Begitulah sangsinya saya bila membaca laporan terawal Malaysiakini:

Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Penasihat Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Majlis tersebut akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.

Malaysiakini memetik kata-kata MB bahawa:

… idea penubuhan majlis syura tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika mereka mengadakan perbincangan minggu lalu.

Bagaimana mungkin menubuhkan satu majlis penasihat berhubung isu agama tetapi MAIS tidak dipanggil sama. Apakah sebab MB sukar untuk mempengaruhi MAIS maka beliau membelakangi MAIS?

Baca gempar terbaru yang menimpa MB Khalid ini (dari Malaysiakini lagi … ):

Sultan S’gor terkejut penubuhan syura

Sultan Selangor amat terkejut dengan cadangan penubuhan majlis penasihat syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Setiausaha sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan tidak menghalang hasrat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memanggil gereja bersama mufti membincangkannya, tetapi menasihatkan timbalan mufti dijemput sekali.

“Oleh yang demikian, isu tentang DYMM Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar,” katanya.

Pening MB hendak jawab selepas ini. Atau dia boleh salahkan Malaysiakini yang silap lapor …

MB Khalid ini selalu sangat suka melatah. Tanpa usul periksa dia minta maaf dengan Pastor DUMC dan mengarah (!) JAIS memberi laporan kepadanya dalam isu gereja haram DUMC di PJ. Tiba-tiba apabila exconya sendiri yang membela tindakan JAIS dia arah semua orang tutup mulut.

Apakah tindak tanduknya diarah orang-orang tertentu? Begitu mudah MB tersasul mengatakan Sultan cadang tubuh Malis Syura. Ada tangan ghaib?

p.s. terfikir juga apa pulak hendak dikata oleh mereka yang cepat-cepat sokong dan angkat MB dengan komen-komen mereka di Malaysiakini tu. Nak tarik balik dah tertulis. Yang maki dan marahkan orang lain pun ramai juga.

Contoh:

.