Apabila teguran demi teguran dibuat, Anwar tidak peduli apa orang kata.
Kehangatan kembali isu Anwar berpegang dengan fahaman pluralisme agama nampaknya bukannya membuat Anwar berfikir, insaf dan bertaubat, malah Anwar semakin mengesahkan, ya, bahawa beliau sememangnya menerima fahaman itu.
Apabila Utusan menyiarkan temubual sahabat saya, Haji Ismail Mina, berhubung isu pluralisme agama yang dibawa oleh Anwar, ramai juga kawan komen dan tegur saya kerana saya menyiarkannya di blog ini dan juga update di dinding FB saya. Saya terima teguran dan komen itu dan menjawab sedaya mungkin.
Ramai yang bersetuju namun ada yang tidak dapat menerima fakta tersebut atas sebab-sebab mereka sendiri maklum.
Cuma kepada sahabat-sahabat yang tidak bersetuju ini, apakah tidak mereka renung sejenak dan memikirkan apakah mungkin ada kebenaran yang disebut oleh sahabat saya itu?
Apakah mungkin Anwar sememangnya berpegang dengan akidah Pluralisme Agama? Ramai di kalangan mereka ini mungkin bersangka baik dengan Anwar. Itu mungkin bagus, dalam hal-hal tertentu.
Namun, apakah kita mesti sentiasa bersangka baik dalam semua hal? Atau saya “rephrase”, apakah kita memilih-milih bila masa kita bersangka baik dan bila masa kita bersangka buruk?
Saya petik beberapa teguran dan komen di blog/FB saya dan ada yang hantar PM dan ada juga yang hantar emel. (Jangan bimbang saya tidak hebahkan identiti mereka)
mungkin tersilap quote/tersilap faham oleh DSAI..tapi ana tidak percaya bahawa dia menganuti religious pluralism…
ok…i note ur word. and being pluralism is kafir?
ismail mina nak heboh apa lagi…? Nuwar dah diam pasal isu tu…dia dah tarik balik….
Ketiga-tiga mesej di atas datang dari seorang kenalan lebih 20 tahun. Dua isu: Apakah “being pluralism is kafir?” Ya. Sepakat sekalian ulamak. Nauzubillah. Jika tidak apa gunanya Muhammad bin Abdullah diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat seluruh alam?
Isu kedua: “…dia dah tarik balik…“. Jawab saya, tidak. Baca kenyataan Anwar di blog rasminya bertarikh 5 Jan 2012 (ya, baru dimasukkan semula teks ucapan beliau di LSE dulu). Ertinya, Anwar tidak peduli apa orang kata. Lagi orang tegur, lagi dia siarkan.
bukan tak dapat membezakan…isu tu dah selesai lama dah Rim…dok geger lagi wat ape…org nmpk u all di amik kesempatan oleh pihak tertentu. Kan kah ari tu dah diskus rumah osman bakar? Meil Mina dok nak bising lagi untuk apa? nak suruh orang percaya Nuwar tu kafir?
Belum selesai. Sebab itulah Anwar siar semula teks beliau di blog RASMInya. Benar sudah dibincang di rumah Prof Osman dan Anwar mengakui kesilapannya dan berjanji akan edit. Tapi tidak edit. Disiar semula tanpa sebarang pindaan walaupun satu perkataan.
Kedua, kalau kesempatan diambil untuk menyelamatkan umat dari terjerumus ke dalam neraka, saya bersyukur kerana Allah berikan saya (dan sahabat lain yang menentang pluralisme ini) ilmu, kekuatan dan istiqamah ini. Inilah amr maaruf nahi mungkar. Semoga ianya memberatkan timbangan amal kami di sebelah kanan.
Kita menuduh Anwar dek kerana satu isu yang selepas itu telah menjelaskan dan memperakui kelemahan yang ada dalam tulisan tersebut.
Kita bersikap beliau masih terus beraqidahkan secara istiqamah dengan pluralism.
… semacam kita ingin mengukuhkan fitnah bahawa Anwar memang seorang peliwat.
Apa misi dan visi kita sebenarnya; kita nak apa? Umumnya, kita berada di lingkaran umur kubur sudah lama memanggil. Ana tidak dapat bayangkan, jika kita merasakan apa yang kita lakukan ini adalah amal soleh. Kita yakin begitu?
Ya, benar Anwar sendiri mengaku. Dan dia janji untuk ubah. Dia tidak ubah. Disiarkan semula tanpa sebarang pindaan. Jelas dia istiqamah dalam pendirian itu. Dan beliau ulangi ucapan sebegini di tempat-tempat lain. Mungkin para sahabat yang tidak ikuti dan peka dengan ucapan-ucapan beliau dek seronok dengan tepukan dan sorakan.
Kedua, tidak ada di mana-mana kenyataan sahabat saya dalam Utusan itu dan apa yang saya tulis selama ini mensabitkan isu moral Anwar (walaupun saya berpengalaman dan mendalami teknologi video dan CCTV). Saya tidak mahu terlibat dalam “fitnah” itu. Begitu juga saya tidak mahu terlibat dengan “fitnah” cerita-cerita Najib-Rosmah atau lain-lain personaliti lagi yang selalu menjadi cerita pisang goreng panas dalam media alternatif. Begitu mudah kita mengiya dan memanjangkan cerita pelbagai perlakuan pemimpin yang kita tidak sukai namun kita bingkas menerkam orang yang menegur sahabat kita dan marah orang “fitnah” pemimpin yang kita sayangi. Kita tidak guna timbangan yang sama. Apakah keadilan seperti itu yang kita ingin tegakkan?
Ketiga: “… kita nak apa? ” Jawabnya: kita mahu selamatkan umat dari gejala pascamodernisme yang antaranya pluralisme agama. Dan inilah amal soleh yang hendak kita bawa sebagai bekalan kita. Di akhir hayat kita, kita tidak mahu tergelincir iman.
Kita perlu ingat isu aqidah membezakan kita – antara masuk syurga jua atau kekal dalam neraka selama-lamanya (nauzubillah).
Jika kita berpegang dengan aqidah Syiah yang mengkafirkan para sahabat, maka kita kekal dalam neraka. Jika kita beraqidah bahawa semua agama sama jua, tidak perlu masuk Islam, apa-apa agamapun membawa kepada masuk syurga, maka itu fahaman pluralisme. Dan jika kita yakin dengan akidah sedemikian kita kekal dalam neraka – nauzubillah
Nahkum bizzawahir – kami hukum dengan yang zohir!
Semoga Allah selamatkanku, keluargaku, sahabat handai ku.
**********
Baca artikel berkaitan:
- Pluralisme Agama Dan Anwar: Beberapa Persoalan dilihat dari pandangan Arusperdana Islam
- Pembohongan di atas nama Maulana Jelaluddin Rumi dan kitab Mathnawinya
- Mustahil Dante Seorang Pluralis Kerana Dia Hina Nabi s.a.w.
- Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat Islam
- Resolusi Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah
- Ambil langkah cegah pluralism
- Anwar Sebenarnya Menggelabah
8 comments
Comments feed for this article
7 January, 2012 at 12:08 pm
Anwar Sebenarnya Menggelabah « Karim’s Blog
[…] apa yang berlaku, sebaik sahaja saya kirimkan artikel terbaru di blog saya (Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata) dan menyebut bahawa Anwar menyiarkan kembali teks ucapannya yang pernah dia gugurkan dari blog […]
8 January, 2012 at 12:01 am
Ummu Muhammad
semoga Allah selamatkan semua…terutama saudara mara kita, kawan2 kita, kenalan kita…sedih simpati dengan mereka yang masih belum dpt melihat kebenaran. malahan menghentam kita pula…
19 February, 2012 at 10:46 pm
Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim? « Karim’s Blog
[…] Teguran demi teguran telah dibuat. Mesej yang dibawa telah pun sampai kepada beliau. Namun, Anwar Ibrahim bagai tidak menghiraukan itu semua malah semakin galak dengan mengzahirkan anutan pluralisme agamanya (baca: Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata) […]
21 June, 2014 at 7:23 am
Bezanya Seorang Dilihat Membela Umat Islam dan Seorang Lagi Dilihat Membela Pelampau Evangelis Kristian | Karim's Blog
[…] sama – PLURALISME AGAMA. Baca: Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim? Malah Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata (baca: klik) yang dia seorang Pluralis […]
12 August, 2014 at 9:19 pm
Kemelut Politik Selangor – KETUM Amat Terdesak | Karim's Blog
[…] kami digarisi oleh beliau sendiri yang berkeras dengan pendirian ideologi Pluralisme Agama. (Baca: Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata atau/dan Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?). Dalam bab aqidah kami tidak boleh […]
23 December, 2014 at 11:58 pm
Tolak Anwar Kerana Ideologi Bertentangan Islam | Karim's Blog
[…] Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata […]
17 February, 2015 at 4:45 pm
Isu Aqidah Membezakan Di Antara Syurga Dengan Neraka Abadan | Karim's Blog
[…] 2 Januari 2011 dengan kehadiran beliau sendiri. Anwar konsisten dengan pendirian sesat ini. (baca: Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata dan Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi […]
28 January, 2017 at 2:36 pm
Pembohongan Di Atas Nama Maulana Jelaluddin Rumi dan Kitab Mathnawinya | Karim's Blog
[…] Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata […]