Membaca kenyataan yang terlalu laju oleh bekas Mufti Perlis berhubung pemeriksaan JAIS terhadap Dream Centre DUMC dengan tanpa melihat isu pokok sebaliknya menimbul isu lain tentang masalah pengagihan zakat sebagai punca murtad, saya terjumpa pula artikel ini yang mana kata orang dulu-dulu …
Kata dulang paku serpih , kata orang dia yang lebih.

Bacalah sendiri posting yang diambil dari http://abu-syafiq.blogspot.com WalLahu a’lam

Mufti Wahhabi Makan Duit Zakat, Miskin&Murtad Di Perlis

PERLIS PALING MISKIN TAPI DUIT ZAKAT TERLALU BANYAK (Pengurusan Zakat Perlis “TeRRBAEiK” Pada Zaman Asri Wahhabi Jadi Mufti Perlis ! Kantoi lagi !)

Melihat statistik kemiskinan di Malaysia. Perlis merupakan antara negeri yang paling tinggi kadar purata kemiskinannya berbanding seluruh negeri-negeri di Malaysia, demikian menurut (RMK-9) projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Jika anda ke Perlis pasti akan kelihatan pembangunan pesekitarannya juga amat kelu. Peruntukan yang diberikan oleh Perdana Menteri juga amat banyak untuk Perlis tetapi kemana perginya untuk pembangunan sebenar atau disimpan untuk agihan pada ‘satu masa kelak’.

Bukti penduduk Perlis paling miskin (klik gambar utk besarkan)

Penduduk Perlis yang berjumlah hanya 200 ribu orang sahaja itu juga terdapat penduduknya yang fakir & miskin tegar dan juga yang murtad keluar dari Islam. Sedangkan pendapatan zakat bagi negeri Perlis hampir RM 40 Juta setahun. Walaupun begitu banyak pendapatan zakat Perlis ia kelihatan tidak diagihkan secara telus. Selain fakir-miskin terdapat juga asnaf-asnaf yang lebih layak juga tidak mendapat perhatian sepenuhnya. Perlis terus menjadi negeri yang tinggi kadar purata kemiskinannya walaupun duit zakat teramatlah banyaknya. Semua ini juga berlaku ketika Asri Wahhabi dan Juanda Jaya menjadi mufti Perlis.

Zakat Perlis hampir RM 40 Juta setahun (klik gambar utk besar)

MUFTI-MUFTI PERLIS MAKAN DUIT ZAKAT & BEKAS MB PERLIS SEKAT ZAKAT BIASISWA PELAJAR BAITULMAL PERLIS

Walaupun penduduk Perlis ramai yang miskin berdasarkan pengakuan Rancangan Malaysia Kesembilan tadi. Duit zakat Perlis yang banyak kelihatan tidak diagihkan secara amanah sehingga ada rakyat Perlis yang murtad. Kemana perginya pembelanjaan duit zakat Perlis yang banyak itu. Mari kita rungkai…;

Ketika Mohd Asri Wahhabi menjadi Mufti Perlis dia bersama Mufti Perlis sekarang Juanda Jaya dan bekas MB Perlis Shahidan Kassim dikatakan mengunakan duit BaitulMal Perlis untuk mengadakan dan menganjurkan program menyebarkan fahaman yang didakwa mereka kononnya sebagai Sunnah / Salaf. Program yang menggunakan duit zakat Perlis itu bukan sahaja digunakan di Perlis tetapi wang kumpulan zakat di BaitulMal Perlis tersebut turut dipergunakan untuk program yang didakwa mereka Sunnah/Salaf di luar negara (Ogos 2007).
(klik pada gambar utk besarkan)Asri Wahhabi ketika menjadi Mufti Perlis bersama Juanda Jaya Mufti Perlis sekarang dan geng-geng mereka (Wahhabi) menganjurkan seminar LUAR NEGARA selama beberapa hari (ogos 2007) sambil diselitkan dakyah fahaman Wahhabi mereka menggunakan wang zakat BaitulMal Perlis. Program itu dianjurkan oleh BaitulMal Perlis berdasarkan pengakuan rasmi berbukti pemimpin-pemimpin besar Perlis sendiri

Jika mereka mengatakan ia ada peruntukan zakat dari BaitulMal buat mereka, mengapa waktu yang sama masih ramai orang miskin bahkan penduduk Perlis antara yang paling tinggi kadar kemiskinannya di Malaysia ini di biarkan pula??Bahkan ada di Perlis yang murtad!
Dimana keutamaan? Meng”wahhabi”kan orang ramai atau bantu fakir-miskin tegar Perlis? Rakyat Perlis juga ada yang murtad keluar Islam kerana tidak dibantu sepenuhnya.

Bahkan bekas MB Perlis Shahidan Kassim sendiri menyekat zakat biasiswa Baitulmal Perlis kerana memilih bulu setelah kurang manusia menyokongnya.

x- MB Perlis tahan zakat biasiswa BaitulMal (klik gambar)

MURTAD, GEREJA, JABATAN AGAMA, ASRI WAHHABI MUHASABAH LAH DIRIMU

Tidak boleh dinafikan murtad (keluar dari Islam) memang berlaku di Perlis. Gereja yang membaptiskan orang juga banyak di Perlis ketika Asri Wahhabi menjadi mufti Perlis. Orang miskin tidak dipenuhi keperluan mereka malangnya waktu yang sama Asri Wahhabi ini ketika menjadi Mufti Perlis menggunakan wang zakat BaitulMal Perlis untuk diri dan geng-gengnya. Ku ingatkan buat Asri Wahhabi dan kuncu-kuncunya yang suka buat komen bodoh bila timbul apa-apa isu…

Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Tak Pandai Urus Zakat, Rupa-rupany dia yang lebih.

oleh: fan Ustaz Abu Syafiq