You are currently browsing the monthly archive for April 2012.

Para pelajar tahfiz Dar al-Quran wa al-Hadith akan mengadakan persembahan mereka dalam upacara perasmian Wacana Kemungkaran LGBT esok, 22hb April 2012, Ahad di Dewan Besar UTM, Kampus Antarabangsa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Majlis bermula dengan pendaftaran dan sarapan pada pukul 8:15 pagi. Persembahan Qasidah akan bermula jam 8:45 pagi.

Dar al-Quran wa al-Hadith terletak di Taman Permata Ulu Klang.

Untuk daftar Wacana:

Cara Mudah Mendaftar Wacana Kemungkaran LGBT 

Untuk baca senarai pembentangan:

Tajuk-tajuk Pembentangan Wacana Kemungkaran LGBT

Tonton rakaman-rakaman para pelajar tahfiz Dar al-Quran wa al-Hadith sebelum ini:

Advertisements

Sidang Media Alumni ESQ165 di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan KL semalam, 20 April 2012.

Teks kenyataan media boleh di baca di sini.

 

Tonton rakaman video sidang media di sini.

KENYATAAN MEDIA

ALUMNI ESQ165 INGIN MENGESA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MEMBUAT KEPUTUSAN FATWA SESEGERA MUNGKIN KE ATAS KEDUDUKAN MODUL TRAINING ESQ165 

Kami alumni ESQ 165, bekas pekerja dan bekas jurulatih ingin menggesa pihak yang berwajib yakni Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan segera ke atas modul training ESQ165 yang sedang dijalankan di Malaysia semenjak hampir 6 tahun. Sehingga hari ini, dianggarkan alumni dari Malaysiayang telah menjalankan training tersebut secara “in-house” dan terbuka (public) sudah mencecah 100, 000 orang.

Kami mengakui segala kebenaran yang telah difatwakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 jun 2010 . Hampir satu tahun lebih kami telah menyedari akan kesesatan aqidah yang diselitkan di dalam modul training ESQ165. Kami telah berjumpa dengan S.S Datuk Mufti bagi mendapatkan penjelasan dan akhirnya telah mendapati beberapa kepincangan aqidah sememangnya wujud di sepanjang pelatihan tersebut.

Keputusan segera diperlukan memandangkan semakin hari perlatihan ini semakin bertambah serta menular masuk ke suruhanjaya/kementerian/badan berkuasa penting di Malaysia seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tentera, polis dan kastam serta Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS) walaupun setelah tarikh pengharaman training ESQ165 di Wilayah Persekutuan kerana pengisiannya didapati menyeleweng dari ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa training ESQ165 boleh dijalankan dengan syarat ianya dipantau. Persoalan kami, setelah hampir dua tahun keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan Fatwa Wilayah Persekutuan dikeluarkan :

1.Siapakah yang memantaunya?

2.Jika ada pihak yang memantau, siapakah yang melantik pemantau tersebut?

3.Di manakah laporan pemantauan tersebut?

4. Apakah hasil daripada pemantauan itu?

Kami amat berharap segala kajian dan pemantauan dijalankan secara terperinci, telus dan dilakukan oleh mereka yang benar-benar berkelayakan sepertimana yang telah dilakukan oleh pihak Mufti Wilayah Persekutuan. Apa yang kami khuatiri masih terdapat beberapa unsur kebathilan yang diselitkan bersama kebenaran di dalam buku ESQ165 serta modul trainingnya.

Kami juga ingin mempersoalkan mengapa buku training ESQ165 hanya diubahsuai di Malaysia dan bukan secara keseluruhan di Indonesia dan di negara lain? Jadi di manakah kedudukan aqidah pembawa ilmu itu sendiri iaitu Ary Ginanjar Agustian sebagai pengasas dan tenaga pengajar/jurulatih modul training ESQ165 ini?

Pihak kami berharap dengan penilaian dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan akan melepaskan kami dari terlibat mengheret rakyat Malaysia ke kancah kesesatan aqidah, apatah lagi kami juga berpandangan terdapatnya kesamaan ketara unsur-unsur al-Arqam dan al-Ma’unah di dalam organisasi dan modul-modul ESQ165, yang mana ini berpotensi mengancam keselamatan negara.

Wassalam.

BEKAS PEKERJA , BEKAS PELATIH DAN ALUMNI ESQ 165

20 APRIL 2012

28 JAMADILAWAL 1433 H

Wacana Kemungkaran LGBT

LGBT MENGUNDANG BALA ALLAH

30 Jumadil Awal 1433/22 April 2012 (Ahad)

8:15 pagi – 1:30 tgh

Dewan Besar UTM, Kampus Antarbangsa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Tajuk-tajuk dan para pembentang:

Hubungan Gender Dari Perspektif Islam

Ustaz Muhammad `Uthman El-Muhammady

International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) – UIA

Seks Songsang: Perspektif Syari’ah

Y.B. Nasharudin Mat Isa

Pusat Kajian Fiqh Kontemporari

Tuntutan LGBT Di Manakah Pencanggahannya Di Bawah Perlembagaan Persekutuan?

Haji Abdul Rahim Sinwan

Persatuan Peguam Muslim Malaysia

LGBT Dari Perspektif Tuntutan Hak Asasi

Haji Mahamad Naser Disa

Biro Undang-undang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

TEMPAT TERHAD
SILA DAFTAR
PENDAFTARAN PERCUMA
Untuk Daftar:
kirim NAMA/NO. KP/No. TEL ke:
SMS:  012-6506404 (Nasrul)


Wacana Kemungkaran LGBT

Tema:

LGBT MENGUNDANG BALA ALLAH

Anjuran:

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Tarikh:

22 April 2012 bersamaan 30 Jamadil awal 1433 (AHAD)

8:15 pagi – 2:00 petang

Tempat: Dewan Besar UTM, Kampus Antarabangsa Jalan Semarak, KL

Percuma – Tempat adalah TERHAD – mohon daftar dahulu

Hubungi: 012-650-6404 – Sdr. Nasrul

atau emel: muafakat_malaysia@yahoo.com

Sila ikuti perkembangan seterusnya di blog MUAFAKAT.

Hari ini tersebar satu surat yang dikatakan ditulis oleh seorang pekerja sebuah hotel, (The Plaza Hotel, Jalan Raja Laut, KL) yang mengadu kepada JAKIM bahawa:

… roti yang dibelinya (Purchasing Officer hotel tersebut) daripada syarikat Ming Kee Cake House adalah roti yang diberikan sebagai makanan anjing. Syarikat tersebut diperkenalkan oleh Pengurus Besar, Cik How Ai Bee malah pembelian roti-roti tersebut adalah di atas arahan Pengurus Besar untuk diberikan sebagai hidangan sarapan pagi kepada sejumlah 390 pelajar daripada Jabatan Pelajaran Selangor yang menginap di The Plaza Hotel Kuala Lumpur, pada tarikh 14hb sehingga 17hb November 2011

Baca keseluruhan suratnya di sini:Plaza Hotel KL hidang Roti makanan anjing

Lanjutan aduan ini, pihak JAKIM datang siasat dan mengesahkan roti tersebut mengandungi babi.

The incident that brought Jakim to investigate the premise of The Plaza Hotel sometime in December 2011, of which are made known that it aroused from that the buns served for 390 students from Jabatan Pendidikan Malaysia, that you had directed to purchase from Meng Kee Cake House are confirmed to be with contents of pork. I could not tolerate this act as it is an insult for Islam. The hotel had been accorded the HALAL certificate and your act is absolutely contravene the said certification.

Baca surat perletakan jawatan pengadu: Notice of Resignation-THEPLAZAHOTEL

Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

 

 

 

Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya  “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara.

Seluruh dasar dan agenda pembangunan Negara semestinya berteraskan kepada prinsip Agama Negara dan bukan pemikiran atau pengaruh pemikiran sekularisme dan liberalisme kerana sifat kedua-dua pemikiran itu masing-masing menyisih dan menghakis agama dari kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Rakyat Negara ini seharusnya menyedari dan bersyukur sebagai kerangka asas Negara, Islam telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa sifat kemanusiaan yang dipupuk dalam minda umat Melayu/Islam, Negara Malaysia telah berjaya membawa semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam ke mercu kejayaan dan keamanan yang berpanjangan – bebas dari cengkaman penjajah dan bebas dari ancaman komunis dan segala bentuk ancaman. Justeru, ketika rakyat Negara ini menikmati rahmat pembangunan dan keamanan ini, tiada pilihan lain selain dari terus memartabatkan kedaulatan dan ketinggian agama Islam sebagai Agama Negara.

Penghijrahan Minda yang mesti dilakukan oleh seluruh umat Islam adalah untuk menyedari dan menginsafi bahawa kewajipan untuk memelihara agama (hifz ad deen) bukan hanya menjadi kewajipan keagamaan semata-mata, malah ia juga Kewajipan Kenegaraan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi Agenda Tertinggi Negara (Constitutional Obligation).

Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan hanya setakat prinsip kepercayaan dan amal ibadah khususiyyah semata-mata, malah Islam yang menjadi tanggungjawab kenegaraan itu adalah Islam yang syumul dan sempurna sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah tertinggi Negara – Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina Joy lwn Majlis agama Islam Wilayah Persekutuan & 1 Lagi  [2007] 4 MLJ 585 telah memberikan tafsiran yang luas kepada Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya adalah juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.”

Penghakisan Kedaulatan Agama Islam

Walaupun kedudukan dan ketinggian Islam sebagai Agama Negara sudah terang lagi bersuluh tertera dalam Perlembagaan Persekutuan, Negara masih lagi dibelenggu dengan pegangan dan fahaman salah kononnya Malaysia adalah sebuah ”Negara Demokrasi Sekular dengan Islam sekadar Agama Rasmi”. Fahaman salah ini masih menular dengan meluas, termasuk di kalangan umat Islam malahan juga di kalangan sebahagian besar ahli politik, pengamal undang-undang, penggubal dasar sama ada pada peringkat Persekutuan mahupun Negeri dan juga dalam kalangan majoriti rakyat.

Read the rest of this entry »

Berikut adalah teks khutbah Jumaat 6 April 2012 untuk seluruh masjid negeri Selangor yang telah dikeluarkan oleh JAIS. Tahniah kepada JAIS di atas kandungan khutbah dan mengetengahkan isu yang penting ini.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh ketaatan, keyakinan dan keikhlasan. Iaitu dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa seterusnya selamat dan berjaya di dunia serta di akhirat.

Pada hari yang mulia ini marilah kita sama-sama menghayati khutbah yang bertajuk: “Penyelewengan Syiah Di Malaysia”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kita telah dengar dan mengetahui beberapa siri serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap markaz perkumpulan yang menganut fahaman Syiah. Fahaman Syiah telah lama diwarta dan difatwakan kerana bercanggah dan menyeleweng daripada Ahli Sunnah wal Jamaah di negeri-negeri seluruh Malaysia. Di Selangor, fatwa pengharaman Syiah telah dikeluarkan pada 14 Februari 1998 yang menyatakan bahawa;

“Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut aqidah, syariah dan lain-lain”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Syiah ialah satu mazhab yang mendakwa Saidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad s.a.w yang sah dan lebih utama daripada para sahabat lain. Golonga Syiah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi s.a.w serta mengkafirkan mereka terutamanya tiga khalifah al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar R.A, Saidina Umar R.A dan Saidina Uthman R.A.

Ringkasnya, Syiah memperkatakan sesuatu yang tidak layak serta merendahkan kedudukan khulafa al-Rasyidin, para sahabat dan sebahagian isteri-isteri Nabi s.a.w. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiah daripada golongan-golongan Islam yang lain terutamanya Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ulama’ terkenal, Syeikh Sa’id Hawwa dalam sebuah risalahnya berkaitan Syiah menyenaraikan beberapa penyelewengan mereka. Antaranya ialah:

Pertama      :       Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah maksum sehingga mengatasi Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak berdosa. Menurut Syiah lagi, para Imam Syiah bebas daripada kesalahan, ghaflah (lalai) dan lupa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian.

Perkara ini menurut ulama Syiah adalah ijmak atau kesepakatan golongan terdahulu dan terkemudian Syiah. Oleh kerana itu para imam Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Kedua         :       Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di tangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan. Perkara ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah mendakwa mereka memiliki al-Quran yang disebut sebagai “Mashaf Fatimah” dan ianya tiga kali ganda banyaknya daripada al-Quran yang kita miliki.

Ketiga         :        Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat seperti Abu Hurairah R.A, Samrah bin Jundub R.A, Amr bin al-Ass R.A dan sebagainya. Menurut Syiah, umat Islam telah kufur selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w kecuali tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin al-Aswad R.A, Abu Dzar al-Ghifari R.A dan Salman al-Farisi R.A. kerana mereka tidak berpegang dan tidak mempercayai hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat bahkan meletakkan hadis-hadis tersebut dalam kelompok hadis-hadis palsu. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli al- bait atau kerabat Nabi s.a.w sahaja.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Read the rest of this entry »

dipetik dari Utusan Malaysia 2 April 2012

ismail minaOLEH ISMAIL MINA AHMAD – PENULIS ialah Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat)

SEMINAR anjuran bersama Jabatan Pelajaran dan Jabatan Mufti Johor mengenai pemantapan akidah Islamiyyah dan bahaya fahaman liberalisme dan pluralisme agama serta ancaman kristianisasi-evangelisasi terhadap umat Islam, adalah usaha yang amat menepati firman Allah yang bermaksud : Anda sekalian adalah umat terbaik yang dikeluarkan kepada manusia kerana menyeru manusia kepada yang makruf (baik) dan mencegah kepada yang mungkar (tidak baik).

Menyeru kepada yang makruf ialah mengajak untuk menegakkan tauhid dan ‘akidah Islam, sementara yang mungkar pula adalah berusaha mencegah perkara yang boleh membawa kekufuran dan kesyirikan.

Jabatan Pelajaran dan Jabatan Mufti perlu dipuji kerana melaksanakan tanggungjawab mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya iaitu menjalankan amanah memelihara agama dan umat Islam dari dirosakkan anasir-anasir penghakis dan pemusnah akidah. Ini amat menepati dengan konsep dan tujuan Maqosid Syari’ah iaitu memelihara al-Din atau agama.

Namun, usaha mulia ini yang menjunjung perintah Allah demi memelihara al-Din itu diserang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kenyataannya pada 28 Mac lalu yang menyifatkan ia sebagai usaha jijik politik dengan menggunakan agama bagi menakut-nakutkan rakyat.

Orang Islam patut menilai kenyataan beliau ini secara serius dari perspektif ajaran Islam dan implikasinya kepada kelangsungan akidah umat yang sohih. Apakah usaha untuk memantapkan akidah Islamiyyah dan menyekatnya dari dirosakkan oleh musuh sebagai usaha jijik?

Saya tidak terkejut dengan kenyataan ini dengan menyedari yang akidah beliau ialah liberalisme dan pluralisme agama dalam erti semua agama adalah sama benar dan sama tara, justeru penganut agama Islam tidak boleh mendakwa yang agama mereka paling benar. Inilah premis berfikir beliau.

Manakah yang sebenarnya jijik? usaha untuk memelihara akidah umat Islam supaya kukuh berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wa al-Jama’ah atau pun usaha memurtadkan umat melalui penyebaran fahaman liberalisme dan pluralisme Agama dengan menggunakan dana dan platform Zionis-Kristian antarabangsa?

Sudah pasti mengguna dana dan platform Zionis-Kristian untuk merosakkan akidah dan kesejahteraan umat Islam, bukan sahaja teramat jijik lagi menjijikkan bahkan merupakan pengkhianatan dan jenayah paling berat kepada akidah yang boleh membawa kepada pemurtadan.

Anwar menyelar program itu dan disifatkannya sebagai usaha politik, tetapi, apakah kenyataan beliau yang menyerang penganjur program itu bukan bersifat politik? Pada saya, kenyataan beliau jelas bersifat lebih politik dari politik. Anwar mahu menunjukkan kepada pengundi bukan Islam yang beliau bersama mereka dalam isu kesetaraan agama. Ini adalah agenda golongan liberalis-pluralis.

Kalaulah mahu juga digunakan perkataan politik kepada program yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran dan Jabatan Mufti Johor itu, maka saya berpendapat ia adalah program politik kenabian atau Siyasah Nabawiyyah. Ini kerana tujuan program itu memelihara agama Islam dan umatnya dari dirosakkan oleh fahaman Syirik golongan liberalis-pluralis dan Kristian.

Untuk rekod, Jabatan Mufti Johor dan seluruh Jabatan Mufti negeri lain, amat peka dan konsisten dalam memelihara umat Islam dari terjebak ke dalam ajaran yang boleh merosakkan akidah. Pada tahun 80an, mereka mengadakan program membendung ajaran Syi’ah dan fahaman Wahhabiyah dan kini program menangani gejala fahaman liberalisme-pluralisme dan kristianisasi-evangelisasi pula.

Kenyataan Anwar bahawa penganjur menggunakan agama bagi menakut-nakut rakyat adalah teramat anti agama dan anti al-Quran. Memang, salah satu dari sifat dakwah Islam dan al-Quran ialah nazir iaitu memberi khabar menakutkan manusia yang melakukan kesalahan berkaitan aktiviti kemunafikan, kemaksiatan, kemungkaran, pemurtadan dan kekufuran, dengan ancaman seksa pedih dalam neraka.

Maka amat tepat, relevan dan wajar, penganjur program tersebut menegaskan semula dan memperingatkan masyarakat Islam dengan menekankan ancaman liberalisme-pluralisme dan kristianisasi-evangelisasi yang menjadi agenda pemurtadan di kalangan orang Islam. Al-Quran sendiri menyatakan dan mengingatkan kita mengenai ancaman gerakan Yahudi dan Kristian. Mereka itu semua tidak akan tidur lena selagi umat Islam tidak dimurtadkan.

Bagi liberalis-pluralis, mereka tidak takut kepada ancaman kristianisasi-evangelisasi, kerana bagi mereka, apa pun pegangan agama seseorang itu, asalkan mereka percaya kepada tuhan yang satu, yang sama, maka mereka semuanya akan selamat memasuki syurga Tuhan, tanpa mengira apakah dia seorang Islam atau kristian pada entiti zahir seperti pegangan Hossein Nasr dan Anwar.

Dengan pegangan ini, bagi golongan liberalis-pluralis, tidak ada konsep iman dan kufur dan tidak ada konsep murtad seperti yang diijmakkan dalam Islam. Sebab itu liberalis-pluralis tidak melihat usaha mengeluarkan orang Islam dari agamanya sebagai suatu ancaman permurtadan, sementelah pula Prof. Osman Bakar dari Institut Antarabangsa Bagi Pengajian Islam menolak adanya pemansuhan Syari’at Muhammadiyyah terhadap syariat Rasul-Rasul terdahulu.

Perlu dimaklumi bahawa konsep ancaman adalah suatu kaedah baku dalam memelihara kemurnian peraturan dan undang-undang dalam mana-mana sistem hidup di dunia ini seperti ancaman hukuman bunuh mandatori jika sabit kesalahan membunuh orang atau ancaman penjara kepada peliwat atau perasuah dalam undang-undang Malaysia.

Maka adalah suatu kewajipan penganjur program pemantapan akidah di Johor itu menerangkan mengenai ancaman fahaman liberalisme-pluralisme dan aktiviti kristianisasi-evangelisasi kepada umat Islam. Program itu menepati kaedah agama iaitu kewajipan pihak yang diamanahkan menjaga kemurnian akidah dan agama, menyekat punca yang membawa kepada kerosakan agama iaitu: saddu’z-zara’i wajib.

Jika program yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti dan pihak berkuasa agama negeri untuk menjaga kemaslahatan umat dituduh sebagai bermain politik, maka apa program yang patut dibuat oleh mereka? Logik dari kritikan Anwar itu adalah dibiarkan sahaja ajaran sesat dan menyeleweng berleluasa di kalangan masyarakat Islam.

Tindakan tidak boleh diambil kepada penyebar ajaran yang difatwakan sesat seperti ajaran Aurat Muhammadiyyah tajaan al-Arqam; Aurat Ismailiyyah, tajaan Mahmud Sik atau Mahmud Majzub (difatwa sesat oleh Majlis Fatwa Kerajaan Kedah beberapa dekad dahulu dan kemudian oleh Kerajaan PKR Selangor, baru-baru ini ); ajaran Ahmad Laksamana (difatwa sesat oleh Kerajaan Pas Kelantan); ajaran Tariqah Maryamiyyah tajaan Sayyed Hossein Nasr dan fahaman liberalisme-pluralisme tajaan Anwar dan IKD-nya (yang juga difatwa sesat) kerana jika diambil tindakan, ia dituduh bersifat politik, apa lagi jika kebetulan penganut ajaran sesat itu penyokong mereka.

Maka implikasi dari sikap ini adalah tidak perlu ada undang-undang yang menyekat penyebaran ajaran sesat dan perlu dicabut undang-undang sedia ada yang melarang penyebaran agama selain Islam di kalangan umat Islam. Beliau konsisten dengan pendirian liberalnya seperti dalam kes Lina Joy, sebatan kepada Kartika, undang-undang mengenai LBGT, penggunaan kalimah Allah dan sebagainya.

Serangan kepada program di Johor itu hakikatnya adalah sebahagian daripada agenda golongan liberalis-pluralis untuk meneutralisasi pemikiran dan pegangan akidah umat Islam, yang destinasi akhirnya adalah menegakkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama. Ini adalah proses pemurtadan tanpa perlu ke gereja! Na’uzubillah.

This is part of the 8 lectures of the Weekend Class Series – a condensed version of the full 3-months intensive training conducted by Prof. Muhammad Al’Mahdi at Khalifah Institute in 2004.

May Allah rewards him for his dedication and his tireless efforts and shower His Mercy upon his ruh.

Part 1:

Part 2:

Part 3:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 285 other followers

Tauhid