Isu kehadiran Anwar Ibrahim di perayaan Pongal dan dicalit dengan “tilak” tidak sudah-sudah menjadi kontroversi. Setelah mendengar dan membaca berita kehadiran Anwar serta melihat gambar-gambarnya terpampang di merata laman maya, saya menulis: Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?

Susulannya saya menulis pula Anwar dan Pongal: Penjelasan Dr. Mohd Nor Manuty, setelah mendengar sendiri penghujahan beliau kenapa tidak ada masalah dengan apa yang berlaku di Batu Gajah Perak itu. Walaupun tulisan saya tersebut tidaklah suatu yang betul-betul akademik dan menyeluruh, tetapi ianya cukup dijadikan pedoman untuk kita tidak terikut sama tergelincir iman kita.

Walaupun komen-komen dari posting tersebut, termasuk yang disiar semula oleh beberapa portal web lain, kebanyakannya positif namun ada juga beberapa kerat yang masih cuba menjustifikasikan apa yang berlaku.

Surat yang memberi "sokongan maruah" kepada Anwar

Antara yang saya terima ialah berhubung surat edaran oleh Presiden Malaysian Hindu Sangam yang mengatakan bahawa ianya “merupakan satu upacara tradisi dan tidak patut dikaitkan dengan agama

“Belit”nya surat tersebut amat ketara kerana ia tidak langsung menyebut pasal perayaan Pongal. Ianya menyebut pasal “Upacara mengambil ‘Aarathi’.

Surat ringkas itu seolah-olah ingin memberi “sokongan maruah” untuk Anwar yang terpalit dengan “fitnah” mengadai agama. Bagi saya, kalau saya ingin membela diri, saya akan rujuk kepada sumber-sumber yang lebih berwibawa.

Saya tidak akan hanya sekadar bertanya “dengan kawan-kawan saya di Malaysia, Singapore dan UIA” tetapi sebagai seorang yang ada serba sedikit latar belakang akademik, saya akan cari sumber yang lebih “solid”.

Kalau setakat kenyataan Hindu Sangam hendak dipakai, saya amat sangsi.

Kita rujuk kenyataan media pertubuhan yang sama ini pada tahun 2005, untuk sambutan perayaan yang sama (sumber: http://www.hinduismtoday.com):

“It has been the tradition for the Hindus in South India especially Tamil Nadu to offer thanks to God with a pongal …

Kenyataan media oleh Presiden Hindu Sangam pada tahun 2005 yang mengkaitkan perayaan Pongal dengan agama Hindu

Kenapa apabila perlu ada sesuatu “helah” dibuat, kenyataan pertubuhan yang sama membuat dua kenyataan yang berbeza?

Mereka (yang hendak justifikasi tindak-tanduk Anwar) boleh lagi berhujah, jika mahu. Yakni, dalam kenyataan 2005, ianya dibuat oleh Presiden yang dahulu. Sekarang Presiden lain.  Tak pasti ada perkara dalam agama Hindu yang boleh tukar-tukar.

Kalau mereka ingin katakan bahawa, Presiden dulu sebut pasal “Pongal” manakala kenyataan baru menceritakan hal “aarathi” – itu pun boleh disangkal. Isu yang kita bincang ialah kehadiran Anwar di perayaan Pongal dan dicalit dengan “tilak”.

Hindu Sangam sebut pasal ‘aarathi’ – mungkin ada perbezaan sedikit. Namun, apa yang dapat diselidiki ialah, penyediaan “aarathi” ini melalui suatu “ritual” yang khusus dalam agama Hindu. [Istilah “tilak” telah kita perkatakan di sini]

Boleh juga saya tambahkan lagi dari sumber lain pulak [Understanding Hinduism oleh Swami Shivananda]:

Tilak is a mark of auspiciousness. It is put on the forehead with sandal paste, sacred ashes or kumkum (red tumeric). The devotees of Siva apply sacred ashes (Bhasma) on the forehead, the devotees of Vishnu apply sandal paste (Chandan), and the worshippers of Devi or Shakti apply Kumkum, a red tumeric powder.

Ini pula maklumat pasal “aarathi” bersumberkan wikipedia:

Aarti (Hindi आरती), also spelled arathi, aarthi (from the Sanskrit term Aaraatrik) is a Hindu religious ritual of worship, a part of puja, in which light from wicks soaked in ghee (purified butter) or camphor is offered to one or more deities. Aartis also refer to the songs sung in praise of the deity, when lamps are being offered.

Walaupun Hindu Sangam seolah-olah tidak mahu mengaku ianya majlis ibadat mereka, Encyclopaedia of Hinduism oleh Sunil Sehgal, Jilid 2, dalam bab membicarakan “Fast and Festivals in Grishma” pada m.s. 523-524, diperincikan perayaan itu termasuk segala apa yang dilakukan pada hari-hari perayaan tersebut.

Saya petikkan juga dari Encyclopaedia Britannica:

Pongal, three-day Hindu festival held throughout South India. It is celebrated on the winter solstice, when, according to the traditional Hindu system of reckoning, the Sun …  Cows are especially venerated during Pongal: their horns are painted, and they are garlanded with flowers and fruit, taken in procession, and allowed to graze freely.

Gambar Anwar diarak ini tersebar luas di internet. Tanduk lembu yang menarik kereta yang Anwar naiki itu memang dicat dengan warna merah

Kalau kita lihat gambar-gambar yang tersebar, Anwar memang diarakkan atas kereta lembu yang lembunya dipenuhi dengan pelbagai hiasan.

Hatta apa sekalipun, baik yang terzahir dalam tulisan dan ajaran Hindu atau pun yang cuba disembunyikan, ataupun suatu yang baru yang direka-reka, kita, sebagai seorang yang beriman dengan ajaran tauhid, kita ada neraca sendiri.

Kita tidak boleh pakai neraca agama lain atau apa yang orang lain kata untuk menentu syirik atau tidak perbuatan kita.

Wallahu ‘alam

Karim

p.s. gambar sebelah: bendera PAS diarak dalam perayaan Hindu?