Apabila ditanya mengapa deretan bangunan bersejarah yang tegap utuh walaupun sudah seratus tahun perlu dirobohkan, MB Datuk Ahmad Said mengatakan kerana ianya terlalu usang.

Apakah sebenarnya definisi usang? Menurut Kamus Dewan, di antara pengertian usang ialah: sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan. Mungkin benar ianya usang – tetapi tidak membawa ertinya buruk dan merosakkan pandangan. Kalau sekadar lama – ianyakan menjadi antik dan lagi kita hargai nilainya – bukankah begitu?

Dalam bahasa Inggeris The Star melaporkan usang sebagai dilapidated, mungkin ini perkataan yang lebih tepat (tetapi MB tidak guna perkataan bahasa Inggeris!). Dia sebut usang.

Kalau usang itu memberi erti dilapidated (decayed, deteriorated, or fallen into partial ruin especially through neglect or misuse) sudah buruk, reput atau runtuh sebahagiannya, maka deretan kedai di jalan Bandar (Pasar Payang) tersebut jauh sekali dari apa yang diertikan itu.

MB kata usang kena robohLihat gambar ini. Ianya diambil dari sebelah pintu masuk untuk kenderaan menaiki tempat letak kereta bertingkat pasar dengan kamera menghala ke Jalan Banggol. Sebelah kanan ialah Jalan Kg. China dan sebelah kiri ialah deretan kedai yang hendak dirobohkan.

Perhatikan mana bangunan yang dikatakan “usang” yang menghodohkan permandangan? Yang sebelah kiri yang masih cantik itulah yang hendak diroboh. Manakala yang sebelah kanan dengan dinding yang sudah tidak ada rupa itulah menarikkan pandangan!

Bagi sesiapa yang berusaha sedikit untuk lihat deretan kedai di Jalan Kg China dan bandingkan dengan deretan kedai Jalan Bandar, kita akan dapati yang mana yang Ahmad Said maksudkan usang itu salah pada tempatnya. [Insha Allah dalam posting berikut] (kemaskini – ini dia: Mungkin Ini Yang MB Maksudkan Usang?)

Rex usang sebelah MBKTKalaulah kerajaan bersungguh dalam membersihkan imej bandaraya ini dari bangunan-bangunan yang terbiar dan merosakkan permandangan, para perancang bandar tidak perlu berjalan jauh. Intai sahaja dari tingkap menara mereka. Baik dari menara MBKT hatta dari menara (Wisma) Darul Iman – jelas nampak bangunan bersebelahan dengan pusat pentadbiran Bandaraya Pesisir Pantai. Gambar panggung Rex lama sebelah ini cukup memberi jawapannya.

Bangunan Rex ini terletak betul-betul di jalan utama bandaraya yang membariskan hampir kesemua bank-bank utama dan di persimpangan yang amat strategik. Namun, para pentadbir kita tetap merasakan bangunan yang bersejarah yang jauh lebih lama usianya dan teguh tidak dimakan zaman malah masih cantik dengan cat yang terang itulah yang perlu disondol kerana ada seseorang yang bakal mengaut hasil projek besar!

Selamatkan Warisan Sejarah Trengganu – Save Our Historical Heritage

Janganlah slogan “Terengganu – Where Nature Embraces Heritage” menjadi “Terengganu Government Embarrasses Nature and Heritage