You are currently browsing the daily archive for 15 June, 2011.

sumber: Pejabat Mufti Selangor

Maklumat Mengenai Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011

Masyarakat Berpeluang Menyaksikan Gerhana Bulan Penuh Di Malaysia !

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 190 yang bermaksud : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal” .
Salah satu tanda kekuasaan Allah dalam peredaran bulan, matahari dan bumi, adalah kejadian Gerhana Bulan.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oIeh Muslim bermaksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. OIeh itu, apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala’ kegelapan”.

Di Malaysia akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh dua kali iaitu yang pertama pada 16 Jun 2011 (Khamis) – awal pagi bermula 1.22 pagi sehingga 7.02 pagi dan pada 10 Disember 2011(Sabtu) pada jam 8.45 malam. Fenomena seperti ini amat jarang berlaku di Malaysia.

Gerhana bulan penuh ini berlaku apabila keseluruhan jasad bulan memasuki dalam kawasan umbra. Ketika itu bulan kelihatan terapung-apung di angkasa dalam keadaan tidak bercahaya. Pemerhati-pemerhati di bumi akan dapat melihat warna bulan ketika ini berwarna merah tembaga, sebagai kesan pembalikan cahaya dari luar kawasan umbra.

Bagi Jabatan Mufti Selangor satu program akan diadakan bagi menghayati bukti kebesaran dan keagungan Ilahi pada 16 Jun 2011 (Khamis) bertempat Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Antara pengisiannya ialah Jom Teropong Angkasa, Tayangan Video Cakerawala, Solat Sunat Gerhana Dan Bacaan Khutbah. Maklumat lanjut hubungi Jabatan Mufti Selangor Bahagian Falak di talian 03-55143547 / 3718 / 3717 / 3720.

Data Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun 2011 (Khamis)

 Fasa

Keterangan

Masa

P1

Bulan Mula Memasuki Kawasan Bayang Penumbra Bumi

1.22 pagi


U1

Bulan Mula Memasuki Kawasan Bayang Umbra Bumi

2.22 pagi

U2
GREATEST
U3

Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula

3.22 pagi

Fasa Gerhana Bulan Penuh berakhir

5.02 pagi

Kemuncak Gerhana

4.12 pagi

U4

Bulan Mula Bergerak Keluar Dari Kawasan Bayang Umbra Bumi

6.02 pagi

P4

Bulan Mula Bergerak Keluar Dari Kawasan Penumbra Bumi

7.02 pagi

*Umbra : Bahagian Bayang yang sangat gelap
*Penumbra : Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah

x

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2011
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid