dari Utusan Malaysia
PULAU PINANG 17 Mei – Upacara pengebumian seorang mualaf yang meninggal dunia Isnin lalu akan disempurnakan mengikut agama Buddha esok kerana keluarganya mendakwa lelaki itu tidak pernah memeluk Islam.

Adiknya, Lily Khoo, 50, berkata, jika benar Khoo Boo Soo, 55, telah memeluk Islam, pihak Hospital Pulau Pinang tidak mungkin menyerahkan mayat abangnya kepada mereka.

Selain itu, jelasnya, status agama dalam kad pengenalan juga masih menunjukkan abangnya seorang penganut Buddha.

“Abang tidak pernah memaklumkan kepada kami dia telah menukar agama, malah dia masih mempunyai isteri di sini dan ada seorang anak.

“Bagaimanapun, kami bersedia serahkan mayat itu kepada pihak berkenaan jika ada yang tampil membuktikan abang saya telah menganut Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat Leong San Tong, Ayer Hitam di sini hari ini.

TERBARU:

Menurut sahabat-sahabat yang berusaha menguruskan jenazah secara Islam:

Hafiz Nordin Firlansa: jenazah Cina Muslim telah berjaya diambil oleh pegawai-pegawai JAIPP.
AlhamduliLLAH telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat P.Pinang. ALLAHU AKBAR!!