Posting sebelum ini: Adab Seorang Murid Dengan Gurunya

bidayahhidayahBerikut adalah beberapa adab yang wajar diperhatikan dalam majlis-majlis ilmu:

Sebelum majlis ilmu bermula:

  1. Mula memasuki majlis dengan memberi salam serta mengisi tempat yang paling hadapan agar memberi ruang kepada mereka yang terkemudian.
  2. Bersedia untuk mula belajar sambil menanti guru mengajar.
  3. Tidak bergurau senda atau berbual dengan mengganggu majlis yang bakal bermula.

Jika majlis ilmu sudah bermula:

  1. Apabila memasuki majlis, sayugia menyertai dengan tidak mengganggu majlis ilmu yang sedang berlangsung:
    1. tidak memberi salam (apatah lagi bersalaman dengan hadirin lain) ketika memasuki majlis (makruh).
    2. tidak melangkah ke hadapan sebaliknya duduk sahaja di bahagian belakang.
    3. Tidak bercakap-cakap dengan rakan/hadirin sebelah kerana ianya mengganggu rakan tersebut atau mengganggu hadirin lain di sekeliling kita.
    4. Tidak melakukan sesuatu yang boleh mengganggu rakan/hadirin sebelah, seperti:
      • bermain dengan telefon (SMS/atau sebagainya) atau apa-apa peralatan/perkakasan lain.
      • melakar-lakar sesuatu pada kertas/buku dengan pelbagai lukisan yang boleh menarik perhatian serta mengganggu perhatian hadirin lain.
      • terlalu banyak melakukan pergerakan anggota badan.
      • Jangan mengedar sesuatu (bahan bacaan, notis, makanan dan sebagainya) yang boleh mengganggu perhatian hadirin.

Selepas majlis ilmu:

  1. Hendaklah diperbetul serta mengemaskan bilik/kelas tempat majlis ilmu seperti sediakala.
  2. Mengutip serta membersih mana-mana sampah yang terbiar