You are currently browsing the daily archive for 2 September, 2010.

Alhamdulillah syukur, saya belum pernah lagi menjejaki kaki di Pavillion setakat ini … apatah lagi untuk makan di sana.

Berita dipetik dari Bernama:

Kuala Lumpur, 1 Sept (Bernama) — Melihat pemeriksaan mengejut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap sebuah premis makanan di medan selera di pusat beli-belah Pavillion, beberapa pengusaha premis makanan lain bergegas menanggalkan logo dan sijil halal bukan diiktiraf jabatan itu dari dinding premis mereka.

Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim Amri Abdullah berkata tindakan itu dipercayai untuk mengelakkan premis berkenaan diambil tindakan kerana penggunaan logo dan sijil halal yang bukan dikeluarkan Jakim.

Beliau berkata keadaan menjadi kecoh seketika apabila Jakim disertai pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memeriksa premis menjual ayam dan itik panggang kerana cara penyembelihan diragui.

“Apa yang menimbulkan tanda-tanya, semasa tinjauan awal, kami mendapati adanya logo halal yang dipamerkan. Tetapi ketika pemeriksaan berikutnya, logo berkenaan sudah tiada lagi dipamerkan,” katanya kepada pemberita selepas selesai memeriksa premis-premis di medan selera berkenaan.

Pemeriksaan itu yang disertai tiga pegawai Jakim, tiga pegawai KPDNKK dan lima anggota PPIM dilakukan setelah menerima rungutan dan aduan orang ramai berkaitan penyalahgunaan sijil halal yang diguna pakai premis makanan berkenaan.

Dalam pemeriksaan semalam itu, pengusaha premis makanan itu berkata mereka memperoleh logo dan sijil halal melalui pihak pengurusan pusat beli-belah itu tanpa berurusan terus dengan pengeluar sijil halal terbabit.

Amri kemudiannya mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan medan selera itu untuk mendapat penjelasan berhubung penggunaan logo berkenaan.

“Pihak pengurusan itu menjelaskan kepada saya permohonan logo dan sijil halal daripada Jakim sudah dibuat untuk semua premis-premis makanan di medan makan menggunakan pihak ketiga.

“Oleh itu, saya menasihatkan mereka supaya berurusan terus dengan Jakim dan Jakim juga bersedia datang ke premis untuk memberi panduan tentang kaedah-kaedah yang betul untuk memastikan makanan disediakan secara halal,” katanya.

Beliau berkata premis berkenaan belum pernah dipantau atau diaudit oleh pihak berkuasa berkaitan menyebabkan mereka kurang arif tentang isu penggunaan logo halal.

Sementara itu, Setiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan berkata tindakan terburu-buru peniaga menanggalkan logo dan sijil halal berkenaan menunjukkan mereka sedar penggunaan logo halal selain Jakim adalah salah tetapi mereka masih menggunakannya.

Katanya semasa tinjauan itu, PPIM mendapati sijil halal yang digunakan di premis-premis berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Bahtera Lagenda Sdn Bhd melalui logo tertera IFRC. Syarikat berkenaan merupakan antara enam syarikat yang tidak diiktiraf akan kesahihan sijil halalnya.

– Bernama

Petikan dari kitab “Bidayatul Hidayah” karangan al-Imam al-Ghazzali

Ada dua bahagian dari pelajaran agama yang sangat penting untuk diperhatikan. Pertamanya ialah meninggalkan hal-hal yang dilarang oleh agama. Yang kedua ialah menunaikan yang diperintah.

Dalam hal ini bahagaian yang pertama, iaitu meninggalkan larangan, adalah lebih berat dari yang bahagian yang kedua, iaitu menunaikan yang diperintah. Ini adalah kerana pada hakikatnya bahagian yang diperintah boleh dlakukan oleh sesiapa sahaja yang berminat. Walhal, untuk meninggalkan yang dilarang, ianya hanya dapat dilakukan oleh mereka yang berjiwa luhur dan berhati bersih.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya:

“Hijrah yang sebenarnya adalah hijrah (meninggalkan) kejahatan dan jihad yang sesungguhnya adalah memerangi hawa nafsu.”

Ketahuilah jika engkau melakukan maksiat maka sebenarnya yang menjadi sasaran adalah anggota badan kamu sendiri. Padahal anggota badan kamu itu merupakan suatu nikmat [sebutan: ni’mat] dari Allah yang dianugerahkan kepada kamu dan sekaligus menjadi amanah yang harus engkau pertanggungjawabkan. Maka sungguh berdosa jika kenikmatan itu engkau peralat untuk membuat maksiat dan pengkhianatanmu terhadap amanah yang telah diberikan kepada kamu adalah merupakan kedurhakaan yang amat besar.

Seluruh anggota badan jasmani kamu merupakan amanah yang berada di bawah tanggungjawabkamu. Oleh kerana tu hendaklah engkau perhitungkan sejauh mana engkau menjaga, memelihara dan mengurus tanggungjawab itu. Sesungguhnya tiap-tiap diri kamu adalah pemimpin dan setiap diri kamu kelak akan disoal akan tanggungjawab yang engkau pimpin.

Ketahuilah bahawa seluruh anggota badan kamu kelak di hari kiamat akan memberi kesaksian atas diri kamu, dan semuanya akan berkata-kata atas segala amal perbuatan kamu dengan keterangan yang terang dan jelas.

Allah berfirman dalam surah An-Nuur: ayat 24, ertinya:

“Pada hari, yang menjadi saksi atas mereka, lidah, tangan dan kaki mereka sendiri, tentang apa yang mereka lakukan.”

Dalam surah Yaasiin: ayat 65, Allah juga berfirman, ertinya:

“Pada hari itu Kami tutup mulut mereka, dan berbicara dengan Kami, tangan mereka dan menjadi saksi kaki mereka, tentang apa yang telah mereka kerjakan.”

Oleh kerana itu jagalah dirimu baik-baik dari segala kemaksiatan, terutama ketujuh-tujuh anggota badan kamu kerana di dalam neraka terdapat tujuh pintu yang masing-masing disediakan bagi manusia sesuai dengan dosa-dosa yang diperbuat oleh ketujuh-tujuh anggota badan tersebut.

Tujuh anggota badan tersebut ialah:

  1. Mata – klik untuk baca
  2. Telinga
  3. Lidah
  4. Perut
  5. Kemaluan
  6. Tangan
  7. Kaki

Insha Allah, bersambung untuk setiap anggota badan tersebut.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

September 2010
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid