Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan beberapa NGO lain telah mengadakan bantahan aman yang ringkas membantah festival Seksualiti Merdeka di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam selepas solat Jumaat tadi.

Sdr. Aminuddin Yahya, selaku Timbalan Presiden PEMBELA merangkap Timbalan Presiden ISMA membacakan kenyataan media yang telah diedarkan

Memandangkan bantahan dibuat di bahagian Pintu Diraja masjid dan demi menghormati DYMM Sultan Selangor, bantahan hanya dimulakan selepas Tuanku berangkat pulang dari masjid sekitar jam 1:55 tengahari dan ramai ahli jemaah yang telah pulang memandang tiada pengumuman awal diwar-warkan untuk mengadakan bantahan tersebut.

Sebahagian dari ahli jemaah yang mendengar bantahan

Sebahagian dari ahli jemaah memilih untuk mendengar dari jauh

Khutbah khas yang dibaca oleh khatib bertugas juga memberi fokus kepada isu yang dibantah ini walaupun di portal e-khutbah JAIS tercatit topik yang lain untuk minggu ini. Tindakan yang peka dengan isu semasa oleh pihak MAIS/JAIS dalam membawa isu ini dalam khutbah itu amat dipuji.

Di antara pimpinan NGO yang hadir berdiri, sebelah kanan Sdr. Aminuddin ialah Ustaz Masridzi (PERKID) dan Sdr. Feriz Omar (PROWARIS) dan Sdr. Shamsul Ma'arif (yang sedang berucap). Lain-lain yang turut serta (yang sempat saya cam); Sdr. Mansor Ibrahim (RICOI), Sdr. Razali Daud (ITMAM), Sdr. Zafry (Presiden PEMBINA) manakala MUAFAKAT diwakili oleh SUA dan Penolong SUAnya.

Majlis selesai sekitar jam 2:10 petang. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan baik dan suara kami telah dinyatakan dengan jelas. Pihak polis yang mengawal telah memberi kerjasama yang baik dan dari apa yang saya “terdengar” laporan dari set mereka bahawa majlis berjalan dengan “terkawal.”