You are currently browsing the daily archive for 1 September, 2010.
Posting sebelum ini: Adab Seorang Murid Dengan Gurunya
Berikut adalah beberapa adab yang wajar diperhatikan dalam majlis-majlis ilmu:
Sebelum majlis ilmu bermula:
- Mula memasuki majlis dengan memberi salam serta mengisi tempat yang paling hadapan agar memberi ruang kepada mereka yang terkemudian.
- Bersedia untuk mula belajar sambil menanti guru mengajar.
- Tidak bergurau senda atau berbual dengan mengganggu majlis yang bakal bermula.
Jika majlis ilmu sudah bermula:
- Apabila memasuki majlis, sayugia menyertai dengan tidak mengganggu majlis ilmu yang sedang berlangsung:
- tidak memberi salam (apatah lagi bersalaman dengan hadirin lain) ketika memasuki majlis (makruh).
- tidak melangkah ke hadapan sebaliknya duduk sahaja di bahagian belakang.
- Tidak bercakap-cakap dengan rakan/hadirin sebelah kerana ianya mengganggu rakan tersebut atau mengganggu hadirin lain di sekeliling kita.
- Tidak melakukan sesuatu yang boleh mengganggu rakan/hadirin sebelah, seperti:
- bermain dengan telefon (SMS/atau sebagainya) atau apa-apa peralatan/perkakasan lain.
- melakar-lakar sesuatu pada kertas/buku dengan pelbagai lukisan yang boleh menarik perhatian serta mengganggu perhatian hadirin lain.
- terlalu banyak melakukan pergerakan anggota badan.
- Jangan mengedar sesuatu (bahan bacaan, notis, makanan dan sebagainya) yang boleh mengganggu perhatian hadirin.
Selepas majlis ilmu:
- Hendaklah diperbetul serta mengemaskan bilik/kelas tempat majlis ilmu seperti sediakala.
- Mengutip serta membersih mana-mana sampah yang terbiar
Recent Comments