You are currently browsing the monthly archive for May 2012.
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak memerlukan perintah mahkamah untuk merampas buku “Allah Liberty & Love – Courage To Reconcille Faith & Freedom” karya penulis kontroversi, Irshad Manji berikutan kandungan yang menyalahi hukum syarak.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata serbuan dua hari lepas itu dibuat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, yang meliputi penerbitan bertentangan hukum syarak.
“Tidak perlu court order (perintah mahkamah). Kita bukan menggeledah. Kita hantar perintah untuk hadir membantu siasatan. Sebelum kita datang untuk merampas pun kita telah hantar risikan untuk mencari buku tersebut.
“Kalau seseorang itu kena tuduh dan perlu hadir di mahkamah, baru perlunya order of court,” katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan penerbit buku kontroversi itu ZI Publications yang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Jawi susulan rampasan yang dibuat di sebuah kedai buku tersebut.
— BERNAMA
dipetik dari: Laman Rasmi JAKIM
Kerancuan Pemikiran Irshad Manji Dalam Bukunya ‘Allah, Kebebasan Dan Cinta’
Mohd Aizam Mas’od
Seksyen Aqidah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM
Membawa ideologi pluralisme agama
Buku Manji dimulakan dengan perbahasannya tentang tuhan. Dalam halaman 9 Manji mendakwa kalimah Allah adalah terjemahan bahasa Arab bermaksud Tuhan. Ini bererti kalimah Allah bukanlah kata nama khas yang merujuk kepada tuhan tertentu tetapi mana-mana perkara yang dijadikan tuhan akan diterjemahkan Allah dalam bahasa Arab. Itu adalah rumusan mudah dalam memahami pendirian Manji tentang Allah. Kemudian Manji mengakui bahawa dia sedar pemahamannya tentang tuhan bukanlah seperti yang difahami oleh ramai orang. Bermakna Manji sendiri akur bahawa dalam perkara yang paling asas dalam agama Islam iaitu isu ketuhanan, dia sendiri masih kabur dan tidak memiliki titik temu dengan majoriti umat Islam yang lain. Justeru, bagaimanakah Manji mampu melakukan perubahan atau reformasi pada perkara-perkara yang lain. Sekurang-kurangnya Manji perlu meletakkan asas yang sama antara semua umat Islam sebelum berpindah kepada perkara yang lain.
Dalam hal ini, Manji perlu tahu bahawa umat Islam dengan penuh keimanan mengatakan Allah adalah kata nama khas yang hanya merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa. Jika dikatakan bahawa kalimah Allah adalah terjemahan Arab bermaksud Tuhan, ini bermakna tuhan-tuhan dalam agama lain juga akan dirujuk sebagai Allah. Hal ini secara tidak langsung mengakui bahawa agama-agama lain itu juga menyembah tuhan yang sama sebagaimana yang disembah oleh umat Islam. Sedangkan Allah SWT menolak penyembahan yang dilakukan itu sebagai penyembahan yang merujuk kepada zat-Nya. Ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan soal konflik tentang siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan oleh agama-agama lain itu. Adakah ia tepat dan benar dengan konsep “Allah” sebagaimana yang digelar dan dipanggil oleh mereka? Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata ‘Ikrimah tentang perihal turunnya ayat ini.
Berkata ‘Ikrimah: “Ketika orang Yahudi mengatakan: Kami menyembah ‘Uzair anak Allah. Orang Nasrani mengatakan: Kami menyembah al-Masih anak Allah. Majusi pula mengatakan: Kami menyembah matahari dan bulan. Orang musyrikin pula mengatakan: Kami menyembah berhala. Lalu Allah SWT menurunkan ke atas Rasulullah SAW surah al-Ikhlas yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhluk-Nya, Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagi-Nya sekutu”. (Tafsir Ibn Kathir, j.4, hal. 571)
Manji juga mengatakan bahawa Allah itu adalah Tuhan yang dikongsi dengan semua orang. Istilah seperti ini tidak pernah digunapakai dalam aqidah Islam. Jika kita mengiktiraf bahawa kita berkongsi tuhan dengan agama lain, ini bermakna kita juga mengiktiraf keabsahan agama lain, sedangkan Allah SWT sendiri menafikan agama-agama lain dan bentuk penyembahan yang mereka lakukan. Apabila dalam surah al-Ikhlas, Allah SWT menegaskan sifat-sifat-Nya Yang Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan, ini bermakna mereka yang menyembah tuhan yang berbilang-bilang dengan dakwaan bahawa Allah itu tiga dalam satu atau memiliki anak maka itu bukanlah Allah SWT. Bahkan Allah SWT menggelarkan tuhan yang disangkakan tuhan oleh manusia itu sebagai taghut. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 36:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut, maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan, oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasul-Nya”.
Imam al-Tabari mengatakan taghut itu ialah setiap perbuatan melampaui batas ke atas Allah, seperti menyembah kepada selain-Nya sama ada secara paksa daripada yang disembah atau secara taat daripada orang yang menyembahnya, tanpa mengira yang disembah itu adalah manusia atau syaitan atau berhala atau patung atau apa sahaja. (Tafsir al-Tabari, j. 3, hal. 19)
Berdasarkan ayat ini dan beberapa ayat lain yang menafikan penyembahan kepada taghut, bermakna Allah SWT tidak mengiktiraf peribadatan agama lain yang menyembah kepada taghut iaitu tuhan-tuhan selain Allah SWT. Oleh itu, bagaimana boleh dikatakan bahawa kita berkongsi Allah dengan agama-agama lain sedangkan Allah SWT sendiri tidak mengiktiraf penyembahan mereka.
Manji seterusnya mendakwa Allah adalah Tuhan cinta dan kebebasan. Dia mendakwa Tuhan itu begitu mencintainya dan memberinya kebebasan untuk membuat pilihan. Benar, secara kawni atau alaminya, semua manusia tanpa mengira agama diciptakan oleh Allah SWT, malah sekalian alam ini pun memang diciptakan oleh Allah SWT. Namun semata-mata kerana alasan penciptaan, ia tidak boleh mengesahkan bahawa semua makhluk dicintai dan diberikan kebebasan mutlak oleh Allah SWT. Jika itu telahan anda bermakna ia hanyalah khayalan dan angan-angan semata-mata. Sebagaimana anda percaya Allah SWT memiliki hak mutlak untuk menciptakan apa pun dan sesiapa pun yang dikehendakinya, anda jangan lupa bahawa Dia juga berhak untuk mencintai dan memurkai sesiapa yang diingininya. Dia juga berhak untuk memberi kebebasan dan sekatan pada perkara yang dikehendakinya.
Tahniah JAWI!
sumber: Bernama
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merampas tujuh naskah buku “Allah Liberty & Love – Courage To Reconcille Faith & Freedom” karya penulis kontroversi, Irshad Manji berikutan kandungannya yang menyalahi hukum syarak.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata serbuan yang melibatkan lapan pegawai itu dilakukan pada pukul 8.45 malam di sebuah kedai buku di pusat beli belah terkenal di Bangsar.
“Kami menerima maklumat terdapat sekurang-kurangnya 500 edisi terjemahannya sudah dicetak dan berada di pasaran di seluruh negara, malah usaha mengesan buku berkenaan sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini.
Irshad, penulis kelahiran Uganda dan memegang kerakyatan Kanada mencetuskan kontroversi kerana menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Malaysia.
Wan Jaafar berkata buku berkenaan dirampas dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan atas kesalahan berhubung kesucian Islam dan institusinya, termasuk menghasilkan penerbitan yang bertentangan dengan hukum syarak.
— BERNAMA
**********
- Siaran Temubual Irshad Manji di BFM89.9 Dibatalkan
- Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam?
- Selagi Irshad Manji Masih Di Malaysia – Mereka Terus Rancang Untuk Buat Program
- Program Irshad Manji Di Borders dan Monash Dibatalkan?
- Pihak Monash Emel Saya Nafi Ada Seminar Irshad Manji
- Pengaku Lesbian Berdegil Tetap Adakan Program Di Malaysia
- Pengaku Lesbian, Irshad Manji, Berceramah di UIA?
Tahniah kepada kepada semua yang peka dan melaksanakan amanah “Amr Maaruf Nahi Mungkar” mereka dalam usaha menyekat penyebaran fahaman dan amalan Liberalisme, Pluralisme dan seks songsang LGBT.
Sebentar tadi, pihak BFM89.9 telah mengumumkan pembatalan siaran rakaman temubual dengan Irshad Manji yang telah dijadualkan siarannya pada jam 7:30 malam ini.
Dalam pengumuman ringkas sebelum siaran digantikan dengan ulangan siaran lain ialah:
We have received notification from our regulators not to air the pre-recorded @irshadmanji interview. Chef Steve Allen steps in!
Caroline Oh IN CONVERSATION with @irshadmanji tonight after the 7.30 pm news. NOT to be missed!
Regulators requested that I pull the interview with@IrshadManji this evening. Gutted. Clearly, moral courage is needed more than ever!
**********
- Kita Nak Duduk Diam Sahaja Bila Orang Hina Islam?
- Selagi Irshad Manji Masih Di Malaysia – Mereka Terus Rancang Untuk Buat Program
- Program Irshad Manji Di Borders dan Monash Dibatalkan?
- Pihak Monash Emel Saya Nafi Ada Seminar Irshad Manji
- Pengaku Lesbian Berdegil Tetap Adakan Program Di Malaysia
- Pengaku Lesbian, Irshad Manji, Berceramah di UIA?
Al-Hadith:
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya), sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah mengubahnya dengan lidahnya (teguran/nasihat) dan sekiranya tidak mampu maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya (membenci kemungkaran dalam hati), itulah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)
Sanggupkah kita berdiam?
Jika kita redha bermakna kita bersama dengan kemaksiatan.
JOM KITA PERGI RAMAI-RAMAI BANTAH PROGRAM TERBUKA IRSHAD MANJI:
Tarikh: 19/5/2012 – Sabtu – HARI INI
Waktu: 2.00 ptg – 3.30 ptg
Tempat: Tingkat 3, KL & Selangor Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela, KL
**********
sumber – Utusan
YAN 18 Mei – Kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi songsang yang dibawa pejuang pluralisme agama, lesbian, biseksual, gay dan transgender (LBGT), Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ideologi penulis tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Akta dan Enakmen Agama Islam Negeri-Negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat.
“Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, Irshad Manji adalah seorang muslim berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme.
“Beliau juga adalah seorang lesbian dan pendukung hak LGBT di peringkat antarabangsa. Beliau pernah mengarang buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di dunia berjudul The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel The Satanic Verses,” katanya selepas merasmikan Karnival Buat Elok Saja Tau di Sekolah Menengah Agama Pekan Yan, di sini malam ini.
Jamil Khir mengulas aduan banyak pihak terhadap penulis itu yang bercadang mengadakan program di Malaysia dengan dibantu Gerakan Homoseksual Malaysia.
Katanya, kedatangan Irshad ke Malaysia pada kali ini adalah bertujuan untuk mempromosikan buku terbarunya Liberty and Love yang dipenuhi dengan unsur penghinaan terhadap agama Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidupnya sebagai seorang lesbian.
Sehubungan itu, beliau berkata, semua pihak diingatkan supaya tidak memberi apa-apa ruang kepada individu itu untuk mempromosikan ideologi songsang beliau dalam apa jua medium.
“Penyebaran ideologi seumpama ini dikhuatiri menyentuh sensitiviti beragama serta satu provokasi yang serius terhadap umat Islam di negara ini yang mengamalkan Islam secara harmoni di bawah naungan institusi raja-raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang setempat.
Beliau juga menggesa semua umat Islam agar sentiasa peka dan berhati-hati serta tidak mudah menerima dan terpengaruh dengan apa jua bentuk fahaman atau ideologi yang dibawa oleh kumpulan dan individu seumpama itu.
Maklumat dari pesanan ringkas Ustaz Zuhir Abdullah:
Jadual kuliah Ustaz Kazim Elias – Mei 2012;
18 Mei (Jumaat)
Kuliah Maghrib di Masjid Al-Ridhuan – Ulu Klang (tepi MRR2)
19 Mei (Sabtu)
Kuliah Subuh di Masjid Al-Hidayah – Taman Melawati
Hi-Tea, di Surau Taman Bunga Raya, Setapak (pukul 2:00 ptg – 6:00 ptg)
**********
DISEMBER 2012:
Ustaz Kazim – Cinta Allah Cinta Rasul – di Keramat KL
dari Utusan Malaysia
PULAU PINANG 17 Mei – Upacara pengebumian seorang mualaf yang meninggal dunia Isnin lalu akan disempurnakan mengikut agama Buddha esok kerana keluarganya mendakwa lelaki itu tidak pernah memeluk Islam.
Adiknya, Lily Khoo, 50, berkata, jika benar Khoo Boo Soo, 55, telah memeluk Islam, pihak Hospital Pulau Pinang tidak mungkin menyerahkan mayat abangnya kepada mereka.
Selain itu, jelasnya, status agama dalam kad pengenalan juga masih menunjukkan abangnya seorang penganut Buddha.
“Abang tidak pernah memaklumkan kepada kami dia telah menukar agama, malah dia masih mempunyai isteri di sini dan ada seorang anak.
“Bagaimanapun, kami bersedia serahkan mayat itu kepada pihak berkenaan jika ada yang tampil membuktikan abang saya telah menganut Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat Leong San Tong, Ayer Hitam di sini hari ini.
TERBARU:
Menurut sahabat-sahabat yang berusaha menguruskan jenazah secara Islam:
Irshad Manji dan para penganjur kehadirannya di Malaysia tidak akan berhenti untuk terus mencari ruang untuk dia bersuara dan menghebahkan idea kesongsangannya selagi dia berada di Tanah Air kita.
Pemantauan pelbagai tweet dan akaun FB akhir-akhir ini mengambarkan terdapat pelbagai usaha untuk mengetengahkan pengaku dan pengamal Lesbian ini supaya mendapat ruang juga setelah pembatalan ceramahnya di Universiti Monash kampus Sunway dan pelancaran buku di The Borders diumumkan.
Terdapat ramai yang bertanya dalam tweet mereka ke Irshad Manji dan Ezra Zaid (penerbit buku beliau) ingin mengetahui program alternatif – antaranya:
@moe_tayeb: have u confirmed where the event will be held?
- Not yet. Will tweet out time/day/location as soon as we have them. Stay tuned… [8:37 PM – 17 May 12]
- Then stay tuned! Hope to announce public event v soon. Hugs from KL [9:00 PM – 17 May 12]
Mereka juga mengambil-kira isu-isu keselamatan hasil dari pengalaman mengerunkan mereka di Indonesia minggu lepas:
- That’s why we work on detailed security plan b4 we can announce details of any public event. [10:30 PM – 17 May 12]
Malah, Irshad juga memaklumkan bahawa beliau telahpun membuat rakaman dengan radio BFM 89.9 yang bakal disiarkan dalam masa terdekat.
Maka, untuk ini, sesiapa yang mempunyai akses dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mesti segera bertindak untuk menyekat siaran tersebut.
Terbaru, Irshad turut bercadang untuk menyertai “Occupy Dataran”.
Sama-sama kita terus pantau dan halang sebarang ruang untuk pemikiran Liberal yang menghina Islam ini dari terus berlegar di Malaysia.
Recent Comments