YA – sekurang-kurangnya untuk kali ini dan dalam kes ini.

Saya terangkan di bawah ini.

Saya ke Pasar Hyper Giant di Kuala Terengganu petang tadi, Khamis, 13hb Januari 2011.

Sila lihat gambar ayam yang dipamer untuk dijual di bawah ini.

Dan cuba perhatikan pada tarikh yang ditampal pada tag harga (klik pada imej untuk paparan yang lebih besar). Ada dua tarikh. Tarikh pertama ialah tarikh ianya disediakan (packed date) dan tarikh sebelahnya ialah tarikh “luput” (expiry or best before date).

Saya zoomkan gambar itu pada tag harga di bawah ini:

[klik pada imej untuk paparan yang tarikh yang lebih jelas]

Yang sebelah kanan, tarikhnya ialah 12/01/2011 – 16/01/2011. Ini bermakna ianya disediakan pada 12hb Januari 2011. Manakala yang tengah, ianya disediakan pada 13hb Januari 2011 – HARI INI.

Yang sebelah kiri sekali tarikhnya ialah 14hb Januari 2011 – ESOK!!!. Bagaimana barangan yang sepatutnya disediakan pada esok sudah boleh dipamerkan untuk jualan pada hari ini?

Apakah GIANT menipu tarikh luput barang jualan mereka? Dengan ini apakah boleh kita percaya bahawa barangan yang tarikh luput pada hari ini benar-benar bertarikh hari ini atau ianya sudah sepatutnya ditarikh balik dari jualan kemareng (semalam)?.

Saya serahkan ini kepada pihak yang berwajib dan juga pihak pengurusan Giant sendiri untuk melakukan siasatan lannjut.

Saya bertanya kepada seorang kakitangan yang secara kebetulan berada di sebelah bahagian tersebut, beliau menjawab “dok tahu, kena tanya orang ddalang (dalam yang menyediakan)”.