You are currently browsing the daily archive for 6 September, 2010.

Petikan dari kitab “Bidayatul Hidayah” karangan al-Imam al-Ghazzali

Bersambung dari: Menjauhi Maksiat – Lidah dari Bab Menjauhi maksiat

Hindarilah lidahmu itu dari:

a.   Dusta

Peliharalah dan jagalah lidah kamu jangan sampai engkau pergunakan untuk berdusta baik secara sungguh-sungguh ataupun secara main-main dalam bentuk bersenda-gurau. Janganlah bohong itu engkau jadikan permainan dalam bersenda-gurau, kerana akibatnya akan menjadi kebiasaan berdusta secara sungguh-sungguh.

Dusta adalah ibu segala dosa yang paling berbahaya. Oleh kerana itu jika engkau sampai dikenali orang sebagai pendusta, maka hilanglah harga dirimu dan ucapanmu tidak akan dipercayai orang lagi. Akhirnya apapun yang engkau lakukan orang akan tetap menilainya sebagi dusta dan syak wasangka.

Jika engkau ingin mengetahui hinanya dusta itu, cubalah engkau misalkan seandainya engkau dibohongi oleh seorang teman, maka tentu sahaja engkau akan merasa marah dan sakit hati kepadanya, serta dalam hatimu akan terasa betapa jahatnya berdusta itu.  Demikian pula soal kejahatan-kejahatan yang lain, engkau tidak akan mampu menilai hinanya kejahatanmu kecuali jika kejahatan itu engkau perumpamakan datang dari orang lain.

Oleh kerana itu jika engkau memandang kepada orang lain yang berdusta itu sebagai buruk, maka orang lain pun akan memandangmu buruk.

Andaikata apa yang engkau tidak suka orang lain melakukannya kepada diri engkau maka janganlah pulak engkau melakukannya terhadap orang lain pula

Insha Allah bersambung dengan perbuatan mungkir janji

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

September 2010
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid