Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mustaqim di Lembah Keramat, Ulu Klang, merayu sumbangan dana bagi membeli beberapa peralatan yang rosak akibat disambar petir pada hari Rabu lepas, 7hb Mac (hari yang sama beberapa kawasan di Ampang dan Hulu Langat dilanda banjir teruk).

Surau ini adalah antara surau yang aktif dengan pelbagai aktiviti, ceramah dan program untuk pelbagai peringkat umur dan antara tempat ceramah bulanan Ustaz Kazim Elias di Lembah Klang.

Berikut adalah pesanan mesej ringkas dari Imam Ustaz Mohd Zuhir Abdullah:

Dalam kejadian hujan lebat pada 7/3 lalu, SURAU AL-MUSTAQIM telah disambar petir yg amat kuat & menyebabkan beberapa peralatan penting terbakar & rosak: sistem pembesar suara (3 amplifier, 8 speaker & corong azan), 3 buah air cond & pendawaian letrik musnah.

Justeru, kami ingin merayu&memohon sumbangan drpd Tuan2 & Puan2 bagi membeli peralatan2 tersebut..Anggaran kerugian sekitar RM15,000. Sumbangan hendaklah dialamatkan kpd SURAU AL-MUSTAQIM

Saya baru bertanya dengan Ustaz Zuhir berhubung status kutipan maka dimaklum bahawa sumbangan setakat ini amat perlahan.

Sila hubungi terus dengan Ustaz Zuhir – ‍016-878-5769 untuk urusan seterusnya

Lokasi Surau Al-Mustaqim, Lembah Keramat, Ulu Klang (klik untuk imej besar)