Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini bertajuk  “RM104 juta naik taraf MRR2“, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dilaporkan berkata bahawa “jalan tersebut (MRR2) baru lima tahun dibuka kepada kenderaan iaitu pada 2005 tetapi tahap kerosakannya amat teruk dan mengejutkan.”

Mohon Menteri tersebut meneliti semula fakta beliau. Kecuali Utusan yang salah lapor!

Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) mula dibina pada tahuun 1990an. Malah pada tahun 2004, jambatan MRR2 bahagian Kepong telah ditutup kepada lalulintas (gambar sebelah) dan kemudian ditutup kali kedua pada tahun 2006. Bagaimana ianya ditutup sebelum ianya dibuka?

Posting seblum ini: Selenggara berkala elak MRR2 semakin teruk