You are currently browsing the monthly archive for November 2009.

Oleh NIK ROSKIMAN ABDUL SAMAD

dipetik dari Utusan Malaysia

KITA harus menerima hakikat bahawa walaupun agama Islam itu satu, namun tafsiran terhadap Islam itu berbeza-beza. Pemahaman dan seterusnya penafsiran terhadap sumber-sumber Islam yang asal iaitu al-Quran dan al-Sunnah adalah tidak sama di kalangan para imam dan ulama mujtahid. Kerana itulah ia membawa kepada wujudnya pelbagai aliran atau disebut juga mazhab dalam dunia Islam sejak awal lagi.

Bahkan perbezaan kefahaman ini wujud sejak di zaman para sahabat Rasulullah SAW lagi. Kekalutan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah apabila munculnya sekelompok ‘agamawan reformis’ atau digelar juga ‘progresif’ yang mendakwa bahawa pendapat mereka sahajalah yang betul lalu mereka ini ingin melakukan apa yang disebut ‘pembaikan’ (islah) atau pembaharuan (tajdid) dalam masyarakat.

Pembaharuan ini ingin dilakukan atas pelbagai nama dan platform sama ada ‘minda tajdid’, atau mengemudi ‘bahtera itu dan ini’ dengan pelbagai slogan pula seperti ‘kembali kepada al-Quran dan Sunnah’, atau ‘mengikut amalan generasi Salaf’ dan seumpamanya.

Apa yang ingin digambarkan oleh kelompok ‘mujaddid palsu’ ini ialah selama ini amalan masyarakat kita kononnya tidak mengikut al-Quran dan Sunnah; nenek moyang dan ibu bapa kita tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya; masyarakat kita banyak melakukan amalan bidaah sesat, bahkan turut mempertikaikan mengikut mazhab kerana katanya di zaman Nabi SAW dulu tiada mazhab lalu kenapa kita harus mengikut mazhab hari ini.

Tiada salah untuk melakukan pembaharuan malah ia dituntut apabila masyarakat menjadi semakin jauh dari amalan murni Islam yang sebenar lalu mencampur-adukkan dengan amalan khurafat dan bidaah sesat. Bahkan ada hadis dari Abu Hurayrah r.a., yang menyebut bahawa Allah akan membangkitkan setiap seratus tahun untuk ummah ini orang yang memperbaharui agamanya. (Sunan Abu Dawud)

Namun apa yang mengecewakan ialah apabila golongan-golongan ini bukannya ‘memperbaharui’ agama daripada perkara-perkara khurafat dan bidaah sesat, sebaliknya membongkar perkara-perkara khilafiyyah yang telah disepakati para ulama silam sejak ratusan tahun lalu untuk bersetuju berbeza pendapat (agree to disagree).

Kesan pembongkaran itu hanyalah menimbulkan keresahan dan keraguan di kalangan masyarakat sehingga membawa kepada perpecahan sesama sendiri.

Perkara-perkara khilafiyyah yang wujud dalam amalan mazhab-mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah seperti membaca qunut Subuh, keadaan jari telunjuk ketika tasyahhud perlu digerakkan atau tidak, berdoa beramai-ramai selepas sembahyang, dan seumpamanya tidak mungkin dapat diselesaikan hari ini jika dahulu pun tidak mampu diselesaikan oleh alim-ulama yang ratusan kali ganda lebih hebat daripada ulama-ulama hari ini dan lebih dekat dengan Rasulullah SAW dan generasi Salaf.

Menyedari hakikat bahawa perbezaan pendapat para ulama itu tidak dapat dielakkan khususnya dalam hal-hal ranting yang terperinci dalam ibadat, maka para ulama usul telah merumuskan bahawa “kebenaran dalam perkara ranting (furuk) itu berbilang-bilang.” Ia suatu hakikat bahawa kebenaran dalam perkara bersifat ‘cabang-cabang’ Islam ini tidak mampu untuk diseragamkan menjadi satu walaupun ribuan ulama telah mencubanya sejak sekian lama.

Lalu selama kita mengikuti pandangan majoriti ulama (al-sawad al-a’zam) iaitu para imam mazhab empat dari kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah, maka insya-Allah kita berada di atas landasan dan jalan yang benar.

Renunglah nasihat para ulama silam dalam mengambil sikap beradab apabila menangani perbezaan pendapat dengan menekuni karya-karya mereka yang banyak berhubung dengan adabul ikhtilaf (Adab Berbeza Pendapat). Imam al-Shatibi r.a. sendiri sebagai contoh menulis: Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku adalah dalam masalah-masalah ijtihadiyyah. Pertama kali ia berlaku pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para tabi’en dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain. (al-I’tisom 2/191)

Selain tidak beradab dalam menangani perbezaan pendapat, golongan reformis agama ini juga mendakwa bahawa Islam yang sebenar ialah dengan mengikut al-Quran dan al-Sunnah dan bukannya mengikut mazhab.

Bunyinya menarik dan benar tetapi sebenarnya penuh dengan kebatilan dan kepalsuan seperti mana yang sering diungkapkan “kalimatul haq yuridu biha al-batil“.

Mereka secara tidak langsung menyeru masyarakat menjadi ‘bebas mazhab’ (al-la madhabiyyah) suatu aliran yang dianggap ‘bidaah’ paling bahaya yang menentang syariat Islam seperti mana ungkapan Sheikh Dr. Said Ramadhan al-Buti dalam kitabnya al-la Madhhabiyya Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu al-Shari’at al-Islamiyyah (Bebas Mazhab Bid’ah Paling Bahaya Menyalahi Syariat Islam).

Bahkan Imam Ibn Rajab al-Hanbali (meninggal dunia 795H/1393M) telah lama menentang aliran ini menerusi kitabnya Radd ‘ala man Ittaba’a Ghayr al-Madhahib al-Arba’ah (Sanggahan Terhadap Mereka Yang Tidak Mengikut Mazhab Empat).

Kita perlu faham bahawa apabila disebut ‘mengikut mazhab’ bukanlah bermakna taksub kepada pandangan akali para Imam-Imam mazhab, kerana pandangan mereka itu juga sebenarnya didasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan mazhab itu sendiri bukanlah pandangan sosok tubuh seorang individu atau Imam mazhab semata-mata.

Mengikut mazhab Shafie bukan bermaksud mengikut pandangan Imam Shafie seorang diri sahaja, tetapi ia melibatkan sekumpulan para alima ulama yang mengikut kaedah mengistinbatkan hukum berdasarkan kaedah dan kriteria Imam Shafie.

Adalah tidak benar seperti apa yang cuba dimomokkan oleh kelompok agamawan reformis ini bahawa mengikut mazhab itu seolah-olahnya tidak mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Terlalu dangkal jika kita berfikiran begitu dan terlalu hina kita meletakkan taraf keilmuan para imam-imam kita dan ulama mazhab yang menghabiskan usia menjadi penyuluh kegelapan umat dengan menelaah al-Quran, al-Hadis dan kitab-kitab saban waktu tanpa jemu.

Hidup mereka dipenuhi dengan ilmu dan pengajian sehingga ada ulama silam yang walaupun ketika sedang makan masih tetap menelaah kitab-kitab, sedangkan hidup kita penuh dengan bersenang-lenang dan berseronok-seronok.

Adalah amat mengecewakan apabila kita dapati ungkapan-ungkapan menghina para ulama silam dan dilontarkan bersahaja tanpa rasa bersalah bahkan dengan cukup biadab sekali sama ada dalam tulisan di dada-dada akhbar mahupun pada ceramah-ceramah.

Ini bukanlah bermaksud mengatakan bahawa para ulama itu maksum dan tidak melakukan kesalahan, tetapi pendekatan menghina itu tidak sewajarnya dilakukan apatah lagi oleh golongan agamawan sendiri.

Kesimpulannya, kelemahan para ulama bukanlah untuk didedahkan kepada masyarakat umum apatah lagi untuk dijadikan bahan ditertawakan kerana tiada sekelumit manfaat pun yang diperolehi dengan pendedahan sebegitu melainkan ‘mengajar’ masyarakat bersikap biadap terhadap para ulama silam.

Kita harus ingat bahawa kita juga ulama dan apabila kita ‘mengajar’ masyarakat awam biadap terhadap para alim-ulama silam dan tidak menghormati mereka, kita jangan terkejut jika masyarakat juga akan bersikap biadap terhadap kita selaku ulama suatu hari kelak’.

Penulis ialah Felo Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Bagi yang akan melaksanakan rukun ke5, selamat menunaikan ibadah haji semoga mendapat haji yang mabrur.

Kepada yang yang berhasrat untuk menjalankan ibadah korban, selamat menjalankan ibadah korban walau di mana sekali pun.

Bagi yang bersedia untuk berpuasa, 9 hari pertama bulan ini digalakkan berpuasa terutamanya pada 9hb Zulhijjah.

Perbanyakkan berzikir dan ingatlah untuk bertakbir pada hari-hari 10, 11, 12 dan 13 haribulan ini.

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha.

 

Saya bersetuju dengan cadangan SKMM untuk menhentikan tayangan iklan “potong” P1 WiMax. Iklan yang membawa pengertian kurang manis untuk dijadikan tatapan umum tidak wajar disiarkan.

Iklan seperti ini bukannya satu-satunya yang patut dikaji semula untuk siaran – ada beberapa lagi yang seumpamanya. Demi berlumba untuk menjadi lebih kreatif dari yang lain dan untuk iklan mereka menjadi lebih menarik kerap kali mereka membawa unsur-unsur yang tidak sesuai dengan budaya kita  serta memberi konotasi negatif.

Suatu ketika dahulu satu iklan yang mengajar anak berbohong kepada ibunya pernah disiarkan. Juga iklan ayah dan anak bergaduh pun dijadikan bahan ketawa. Kadang-kadang perkara-perkara kecil sebegini dijadikan bahan lucu tanpa disedari turut mendidik anak-anak kecil untuk menganggap mencuri, mempersenda ibu bapa dan seumpamanya sebagai kebiasaan dan boleh diterima oleh masyarakat malah boleh diketawa sama.

Pernah suatu masa yang lama dulu, satu pengilang kacang mengelembu terpaksa menarik balik iklan yang menunjukkan beberapa remaja makan kacang dengan menadah mulutnya untuk kacang yang dibalingkan. Ini kerana aspek keselamatan. Suatu aspek yang perlu juga diteliti oleh pengiklan.

Agensi-agensi iklan sepatutnya lebiih peka dengan nilai dan budaya timur rakyat pelbagai kaum Malaysia dari mengejar keuntungan dan kelainan semata-mata.

_____

 

dari The Star:

Parliament: SKMM reviewing ‘Potong’ ad

KUALA LUMPUR: The controversial P1 WiMAX broadband advertisement which repeatedly stressed the word “potong” (cut) is being reviewed by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM).

Deputy Information, Communication, Culture and Arts Minister Heng Saei Kie said the advertisement was being reviewed to determine whether it contravened the Content Code.

In her reply to Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading), Heng said all advertisements, prior to being aired, need to be approved by the Censorship Board under the Home Ministry.

“The Censorship Board does not come under this ministry,” she said.

Earlier, Mohamed stood up to ask Heng about the ad, laughingly saying, “When we say ‘potong,’ people will think potong itu-lah (referring to circumcision).”

“If possible, potong the advertisement,” he said.

As Mohamed drifted on to lament the plight of local artistes, Deputy Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar interjected, “Yang Berhormat, please be brief. I will not use the word ‘potong’ on you.”

