Tahniah kepada kepada semua yang peka dan melaksanakan amanah “Amr Maaruf Nahi Mungkar” mereka dalam usaha menyekat penyebaran fahaman dan amalan Liberalisme, Pluralisme dan seks songsang LGBT.

Sebentar tadi, pihak BFM89.9 telah mengumumkan pembatalan siaran rakaman temubual dengan Irshad Manji yang telah dijadualkan siarannya pada jam 7:30 malam ini.

Dalam pengumuman ringkas sebelum siaran digantikan dengan ulangan siaran lain ialah:

We have received notification from our regulators not to air the pre-recorded @irshadmanji interview. Chef Steve Allen steps in!
Sebelum itu, dalam tweet BFM dan juga diulang oleh Ezra Zaid dan Irshad Manji dalam twitter mereka masing-masing mengumumkan rancangan untuk siaran rakaman tersebut:
Caroline Oh IN CONVERSATION with @irshadmanji tonight after the 7.30 pm news. NOT to be missed!
Namun, penerbit siaran tersebut meluahkan perasannya selepas pembatalan tersebut dengan tweetnya:
Regulators requested that I pull the interview with @IrshadManji this evening. Gutted. Clearly, moral courage is needed more than ever!
Alhamdulillah. Teruskan pemantauan dan usaha amr maaruf dan nahi mungkar saudara semua.
Barakallah fikum.