You are currently browsing the daily archive for 19 July, 2012.

Dalam ceramah beliau di Dewan Merdeka Manjung (baca – klik) 15hb Julai 2012, Ustaz Kazim menjawab persoalan orang ramai tentang mereka yang kata hendak perjuangkan Islam tetapi isteri pemimpin mereka tidak pakai tudung.

Tanpa berselindung, Ustaz Kazim terus menyebut nama Rosmah, isteri Perdana Menteri Najib Razak dan membuat teguran sepatut dan mengesyor kepada orang ramai cadangan beliau – tontonlah sendiri.

Boleh tonton keseluruhan ceramah beliau di sini: http://youtu.be/lBmNzGC0DWI

Tulisan Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady yang dipetik dari: http://blogtraditionalislam.wordpress.com/

 

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

 

John Hick – Falsafah Agamanya (‘philosophy of religion’):

Pengamatan Dari Kacamata Ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah

 

oleh: al-faqir ila’Llah Muhammad Uthman El-Muhammady

(untuk catitan dan penelitian sendiri dan kawan-kawan)

  • Tujuan nota ringkas ini ialah untuk menumpukan perhatian kepada konsep pluralisme agama sebagaimana yang dibentangkan oleh John Hick, terutama dalam bukunya ‘Philosophy of Religion’, Prentice Hall New Jersey, 1990. yang menumpukan perhatian tentang tajuk yang demikian dalam falasafah agamanya, dan ia terkenal sebagai pembawa pluralisme agama melalui buku itu terutamanya;kemudian baru dirujuk kepada sumber-sumber lain.

Dari buku John Hick ‘Philosophy of Religion,’ 1990

  • Pada beliau ‘philosophy of religion’ (hal. 1) ialah ‘philosophical thinking about religion’ –berfikir secara falsafah tentang agama. Sebagaimana yang disebutkan sendiri oleh beliau bahawa juga orang awam sesiapa pun boleh berfalsafah tentang agama seperti orang atheist yang tidak percaya kepada Tuhan, orang agnostic yang percaya bahawa Tuhan wujud atau tidak atau kita boleh mengetahui Tuhan ada atau tidak, dan orang yang beriman juga boleh berfalsafah tentang agama. Ia mengkaji tentang konsep-konsep dan kepercayaan-kepercayaan dan juga pengalaman–pengalaman keagamaan dan kegiataan-kegiataan menyembah dan juga amalan bertafakur –meditasi- yang berdasarkan kepada sistem-sistem kepercayaan itu dan apa yang timbul daripadanya.
  • Beliau menyatakan bahawa falsafah agama bukan agama itu sendiri tetapi sesuatu yang berkait dengannya, seperti misalannya falsafah undang-undang, ia berkait dengan undang-undang dan konsep-konsep dalam undang-undang dan cara-cara berfikir dan berhujah padanya, atau falsafah seni dan perbahasan berkenaan dengan soal-soal tentang keindahan dan kaedah-kaedah berbincang tentang soal kesenian dan keindahan. Katanya falsafah agama berkait dengan agama-agama yang tertentu dan juga teologi-teologi di dunia, sebagaimana juga falsafah sains berkaitan dengan sains. Falsafah agama berusaha untuk menganalisis konsep-konsep tentang Tuhan, Dharma, Brahman (seperti yang ada dalam agama Hindu), keselamatan abadi, amalan menyembah Tuhan dan lainnya, penciptaan alam, amalan pengorbanan, konsep nirvana (seperti yang ada dalam agama Buddha), hidup yang kekal abadi dan seterusnya. (hal. 2 ‘pendahuluan’). Kita boleh bersetuju juga dengan kenyataannya bahawa falsafah agama berbincang tentang bagaimana hendak menentukan atau mengecamkan keadaan kenyataan-kenyataan dalam agama berbanding dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam hidup harian yang biasa dialami semua orang, juga dalam bandingan dengan kenyataan-kenyataan tentang penemuan saintifik, moral, dan kenyataan-kenyataan dalam dalam bidang seni yang bersifat imaginatif, dan banyak bergantung kepada daya imaginasi manusia.

