You are currently browsing the daily archive for 2 May, 2012.

Umum mengetahui bahawa Bersih 3.0 dipengerusi bersama oleh Ambiga dan Pak Samad. Dan itulah gambar-gambar yang tersiar baik dalam poster mahupun pada banner yang tersebar termasuk dalam alam maya.

Tetapi pada kemuncak hari berlakunya Bersih tersebut apakah mereka berdua ini masih berperanan dan mengambil posisi utama mengawal serta menggerakkan orang ramai yang datang berhimpun?

Perdebatan di media kini tertumpu kepada apakah sebenarnya arahan yang diberikan oleh Anwar dan Azmin dalam pertukaran tanda isyarat mereka di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan TAR pada sekitar jam 4 petang hari itu. Hilang terus suara pengerusi bersama baik Ambiga mahupun Pak Samad. Terutamanya Pak Samad – semacam disisih terus – jauh sekali untuk memimpin.

Apabila hampir semua media termasuk media “alternatif” secara berbondong menyalahkan Anwar dan Azmin berdasarkan beberapa rakaman video yang tersiar di Youtube, mereka berdua mengadakan sidang media keesokannya bagi menepis tuduhan tersebut.

Apabila ditekan oleh sesetengah wartawan yang hadir Anwar dilihat gelisah dan sukar memberi jawapan yang “solid”. Anwar turut juga beberapa kali memberi helah biasanya dengan bertanya balik “media UMNO?”

Saya “trim” satu klip video yang didapati dari Youtube dan mengambil bahagian getir beberapa saat sebelum orang ramai merusuh ke arah Dataran. Perhatikan video di bawah ini dan anda buatlah rumusan sendiri. Tumpukan perhatian pada gerak isyarat Cikgu Bard, lelaki yang berdiri dengan lilitan kepala, setelah bercakap sesuatu dengan Anwar (yang bangun berdiri).

Apakah benar apa yang dimaksudkan oleh beberapa pengulas yang menulis dalam blog masing-masing dan juga dilaporkan dalam media bahawa Bersih yang sepatutnya bersih dari elemen parti telah di”hijack” oleh orang politik berpati. Dalam hal ini lebih tepat ialah Anwar, Azmin dan Cikgu Bard.

*******************

Nota: Berikut adalah SMS yang saya terima dari seorang sahabat yang membetulkan bahawa lelaki yang saya sebutkan sebagai Cikgu Bard itu bukan beliau:

Salam Sdr Karim. Saya simpati dgn sdr. Sebagai seorang dai & pembela aqidah Islam sdr tak sepatutnya menyebarkan fitnah. Mana intergriti sdr sebagai SUA MUAFAKAT – sebuat NGO yg katanya mempertahankan aqidah ummah. Posting terbaru sdr adalah fitnah. Kalau sdr tak berada ditempat kejadian jgn komen tak tentu pasal. Sebab Islam mengajar kita jangan hanya dengar separuh masak saja. Jgn hanya melihat youtube sdr bangga menjadi pengulas & terus tebar fitnah. Saya berada di situ. Saya tahu apa yg berlaku. Cikgu Bard tak pakai T/S kuning lengan panjang. Dia pakai kemeja kuning. Satu lagi dia tak pakai lilit kepala. Sdr tak memfitnah. Itu adalah org lain.Mana integrati sdr. Jgn kerana dendam sdr terhadap DSAI maka apa yg berlaku semua salah DSAI & PR. Sdr harus mohon maaf secara tetbuka

Saya ingin ucapkan terima kasih atas teguran sahabat ini.

Oleh itu siapakah beliau itu yang mempunyai “otoriti” untuk mengarahkan orang ramai ke arah Dataran selepas berkata sesuatu dengan Anwar?

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2012
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid