Keputusan:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut: “Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
  2. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
  3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri–Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri–Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
  4. Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang–Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :” Hukum Syarak atau Undang–Undang Islam ertinya Undang–Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq.”
  5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang–Undang Islam dan demikian penyebaran apa–apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
  6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang–undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.
  7. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain–lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Keputusan (English):
Shi’ism in Malaysia

Decision:
The 40th Special Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 5th May 1996 has discussed Shi’ism in Malaysia. The Conference decided to:1. Agree with the decision of the Fatwa Committee Muzakarah (Conference) held on 24th-25th September 1984 [Paper No. 2/8/84, Article 4.2. (2)] concerning Shi’ism that decided as follows:
1. “After discussing and deliberating on this working paper, the Committee has decided that only the Zaidiyyah and Jaafariyyah Shi’ite sects are accepted to be practiced in Malaysia” is abolished.
2. Decided that Muslims in Malaysia must only follow the teachings of Islam based on the doctrine of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah on creed, religious laws and ethics.
3. Support and accept the amendments proposed to the Federal Constitution and States Constitutions in stating that the religion of the Federal and States must be the religion of Islam based on the doctrine of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah on creed, religious laws and ethics.
4. Provide amendments to all State Laws and Religious Laws to standardize the definition of Religious Laws for Islamic Laws to be as follows:
“Religious Laws or Islamic Laws means Islamic Laws based on the doctrine of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah on creed, religious laws and ethics.”
5. Recommended that Islamic teachings other than that of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah contradict with the Religious Laws and Islamic Laws and as such, the propagation of any teachings other than that of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah is prohibited.
6. Decided that all Muslims in this country are bound to Islamic Laws and Religious Laws based on the teachings of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah only.
7. Decided that the publication, broadcasting and distribution of any books, leaflets, films, videos, and others relating to the teachings of Islam that contradict with the doctrine of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah is prohibited and unlawful (haram).