Agama takrifnya pada John Hick

  • Dalam ‘pendahuluan’ juga (hal. 2) John Hick berbincang tentang takrif ‘agama’ (‘religion’) dengan menyebut sebagai contoh ialah agama itu sebagai ‘pengiktirafan umat manusia tentang adanya sesuatu kuasa ghaib (supernatural) yang mengontrol [segala] tertamanya konsep tentang Tuhan yang bersifat sebagai satu diri atau dewa-dewa [bila menyentuh agama syirik, kalau dalam istilah Islam dewa-dewa tidak ada] yang berhak untuk ditaati dan disembah’ (merujuk kepada Concise Oxford Dictionary). Beliau juga menyebut apa yang dianggap sebagai takrif yang bersifat penafsiran, iaitu, bersifat psikologikal, berkait dengan pengalaman jiwa manusia, iaitu agama ialah ‘perasaan-perasaan, amalan-amalan, pengalaman-pengalaman orang perseorangan dalam mereka berseorang diri, dalam mereka sejauh mana berfikir tentang kedudukan diri mereka, dalam hubungan dengan apa yang dikira sebagai berhubungan dengan Tuhan atau sifatNya (divine)” (William James). Juga beliau menukil takrif yang bersifat sosiologikal iaitu agama ialah ‘satu susunan kepercayaan-kepercayaan, amalan-amalan, dan institusi-institusi yang manusia terlibat di dalamnya dalam pelbagai masyarakat’ (Talcot Parsons). Beliau juga menukil takrif yang berisfat ‘naturalistic’ contohnya agama ialah ‘satu himpunan amalan-amalan mengekang diri yang menghambat perjalanan bebas bagi fakulti-fakulti diri kita’ (Salomon Reinach), dan tidak ketinggalan pula beliau menukil takrif yang padanya lebih bersimpati dengan agama, iaitu agama ialah ‘moral atau etika yang ditinggikan, dicerahkan oleh perasaan [agaknya seperti perasaan kasih sayang dan kasihan belas)’ (Matthew Arnold). Beliau juga menukil takrif yang bersifat keagamaan oleh Herbert Spencer iaitu ‘Agama ialah pengiktirafan bahawa semua yang ada adalah manifestasi-manifestasi sesuatu Kuasa yang mengatasi ilmu pengetahuan kita’ (Herbert Spencer) atau juga agama ialah ‘respon umat manusia kepada apa yang berkait dengan Tuhan (the divine)’.
  • Kemudian beliau pergi kepada perbincangan tentang tidak ada sesuatu yang khusus yang boleh dikaitkan dengan agama, bahkan katanya yang ada ialah beberapa ciri yang berupa satu susunan ‘family resemblances’ satu susunan sifat-sifat yang menunjukkan bahawa itu semua agama-agama itu ‘dalam satu keluarga’. Demikian seterusnya.
  • Apa pun juga, yang dipentingkan dalam catitan ringkas ini ialah konsep ‘pluralisme agama’ dalam erti bahawa semua agama adalah sama benar dan sama betul dan membawa ke syurga, (walaupun beliau tidak menyebutnya dengan menggunakan kata-kata sedemikian) yang diajarkan oleh John Hick dan bagaimana kita sebagai seorang penganut agama Islam yang beramal dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah, yang merupakan ajaran arusperdana umat ini melihat pemikiran demikian. Maka di bawah ini akan dibicarakan beberapa aspek ajaran John Hick dalam falsafah agamanya tentang ‘pluralisme agama’ dan bagaimana kita memandang kedudukan ajaran yang sedemikian sebagai penganut Islam.

Ciri-ciri asasi agama-agama besar dunia:

… baca seterusnya dari blog Traditional IslamJohn Hick – Falsafah Agamanya (‘philosophy of religion’): Pengamatan Dari Kacamata Ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

July 2012
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid