Syaer Awang Goneng


Bertahun berdekad di perantauan

Segala kenangan tetap di ingatan

Si Awang Goneng hasil nukilan

Untuk semua jadi tatapan

*

Bertahun-tahun di tanah Inggeris,

Bijak bermadah, indah berpuitis,

Begitulah kisah seorang penulis

Pengalaman dirakam, buku ditulis

**

Suka duka, tangis dan tawa

Mok Mek dan Mok Nab semua dia cerita

Cek Qaleh Teksi, Pok Loh Standok juga

Pak Ku Hj Ambak serban besar bakul, dia tak lupa

Menyingkap kembali apa dirasa

***

Sedari kecil ke zaman remaja,

Keropok lekor , rojok Pok Deh dia suka,

Itulah dia si Awang Goneng, anak Ganu kite.

****

hasil karya oleh

Zaharah Othman &

Dodi Mohamad

didendang oleh

Dodi Mohamad

30hb Apr. 2011

*****

Rakaman video yang dipersembahkan di RA FIne Arts Gallery pada 1 Mei 2011

dalam format .flv (low quality)

dalam format.mpg (high quality)

BELI BUKU AWANG GONENG:

KLIK DI SINI