Rakyat telah menzahirkan kemarahan dan kebencian. Bantahan terhadap tekanan dan kesengsaraan disuarakan dengan akhirnya Hosni Mubarak dijatuhkan.

Kerajaan peralihan sudah dilantik dan melaksanakan pilihanraya terbuka pertama sejak Mubarak dijatuhkan.

Rakyat telah membuat pilihan mereka dengan sebebasnya buat pertama kali untuk sekian lama dipendam.

”]Apakah ianya telah sampai masanya untuk rakyat jelata menikmati “kebebasan” yang dicari-cari itu. Apakah kini udara demokrasi sudah boleh dihirup?

Perkembangan sehingga kini belum dapat mengambarkan hasrat dan cita-cita untuk merasai hidup era pasca “kekejaman” Mubarak dapat dinikmati dalam masa yang terdekat.

Antaranya: Egypt protesters and troops clash. Rusuhan demi rusuhan tetap berlaku. Medan Tahrir masih menjadi medan himpunan yang tidak kesudahan. Semacam badi Mubarak itu masih ada.

Jangan sampai percaturan menggulingkan Saddam Hussien terulang lagi. Kekejaman Saddam sekian lama berakhir dengan kematiannya ditangisi apabila suasana Iraq yang masih bermandi darah untuk sekian lama selepas menjemput Amerika masuk untuk campur tangan.

17 Disember - di mana demokrasi dan keamanan yang dicari? Apakah kehidupan sebegini yang dicari pasca Hosni Mubarak?

Apakah suasana kini lebih aman? Apakah percaturan politik sedemikian menguntungkan selepas kini Syiah yang menguasai kerajaan melepaskan geram mereka? Siapa yang untung?

Apakah selepas menjemput NATO untuk melumpuhkan keseluruhan sistem pertahan negara Libya rakyat dapat nikmati bidup baru pasca Gaddafi? Apakah “kenikmatan” pelabagai kemudahan bagi rakyat kebanyakan akan dapat diteruskan oleh oleh kepimpinan ad hoc yang rapuh dapat berjanji untuk tidak mengulangi kekejaman Gaddafi? Laporan pelbagai berita menyiarkan mereka yang setia dengan Gaddafi pula yang menerima kesengsaraan. Apakah itu keadilan dan demikrasi yang dilaungkan?

Ya Rabb, lindungilah tanah air kami dari mala petaka dan kekacauan yang tidak menentu. Selamatkanlan umat Islam di tanah air ku kami.

Bacaan lain: