Pagi ini saya telah mengirim satu emel ke pihak Monash University (melalui pegawai – En. Mohamed Ismail – nama dihebah sebagai “contact person” untuk program ini dalam poster sebelah). Emelnya:

Menurut laman: http://www.timeoutkl.com/books/events/Irshad-Manji-on-Moral-Courage-Creating-Space-for-Islam-and-Democracy nama tuan adalah diberikan sebagai contact person untuk program ini.
Kami yang mewakili NGO-NGO Islam membantah sebarang penganjuran yang menghina Islam seperti ini. Orang seperti Irshad Manji tidak sepatutnya diberi ruang untuk berterusan menghina Islam apatah lagi di negara kita ini.
Mohon pihak saudara batalkan program dan maklumkan kepada orang ramai pembatalan program ini dengan kadar SEGERA.

Selang beberapa minit beliau menjawab dengan kenyataan berikut dengan memetik kenyataan ketua jabatan:

There is no seminar scheduled by the School of Arts and Social Sciences on Friday 18th May 2012.

Our seminar schedule can be viewed athttp://www.sass.monash.edu.my/research/SASS-Seminar-Series.html

Prof James Chin, Head, School of Arts & Social Sciences

Dan saya dengan segera membalas emel tersebut dengan:

Terima kasih atas jawapan segera dari emel saya. Saya telah beberapa kali cuba menelefon tuan – tetapi tiada jawapan.
Memandangkan maklumat sudah tersebar luas yang mengatakan adanya satu program yang akan dilangsungkan di Monash University – termasuk di”Tweet”kan oleh penulis buku sendiri (http://twitter.com/#!/IrshadManji) dan Ezra Zaid (penerbit buku), adalah wajar pihak Monash mengambil inisiatif dengan membuat kenyataan penafian secara terbuka.
Ini dari tweet EzraZaid – penerbit buku: http://twitter.com/#!/EzraZaid/status/202621725110833152/photo/1 – poster program di Monash.
yang membuat pengumunan majlis ini sejak 16 Mei lagi – termasuk memasukkan nama tuan sebagi contact personnya.
Penafian yang lebih bersungguh dan terbuka amat perlu bagi mengesahkan jawapan emel tuan.
Semoga sama-sama kita banteras gejala songsang ini dari bumi tanah air kita.

Saya tidak pasti apakah benar-benar tiada majlis seumpama itu di Monash University kampus Sunway atau ianya suatu helah. Ini memandangkan hebahan program ini telah tersebar luas dalam pelbagai media, blog, tweeter dan Facebook.

Atau apakah program ini sememangnya akan diadakan tetapi tidak dianjurkan oleh Monash hanya sekadar mengguna premisnya sahaja. Apa-apa pun kita tetap bantah.

Hebahan yang saya ambil pada imej di atas adalah antara yang awal menyiarkannya termasuk menyebut nama pegawai, no. telefon dan emel yang boleh dihubungi (tidak mungkin Monash tidak terlibat?). Kalau pihak Monash University bersungguh dalam menafi penganjurannya, mereka MESTI membuat penafian yang lebih bersungguh.

Seorang sahabat yang kanan dalam profesion guaman turut menegaskan bahawa pihak universiti MESTI membuat laporan polis kerana ada pihak yang cuba mencemar nama baik universiti.

Sama-sama kita bantah penganjuran program sebegini dan menyeru pihak penguatkuasa mengambil langkah segera mengawal program ini dan yang seumpamanya dari diadakan di tempat kita. Wajar juga orang yang menghina Islam seperti ini tidak kita benarkan berada di tanah air kita.