapat jawapan “lambat lagi, tak apalah duduklah dulu” Pembohongan ini hanya dapat disangkal dengan menunjukkan bukti edaran surat-surat atau notis-notis yang dikatakan telah dikeluarkan sebelum ini. Dan mustahillah untuk Datuk Mazlan membuktikan kenyataan palsu beliau.
- Beliau mengakui bahawa tapak yang hendak dibangunkan belum pun mendapat kelulusan MBKT. Maka kenapa perlu menghalau para peniaga untuk mengosongkan premis tersebut bukan sahaja dalam tempoh yang singkat tetapi di waktu para peniaga bersedia untuk sambutan Ramadhan dan Syawal. Berapa lamakah pula untuk pemaju mendapat kelulusan MBKT? Kemudian apabila bangunan-bangunan tersebut telah dikosongkan dan kelulusan pembangunan masih belum diperolehi, maka bangunan tersebut akan menjadi terbiar dan mulalah disarangi oleh pelbagai unsur negatif yang bakal menghantui para peniaga sekitar bandar dengan kemungkinan kadar jenayah yang meningkat.
- Datuk Mazlan turut mengatakan bahawa kerajaan tidak menyediakan pampasan kerana kawasan terbabit adalah milik kerajaan. Seorang bekas pemilik bangunan tersebut menyatakan bahawa semasa pengambilalihan premis tersebut 15 tahun lalu, tidak ada pemilik yang secara sukarela menyerahkan hak-milik mereka kepada kerajaan. Kesemua mereka pada asalnya menolak tawaran kerajaan kerana antaranya:
- Mereka memiliki tapak yang strategik, di tengah-tengah bandar bersebelahan Pasar Kedai Payang pusat membeli-belah utama bandar Kuala Terengganu – kenapa seudah itu hendak diserahkan kepada orang?
- Nilai pampasan yang tidak sepadan. Para pemilik premis dibayar sekitar RM200,000 pada masa itu. Jika dikira mengikut kaki persegi ianya hanya sekadar lebih kurang RM70-RM75 sekaki persegi. Nilai ini adalah terlalu jauh dari nilai komersial memandangkan ianya adalah betul-betul di tengah pusat bandar yang menurut nilaian mereka yang arif ialah melebihi RM100 sekaki persegi.
- Bayaran yang diberi sebagai pampasan hanyalah untuk nilai tanah. Di dalam perbincangan dulu, kerajaan hanya membayar untuk nilai tanah dan tidak untuk bangunan. Jika seseorang membeli premis yang telah siap tersergam, nilaian yang dibuat untuk urusan jual beli semestinya termasuk nilaian terhadap bangunan yang sedia tersergam dan juga nilai tambah lain seperti kedudukan strategik lokasi, prasarana yang sedia ada, nilai sejarah yang tidak ternilai dan lain-lain “goodwill”. Ini semua tidak dikira semasa pengambilalihan dulu. Malah di antara janji Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar ialah para pemilik akan diberi keutamaan apabila projek Paya Keladi siap nanti dan nilaian tambahan ini akan diambil kira dalam harga istimewa yang bakal ditawarkan kepada pemilik premis yang kerajaan ambilalih ini. Semua ini tidak terjadi dan hanya tinggal janji manis bagi memujuk pemilik premis melepaskan pemilikan mreka ketika itu sahaja.
- Kenyataan bahawa LTAWNT “telah mencadangkan beberapa kawasan tetapi mereka lewat bertindak dan masih enggan berpindah” adalah satu lagi pembohongan yang nyata. “Buktikan cadangan-cadangan yang telah diunjurkan kepada kami sebelum ini” kata beberapa peniaga di situ.
Salah seorang peniaga di situ, Haji Ahmad Omar, mengatakan atas harapan bahawa kerajaan kita tidak akan menaniayai peniaga dan tidak atas janji-janji MB ketika itulah kami bersetuju untuk menyerah pemilikan premis tersebut kepada kerajaan. Namun ternyata selepas 15 tahun berlalu dan kini sudah 4 orang Menteri Besar, janji-janji dullu tidak tertunai dan para pegawai yang mentadbir kini tidak ingat dan tidak tahu menahu janji-janji kerajaan memerintah ketika dulu. Masalahnya ialah kebanyakkan pegawai kanan kerajaan yang kini memegang jawatan utama masih lagi pegawai mentah 15 tahun dahulu dan tidak mengikuti perbincangan-perbincangan penting ketika itu. Sesetengah mereka pula bertugas di tempat lain ketika itu.
Haji Ahmad Omar, yang pernah menjadi Setiausaha Politik MB Tan Sri Ibrahim Fikri dan juga sebagai YB Adun Binjai (Bukit Payung) dan juga pemilik kedai buku Alam Akademik, mengatakan masalah kerajaan sekarang ialah mereka tidak dapat memahami nilai sumbangan kami para peniaga. Orang kerajaan tidak peka dengan “sumbangan kedai seperti Alam Akademik yang menyumbang kepada pembinaan budaya ilmu untuk orang Terengganu keseluruhannya seabad lamanya semenjak dari Keda Pok Loh Yunang”.
1 comment
Comments feed for this article
1 October, 2009 at 2:37 am
YB Toh Terkilan « Karim’s Blog
[…] UMNO, Wan Mokhtar, YB Toh, YB Wahid Al kisah bahawa ada peniaga yang terbabit dengan tindakan LTAWNT mengeluarkan notis arahan mengosongkan premis mendoakan agar ada pilihanraya kecil baru di DUN Bandar kerana kematian Adunnya […]