Setelah program asalnya yang dijadualkan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, dibatalkan (baca) dan pelancaran bukunya yang dijadualkan diadakan di The Borders Garden Mall ditangguh, nampaknya para pendokong gerakan Liberal dan LGBT tetap ingin mengadakan program untuk Irshad Manji ini.

Poster terbaru penganjuran program Irshad Manji di Monash University-Sunway Campus, Jumaat ini.

Terkini, menurut twitternya  @IrshadManji, program yang asalnya dirancang untuk diadakan di UIA itu kini diubah ke Monash University, kampus Sunway pada 18 Mei 2012 hari Jumaat ini.Dengan mengambil pengalaman pahit beliau di Indonesia (baca: Irshad Manji is having second thoughts on Indonesia), kini para penganjur menggunakan strategi menganjurkan program tersebut diwaktu orang lelaki Islam menunaikan solat Jumaat. Dengan mengadakan majlis tersebut di waktu ini mungkin mereka beranggapan bahawa umat Islam tidak mampu bantah.

NGO-NGO mesti bangkit dan bertindak segera untuk membantah serta membuat laporan polis agar penganjuran majlis yang menghina Islam, Allah dan Rasul ini dibatalkan.

Bukan sahaja pengaku Lesbian ini menghina Islam dalam buku dan tulisan beliau, dia juga turut menghina Islam dalam tweetnya terbaru apabila ada yang bertanya apakah majlis ini tidak memberi ruang untuk orang lelaki kerana ianya diadakan waktu solat Jumaat:

Hi, selamat datang🙂 Is this event catered to Muslim women only? Not gonna include Muslim men? Friday prayer is at about 1-2pm

Irshad Manji menjawab:

All r welcome, sis. Quran does not prescribe how/when 2 pray. This is man-made, not God-given, ritual. Salaam from KL.

Kami menyeru pihak yang berwajib menyekat dan membatalkan program yang menghina Islam ini. Pihak JAIS mungkin dapat melakukan sesuatu memandangkan ianya dilakukan di dalam kawasan yang JAIS mempunyai bidang kuasa mutlaknya.

Sama-sama kita bantah!