Kepada mereka yang gemar mengguna sos barbeku (BBQ) untuk membakar/panggang daging/ayam sewajarnya berhati-hati ketika memilih sos tersebut.

Satu jenama import, Hunt’s yang berperisa Honey Mustard didapati tertera dengan jelas menggandungi wain (wine).

Di dalam senarai kandungan yang ditampal pada belakang botol plastik sos BBQ Hunt’s tersebut dicatit bahan yang digunakkannya ialah wain (wine).

Dalam pengalaman pertama kali saya ke Giant di Kuala Terengganu petang tadi, sayangnya saya tidak membawa bersama kamera cuma sekadar merakam dengan mengguna kamera telefon yang kurang canggih yang tidak menampakkan tulisan “wine” dengan jelas

Namun, selepas membuat carian dalam internet, saya dapat buktikan di sini bahawa sememangnya ia mengandungi bahan yang diharamkan tersebut. Cuma maklumatnya pula dalam bahasa Jerman (Deutsch). Dan dalam bahasa Jerman wain (wine) disebut “wein“(*)

Dan sos haram ini dijual dirak yang sama dengan pelbagai jenis sos barbeku lain lagi. Cara jualan terbuka sebegini amat mengelirukan pengguna Islam yang kurang prihatin dalam memilih barangan yang dibeli. Sewajarnyalah pihak pengurusan Giant lebih peka dalam memilih barangan untuk jualan dan bagaimana hendak dipamerkan untuk jualan kepada pengguna Islam.

* [bolehlah sikit-sikit baca bahasa Jerman … bila orang bertanya saya selalu jawab “Ich studiere Deutsch zwei semester im Amerika” – tapi dah berkarat habis dah]