Sukar untuk dibayangkan. Dan saya tidak yakin blog kerdil saya ini dipantau. [walaupun sehari dua ini hitsnya melonjak]

Namun, apa yang berlaku, sebaik sahaja saya kirimkan artikel terbaru di blog saya (Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata) dan menyebut bahawa Anwar menyiarkan kembali teks ucapannya yang pernah dia gugurkan dari blog rasminya sebelum ini, teks ucapan Anwar di LSE itu sekali lagi dibuang – seperti dulu – tanpa sebarang makluman/sebab.

Alhamdulillah, tergerak hati untuk “screen capture” segalanya. Nanti orang kata saya berbohong. Antara Anwar dengan saya – pasti penyokong Anwar percayakan pemimpinnya.

Maka saudara pembaca lihat sendiri dan buatlah kesimpulan terbaik.

Ini posting semula teks ucapan LSE yang dikirimkan pada 5 Jan 2012:

Ini paparan terbaru selepas kiriman tersebut digugurkan:

Ini paparan terkini apabila kita klik link artikel tersebut:

Kalau inilah yang berlaku dalam media perdana, it will turn viral.

Saya doakan, Anwar menzahirkan taubatnya tidak mengiktiraf kesamaan agama lain sama dengan agama Islam. Katakan bahawa kata-katanya berikut tidak betul – bahawa hanya mereka yang bersyahadah Allah (menurut defini Ahli Sunnah Wal Jamaah – sebab Anwar setuju kalimah Allah digunakan oleh agama lain juga) itu Esa dan Muhammad itu utusanNya – dan agama lain adalah berada dalam kesesatan.

Whatever the religion, whether it is Islam, Christianity, Judaism, Sikhism, Hinduism and many others, I believe that the higher truths which go beyond mere practice and ritual all converge on the singular truth: and that is from God we were sent forth and unto God shall we return.

Jika Anwar boleh lafazkan sedemikian secara terbuka, saya yakin TG Haji Hadi, Dr. Harun Din dan juga Ustaz Harun Taib akan berasa lega. Ini kerana mereka bertiga ini telah pernah menegur dan tidak selesa dengan anutan pluralisme Anwar. Dan jika Anwar boleh berbuat demikian, habislah modal Utusan Malaysia.

Itupun jika Anwar berani!

Advertisements