You are currently browsing the daily archive for 10 December, 2009.

Kadang-kadang hairan juga dengan komen-komen yang ditulis oleh para pembaca. Hendak ketawa pun ada. Ada juga hasil dari komen seseorang, ianya melarat hingga ramai pula yang komen-mengkomen atas komen asal tu dengan balas membalas menjadi satu “thread” yang panjang pula.

Posting saya yang lalu bertajuk “Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan” tidak disangka pula saya ianya dibaca oleh begitu ramai apabila Tranungkite Online menyiarkannya di laman mereka [klik di sini]. Dalam masa kurang dari 12 jam ianya disiarkan artikel tersebut telah mencecah 2,000 kali bacaan. Kemudian kurang dari 48 jam ianya disiarkan laman TKO telah meletakkan artikel tersebut dikedudukan No. 1 “Top Hits Minggu Ini”.

Yang menghairankan ialah ketinggian ini dicapai di hujung minggu. Pada hujung minggu semua webmasters/bloggers pasti memperakui bahawa lazimnya hits mereka menurun sedikit  atau mungkin ketara untuk sesetengah orang. [Ini menandakan bahawa ramai orang melungsuri internet di pejabat atau waktu kerja!!!]

Berbalik kepada komen-komen yang ditulis dan tajuk posting ini, terdapat pelbagai reaksi terhadap posting “Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan” tersebut. Ada beberapa pembaca agak marah sehingga “pesilat_timur” menuduh saya Shiah:

APA PUNYA ARTIKEL LA NI!!!KARIM’S, KAU NI SYIAH KE?X CERDIK PUNYA ARTIKEL..

Seorang lagi yang mengguna nama “petehkaki” bertanya:

betul ke tak panelist tu cakap?

tanpa cuba mendengar video youtube yang saya sertakan. Petikan kata-kata panelis ketiga (Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman) saya petik dari video tersebut:

Kalau pergi haji kalau ikut mazhab Shafi’i kena 3 bulan duduk di sana … (orang ketawa) … bagi orang Hanafi balik dulu, bagi orang Maliki balik dulu, tinggal puak-puak Shaf’i’i, (biar jarak) sedepa seorang tawaf … (diketawa ramai) …

Yang saya tambah ialah dalam kurungan – reaksi hadirin dan bagi menjelaskan maksud sedepa yang disebutnya (i.e. “biar jarak”).

Komen yang seolah-olah menuduh saya ini Shiah amat tidak berasas. Entah dari bahagian mana tulisan saya yang “pesilat_timur” merasakan saya mengguna hujjah Shiah.

Namun, apa yang mengembirakan ialah lebih ramai yang membenarkan tulisan saya tersebut dari mereka yang merasa tidak selesa. Sebab musabab mereka tidak selesa itu wallahu `alam.

Teringat pula saya dalam ceramah Ustaz Zamihan bahawa beliau pun selalu dituduh macam-macam. Antara yang suka dilemparkan ialah bahawa beliau Shiah. Entah bahagian mana amalan atau tulisan beliau yang membuat sesetengah orang mudah menuduh beliau Shiah tidaklah diketahui. Namun, sudah berapa kali Ustaz Zamihan menawarkan kepada mereka ini agar duduk semeja untuk bersemuka dan berhujah tetapi masih belum lagi dijawab oleh mana-mana pihak yang gemar menuduh ini.

Apakah kerana tidak mempunyai hujah yang hendak dikemukakan dan terasa kepanasan dengan fakta-fakta beliau maka cara terbaik ialah menembak secara rambang?

p.s.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua mereka yang telah memetik posting “Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan” untuk siaran di laman-laman mereka. Selain TKO, dua laman yang wajar juga disebut dan turut menyumbang hits kepada blog saya ialah Laman M@rhaen dan korban-demokrasi.blogspot.com.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

December 2009
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 351 other followers

Tauhid