Mohamed was quick to respond, “Oh, in this case, saya tidak dipotong-lah (I was not cut).”

dipetik dari Utusan Malaysia
Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN

MELIHAT kepada apa yang berlaku antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bekas Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, boleh disimpulkan sebagai isu yang amat membimbangkan.

Sebabnya, polemik ini menambah sengsara umat Islam atau pun orang Melayu. Episod Melayu berpecah akibat perbezaan fahaman politik belum pun selesai, kini kita berhadapan dengan ‘krisis’ dalam bab agama.

Entahlah, apa lagi yang boleh menjadi ‘payung’ kepada umat Islam, kalau dalam bab agama yang suci ini pun kita bercelaru.

Dalam hal ini, yang pastinya gawat dan keliru adalah orang awam. Demikian juga golongan yang sedang ‘mencari’ agama melalui pengajian bukan secara formal di masjid, surau dan sebagainya.

Apa pun isunya, kegawatan ini perlu segera diselesaikan agar umat Islam tidak keliru sehingga membawa kepada perpecahan dan menjadikan umat Islam makin lemah.

Ingatlah firman Allah SWT: “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (al-Anfaal: 46).

Pada masa yang sama, kita harus berlaku adil kepada JAIS dalam penguatkuasaan tauliah kepada penceramah agama di Selangor.

Yang pasti, tauliah itu berniat baik. Ia bagi memastikan penceramah berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan bersandarkan kepada mazhab Imam Syafie.

Ini bertepatan dengan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 1996, Sidang Majlis Keselamatan Negara pada 17 Oktober 1996 dan mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke 27 pada 24 Jun 1997. Kesemua itu memutuskan bahawa hanya akidah ASWJ menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Mana-mana ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan ASWJ dilarang dan disekat penyebarannya.

ASWJ berpegang kepada empat sumber utama hukum dalam Islam iaitu al-Quran, sunnah, ijmak ulama dan qias. Pegangan tauhid di atas jalan Imam Abu Hassan al-Asyaari atau disebut fahaman al-Asya’irah.

Walaupun mazhab utama yang diamalkan adalah mengikut Imam Syafie tetapi penggunaan mazhab lain seperti Imam Hambali, Hanafi dan Maliki turut dibenarkan dalam keadaan tertentu.

Ini terkandung dalam Perkara 54 qaul muktamad yang diikuti dalam mengeluarkan fatwa dalam Undang-undang Negeri Selangor, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah Seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah Seksyen 53, Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie.

Bagaimanapun, jika berpendapat dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa boleh mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

Perkara berkaitan tauliah ini pula adalah di bawah perkenan Duli Yang Mulia Sultan sebagai Ketua Agama atau ulil amri negeri masing-masing. Dengan kata lain, mematuhi arahan tersebut juga bermakna kita mematuhi arahan pemerintah.

Dalam aspek yang lain, kita juga tidak mahu tradisi menuntut ilmu agama secara informal ini terbantut akibat ‘krisis’ yang berlaku ini.

Semenangnya, pengajian agama di Malaysia terutama di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur kini semakin mendapat perhatian umat Islam.

Kuliah-kuliah sama ada pada waktu zuhur, maghrib, duha dan subuh Ahad sentiasa dipenuhi oleh para jemaah yang dahagakan ilmu.

Di sinilah pentingnya penceramah yang bertauliah supaya ilmu yang disampaikan itu bertepatan dan tidak bercanggah dengan ASWJ dan mazhab Syafie yang dominan di negara kita.

Kebimbangan paling besar adalah jika berlaku penyelewengan akidah terutama di kalangan mereka yang bergelar ‘ustaz dan ustazah’. Sebabnya, penyelewengan oleh golongan ‘agama’ lebih buruk kesannya terhadap akidah dan amalan masyarakat berbanding kerosakan yang berlaku jika ia disampaikan oleh golongan bukan agamawan.

Pada masa yang sama, sebahagian besar jemaah yang mengikuti kuliah di masjid dan surau adalah orang awam. Justeru adalah penting memastikan kuliah tersebut mematuhi ASWJ terutama dalam membicarakan hal berkaitan ilmu tauhid.

Sehubungan itu, ada baiknya diadakan muzakarah atau seminar bagi menjelaskan kepada masyarakat awam di negara kita apakah itu fahaman ASWJ dan bentuk fahaman lain yang perlu ditolak.

Jangan dibiarkan masyarakat awam terus tertanya-tanya dan keliru apakah ajaran Islam sebenarnya yang perlu mereka ikuti.

Negara mempunyai ramai ulama dan cendekiawan Islam yang mampu merungkaikan permasalahan ini supaya isu ini tidak lagi menjadi barah dalam masyarakat.

Kita tidak mahu hanya gah pada bilangan atau kuantiti umat Islam sahaja tetapi tidak ada kualiti. Lihatlah apa yang berlaku kepada umat Islam di Palestin yang diganyang oleh zionis tetapi kita hanya mampu ‘memandang’.

Jumlah umat Islam yang berbilion di seluruh dunia tidak cukup menggerunkan musuh-musuh Islam. Inilah yang digambarkan melalui hadis Nabi SAW: “Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain, sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”

Rasulullah SAW menjawab: “Bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih di permukaan banjir. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit al-wahan”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu?” Jawab Rasulullah SAW: “Al-wahan ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut.” (riwayat Abu Daud daripada Sauban).

PENULIS ialah Pengarang Agama Utusan Malaysia.

from The Star

 

GEORGE TOWN: The Consumers Association of Penang (CAP) has called on the authorities to ban bottled water in the country, while also warning consumers not to refill plastic bottles or reuse them as chemical leaching can pollute the water within.

“Consumers should not refill the plastic bottle with tap water,” CAP president S.M. Mohamed Idris said at a press conference on Wednesday, adding that such bottles were made for one-time use only and would not stand up to repeated wear, dishwater treatment, direct sunlight, high temperatures or rough handling.

“Studies show that when subjected to stress tests, the bottles are more likely to leach plastic materials into the water the longer the bottles are reused,” he said.

Mohamed Idris said moreover, there was evidence that a toxic material called antimony (used in making polyethylene bottles) can begin leaching into the water immediately, even when it’s first used.

“In 2006, scientists in Germany found that antimony begins leaching into the water immediately. The longer the bottled water is in storage, the more toxic it becomes.

“High concentrations of antimony can cause nausea, vomiting and diarrhoea,” he said.

Mohamed Idris said Malaysians consumed an average of 100 million bottles of bottled water every year.

“For the last two decades, bottled water has become a part of every social function.

“It’s amazing how Malaysians can be lured into paying exorbitant prices for what flows almost freely from the tap.

“The cost per bottle here ranges from 40sen, if bottles are bought in bulk, to RM5 a bottle in hotels.

“However, it is little known that 90% of the cost of bottled water is used for the label, cap and bottle,” he claimed.

He said it was also not commonly known that coloured bottle caps were designated for natural water, which was normally more expensive, while white caps indicated distilled drinking water.

Mohd Idris also noted that plastic bottles normally ended up in landfills and could take up to 1,000 years to biodegrade.

“It is estimated that 1.5 million barrels of crude oil or 2.7 million tonnes of plastic are used annually worldwide to produce plastic used to bottle water.

“The bottles that are thrown away create mountainous rubbish heaps, while incinerating used bottles produces toxic by-products like chlorine gas and ash laden with heavy metals that are all tied to a host of human and animal health problems,” he said.

PULAU PINANG, 2 Nov (Bernama) — Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

“Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

“Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan,” katanya selepas satu sidang akhbar di USM di sini pada Isnin.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

“Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenalpasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir,” katanya.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima diseluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram.

— BERNAMA

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

November 2009
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid