Bila Ramadan tiba, suasana di Kg Baru, Kuala Lumpur, pastinya sibuk. Aktiviti sekitar Masjid Kg Baru ialah jualan pelbagai hidangan berbuka puasa, kurma dan sudah mestinya ada jualan bubur lambuk. Selain pemberian bubur lambuk percuma oleh pihak masjid, orang ramai tetap mengunjungi deretan gerai yang menjual bubur lambuk Kg. Baru.

Berbeza dengan jualan seberang Jalan Raja Alang yang satu lagi (menghala ke Jalan Tuanku Abdul Rahman) di bazaar Ramadan yang dipenuhi dengan pelbagai juadah berbuka puasa, tumpuan di sekitar masjid adalah lebih kepada bubur lambuk.

Lokasi gerai Kak Sham di bawah pokok bersebelahan tempak pakir Hospital Al-Islam (dulu KBMC)

Hitungan rambang saya terdapat lebih 20 gerai yang menjual bubur lambuk sekitar 200 meter sekeliling masjid.

Satu lagi gerai yang besar di persimpangan Jalan Daud

Bagi kami, bubur lambuk Kak Sham adalah menjadi pilihan semenjak entah berapa tahun yang lalu. Di luar bulan Ramadan kami akan mengunjungi gerai Nasi Lemak Kak Sham pula di Jalan Raja Uda (lihat peta di atas).

Entah berapa bungkus yang dibeli oleh pemilik kenderaan ini dari Kak Sham

Pada hari pertama Ramadan, Kak Sham telah menerima tempahan yang banyak. Kebiasaannya, satu-satu tempahan adalah sekitar 300-400 bungkus (ada juga yang tempah 1000 bungkus atau lebih). Jualan bermula seawal 11:30 pagi lagi.

Periuk bubur lambuk yang baru siap dimasak dan sedia untuk dibungkus

Untuk setiap periuk boleh dapat sekitar 470 bungkus. Bayangkan hampir 10 periuk yang ada semasa saya kunjunginya tadi. Ada yang sudah kosong habis dibungkus dan ada yang baru mula dengan memasak air.

Kak Sham yang sentiasa senyum dan ramah sibuk membungkus dengan dibantu salah seorang kakitangannya

Deretan periuk bubur lambuk yang dimasak

Yang sedang dimasak

Semasa saya sibuk mengambil gambar sepasang jurukamera dan wartawan turut sama merakam di gerai Kak Sham

Namun, bagi orang Terengganu seperti saya, apabila ditanya mana yang lebih sedap, kadang-kadang sukar juga hendak jawab. Lazimnya saya dengar mereka lebih gemar bubur lambuk Terengganu yang unik dengan banyaknya sayuran istimewa di dalamnya. Tetapi bagi saya kedua-keduanya sedap dan ada keistimewaan masing-masing. Mungkin bagi mereka yang tidak sukakan bubur lambuk Kg. Baru kerana mereka belum bertemu yang sedap.

Cuba try Kak Sham punya …

Kalau nak baca lagi pasal bubur lambuk klik di sini: