Ustaz Kazim Elias, dalam ceramahnya di program Wacana Intelek Perdana – Sokong Islam Anda Selamat, di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung pada 15hb Julai 2012, telah meramalkan beberapa blogger (termasuk “manjongmari”) akan membuat pelbagai pembohongan, tohmahan serta memutar-belitkan apa yang diucapkannya dalam program malam itu.

Ustaz Ismail sedang menceritakan sesuatu kepada Ustaz Kazim ketika minum selepas program

Malah ketika kami minum-minum selepas program tersebut seorang kenalan datang memaklumkan bahawa blog “manjongmari” telah update dengan pembohongan bahawa program Ustaz Kazim tersebut tidak ada sambutan. (Baca) Ternyata benar dan tepat sekali ramalan Ustaz Kazim itu.

Pembohongan “manjongmari” untuk beliau putar belitkan amat ketara. Beliau mengguna gambar-gambar yang diambil ketika majlis belum bermula dan hadirin baru mula tiba. Gambar ceramah yang dipapar pada skrin besar adalah rakaman ceramah Ustaz Kazim di tempat dan masa yang lain.

Berikut adalah hujjah kami – melalui gambar-gambar di bawah:

1. Gambar dari blog manjongmari sengaja dirakam sebelum majlis bermula bagi menggambarkan tidak ramai orang yang hadir.

Ini gambar dari blog manjongmari:

Manjongmari cuba mengambarkan banyak kerusi yang kosong

Di bawah ini gambar yang saya ambil sendiri – ketika penceramah pertama, Ustaz Ismail Mina Ahmad berucap:

Gambar ini dari posisi yang hampir sama dengan manjongmari tetapi ini apabila majlis baru bermula dengan panelis pertama – Ustaz Ismail Mina

Kedua-dua keping gambar yang disiarkan dalam blog manjongmari adalah ketika sebelum bermulanya majlis. Manakala saya ambil gambar sekitar selepas 10 minit majlis bermula.

Ini dari depan sisi tepi:

Gambar diambil dari depan sebelah sisi kiri dewan – tidak nampak pula kerusi kosong yang disiarkan oleh manjongmari

2. Paparan di skrin besar untuk di dalam dewan dan juga di bawah khemah luar dewan adalah gambar rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang disiar sebelum bermula majlis.

Ini paparan skrin yang saya besarkan dari gambar di blog manjongmari:

Bandingkan gambar di atas dengan yang di bawah ini (yang diambil semasa Ustaz Kazim berucap pada malam itu).

Pada malam itu Ustaz Kazim memakai jubah putih berserban dan berucap pada posisi duduk di atas kerusi manakala gambar yang disiarkan manjongmari menunjukkan Ustaz dengan jaket hitam serta berdiri depan rostrum dan memakai kopiah putih sahaja tanpa serban.

3. Susunatur pentas yang berbeza dengan gambar manjongmari.

Lihat keadaan tempat Ustaz Kazim berceramah dalam gambar manjongmari – Ustaz Kazim berucap pada rostrum dan terdapat gambar hadirin/peserta di belakang beliau.

Bandingkan pula perbezaan susunatur “pentas” dalam Dewan Merdeka pada malam itu.

Maka jelas dan nyata manjongmari menjaja blognya dengan pembohongan dan dusta yang berterusan.

************

Tonton rakaman video malam itu:

Ustaz Ismail Mina Ahmad:  

Ustaz Kazim Elias: 

Lain-lain rakaman video – sila klik http://www.youtube.com/user/akarimomar/videos

************

Kuliah Ustaz Kazim Elias Di Hulu Klang – Julai 2012 (klik)

Advertisements