You are currently browsing the daily archive for 16 December, 2011.

Adakalanya kita ingin melihat pembangunan dengan pembaharuan terhadap lanskap sesuatu kampung atau bandar. Namun, dalam mengejar pembangunan material ini, ianya mengorbankan keindahan semulajadi dan menghilangkan tinggalan warisan senibina dan usaha orang-orang dahulu.

Anehnya kita mempromosi pelancongan dengan tema “Terengganu – Where Nature Embraces Heritage” – mana perginya “heritage” apabila semuanya dimusnahkan? Mereka seolah-olah hilang fokus. Yang perlu dibaiki kerana usang dibiarkan mencemar permandangan. Yang bersejarah dan dijaga keindahannya dikatakan usang (dan ini).

Hilangnya deretan bangunan-bangunan lebih 100 tahun usianya di Kedai Payang/Jalan Bandar sukar untuk saya lupakan. Usaha-usaha terakhir kami untuk menyelamatkan bangunan sejarah (hingga tercetusnya blog ini: http://warisantrengganu.wordpress.com/tidak diendah dan dilayan oleh mereka yang duduk di kerusi empuk. Mereka yang hanya bersenang di bilik berhawa dingin tidak bersedia mendengar keluhan para peniaga yang diarah berpindah dengan tempoh yang tergesa-gesa. Maka satu persatu sejarah dilupuskan demi mencari keindahan baru.

Saya kongsikan di sini beberapa keping gambar dari poskad yang masih tersimpan sebagai kenangan bersama.

Pasar Kedai Payang kini dipanggil Pasar Payang oleh mereka yang tindak kenal sejarah asal. Bangunan jam besar (kelihatan sebahagian sahaja di sebelah kiri) sudah lama digondol tidak berganti.

Bahagian Masjid Abidin yang mengadap Istana Maziah

Senibina bahagian tambahan Masjid Abidin yang dibina zaman pemerintahan Al Marhum Sultan Ismail ini sudah tiada lagi.  Menara mirip Masjid Negara yang dibina selepas baginda tamat tempoh menjadi Agong (serta membawa balik Bilal Isa dari Masjid Negara yang merdu alunan azannya untuk bertugas di Masjid Putih) sudah diganti. Dan menjadi amat sedih ialah dengan perbelanjaan yang begitu besar untuk mengindahkan Masjid Putih ianya dibuat sambil lewa tanpa pemantauan yang baik. Kebocoran dari awal projek siap sehingga kini tidak dibaiki (baca di sini)

Bulatan penyu ini diganti pula dengan replica batu bersurat.

Apakah untuk dibiarkan semak samun begini sebabnya penduduk dihalau sebelum sempat beraya dengan sanak saudara?

Dalam mengejar pembangunan lalu menghambat para penduduk sekitar Ladang Tok Pelam dan yang berdekatan, apa jadi dengan pembangunan tersebut selepas setahun dipaksa pindah ketika mereka sedang dalam bulan Ramadan dan bersedia untuk menyambut Eidul Fitri (mengingatkan kembali peristiwa 2009).

Insha Allah, jika diizinkan Allah, akan saya kongsikan lagi gambar-gambar lama yang lain.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

December 2011
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid