You are currently browsing the monthly archive for October 2012.
Kadang-kadang kita agak serba salah untuk guna sesetengah istilah dan bagaimana ianya dieja. Pusat Sehenti Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang dimiliki oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia ada menyediakan secara atas talian carian-carian untuk membantu anda dalam situasi sebegini.
Sebagai contoh bila waktunya mula untuk kita guna istilah pagi dan bila mula waktu yang betul untuk kita guna istilah petang berbanding dengan tengah hari. Atau apakah ejaannya tengahari atau tengah hari?
Untuk persoalan tersebut, dari PRPM, kita dapat rujukan berikut:
- Pagi: 1.00 a.m.-11.59 a.m.
- Tengah hari: 12.00 p.m. – 1.59 p.m.
- Petang: 2.00 p.m. – 6.59 p.m.
- Malam: 7.00 p.m. – 11.59 p.m.
- Tengah malam: 12.00 a.m. – 12.59 a.m.

- PRPM – Kamus, istilah, ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan ( Sabah dan Sarawak), peribahasa, arkib pertanyaan bahasa, tesaurus bahasa Melayu, kandungan laman WEB DBP dan kandungan laman WEB lain yang ditentukan oleh DBP.
- Laman Web DBP – Kandungan Laman Web DBP dan kandungan laman WEB lain yang ditentukan oleh DBP.
Kini, soalan-soalan untuk PRPM boleh juga diakses melalui Facebook PRPM dengan carian “pusat rujukan persuratan melayu” atau terus ke community page PRPM: http://www.facebook.com/pages/Pusat-Rujukan-Persuratan-Melayu-PRPM/184070191605556.
Isu penggunaan waktu di atas adalah entri terbaru di facebook PRPM tersebut.
Pastikan anda “like”kan dahulu.
Oleh: Zainul Rijal Abu Bakar
Isu agama Islam timbul lagi sejak kebelakangan ini. Bermula dengan pelbagai komentar di kalangan pemimpin pembangkang dan kerajaan mengenai isu hudud sehinggalah baru baru ini tentang penafian status sekular negara. DAP dan MCA acapkali mempertikaikan pelaksanaan undang-undang syariah termasuklah undang-undang hudud sehingga menyebabkan umat Islam merasa tidak puas hati dengan kenyataan sebegitu. Isu hudud adalah isu ‘intra’ umat Islam yang tidak harus dipolitikkan oleh sesiapapun.
Kenyataan Datuk Nazri Aziz bahawa Malaysia tidak pernah diputuskan atau diisytiharkan sebagai negara sekular malah perkataan tersebut langsung tidak disebut di mana mana bahagian Perlembagaan Persekutuan amat dinantikan oleh umat Islam di Malaysia. Nazri membuat penegasan tersebut ketika menjawab soalan ahli Parlimen DAP baru-baru ini. Kedudukan Malaysia yang berbeza dengan negara sekular seperti Amerika Syarikat India dan Turki yang secara tersurat memperuntukkan elemen sekular di dalam Perlembagaan mereka.
Kekeliruan seperti ini timbul apabila seseorang bercakap tentang Perlembagaan Persekutuan. Bukan sahaja di kalangan rakyat awam tetapi ada juga sesetengah golongan yang mempunyai latarbelakang perundangan masih keliru dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen undang-undang utama negara, ia tidak hanya harus dibaca secara tersurat tetapi apa yang tersirat juga memainkan fungsi yang penting di dalam memahami Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu penegasan yang dibuat oleh Nazri ini adalah kena pada masanya dan amat dialu-alukan oleh majoriti rakyat Malaysia. PPMM dan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sejak dari dahulu lagi telahpun mempertegaskan isu ini sejak beberapa tahun yang lepas malah saya sendiri sering menulis dan membentang kertas kerja mengenainya.
Perlembagaan Persekutuan ini sebenarnya mengabsahkan susun atur masyarakat sebelum kemerdekaan lagi. Ia bukan wujud secara kebetulan sahaja. Ia juga merupakan dokumen toleransi ansur antara kaum di Malaysia berdasarkan prinsip ‘jus soli’.
Malah Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan ini menerima banyak memorandum daripada segenap lapisan masyarakat yang menyuarakan hak yang mereka inginkan dalam sebuah negara merdeka.
Selagi Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa, setiap rakyat Malaysia perlu menerima keluhuran Perlembagaan Persekutuan ini mengikut kerangka dan skema yang ada berdasarkan kepada tafsiran-tafsiran yang telah diputuskan oleh mahkamah dari masa ke semasa.
Sebelum Perlembagaan itu sendiri wujud, sebenarnya telah ada undang-undang, sama ada yang berkuatkuasa sebelum kedatangan penjajah ataupun yang digubal semasa penjajahan itu sendiri oleh pihak penjajah. Beberapa peruntukan yang khusus mengenai undang-undang Islam juga telah terlaksana di Tanah Melayu.
Sebagai contoh, Undang-Undang 99 Perak dengan tegas menyatakan jika didirikan hukum Quran dengan undang-undang di dalam negeri nescaya amanlah isi negeri. Malah barang siapa yang tidak mengikut hukum tersebut hendaklah di luar negeri atau di dalam hutan. Pemerintah pula hendaklah memakai al-Quran sebagai panduan dan kegagalan menggunakannya tidak boleh memerintah negeri.
Menurut pakar undang-undang Perlembagaan tanah air Prof Datuk Shad Saleem Faruqi terdapat tujuh ciri asas yang menjadi tulang belakang perlembagaan itu sendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu;
1. Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
2. Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan
3. Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan
4. Pengasingan kuasa eksekutif, parlimen dan kehakiman
5. Raja berperlembagaan
6. Demokrasi berparlimen
7. Badan kehakiman yang terpisah dari penguasaan parlimen dan eksekutif.
Ketujuh-tujuh ciri asas ini tidak boleh dihakis daripada Perlembagaan kerana ia akan merosakkan teras Perlembagaan itu sendiri. Malah ketujuh-tujuh ciri ini hendaklah dipertahankan satu persatu oleh semua pihak, sama ada pemimpin ataupun rakyat sendiri.
Sebarang usaha untuk menyahkan ciri asas ini akan dilihat sebagai menongkah arus dan membawa negara kepada kekacauan kerana kerangka Perlembagaan itu sendiri telah dipersetujui sejak dahulu lagi. Pemansuhan ciri asas ini perlulah mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat seperti Raja-Raja Melayu, Kerajaan dan juga rakyat pelbagai kaum terutamanya orang Melayu yang merupakan anak watan negara.
Jika diteliti sebenarnya terdapat begitu banyak peruntukan yang berkaitan dengan Islam dan hak orang Melayu disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan. Antaranya; Islam sebagai agama bagi Persekutuan, hak kebebasan menganut, mengamal dan menyebarkan agama Islam, menggunakan dana awam bagi tujuan Islam, kedudukan terpelihara mahkamah syariah, pengecualian penolakan undang-undang Islam ketika darurat serta penetapan hal ehwal Islam terletak dalam bidangkuasa negeri.
Seperkara lagi yang perlu diperbetulkan ialah Islam bukan sekadar agama rasmi sahaja tetapi ia adalah agama bagi Persekutuan. Implikasi agama bagi Persekutuan ini adalah berbeza dengan agama rasmi. Hal yang demikian dijelaskan oleh Hakim Mohd Noor di dalam penghakimannya di dalam kes Meor Atiqurrahman mlwn Fatimah Sihi manakala Hakim Ahmad Fairuz memutuskan dalam kes Lina Joy mlwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bahawa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan itu bukanlah sekadar himpunan dogma-dogma sahaja tetapi mencakupi sebuah cara hidup yang komprehensif.
Menerusi kedua-dua penghakiman di atas, kedudukan Islam adalah jelas tersurat. Oleh itu konsep negara sekular sebagaimana yang dicanangkan oleh sesetengah pihak adalah tidak berlandaskan kepada Perlembagaan itu sendiri. Apatah lagi perkataan sekular itu sendiri tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang dijelaskan oleh Nazri.
Berbanding dengan kes terdahulu yang sering dirujuk bagi menyokong dakwaan Malaysia adalah negara sekular di dalam kes Che Omar bin Che Soh mlwn PP yang telah dikesampingkan oleh penghakiman- penghakiman yang lebih terkini. Penjelasan Nazri tentang penghakiman sebenar dalam kes Che Omar bin Che Soh diatas amat dialukan, ia bukan sebagaimana yang diwarwarkan oleh sesetengah golongan yang mengambil sebahagian sahaja dari penghakiman tersebut. Jika diteliti dengan lebih mendalam penghakiman kes tersebut dibuat sebelum pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan subperkara 1A kepada Perkara 121 itu. Dengan kemasukan subperkara 1A ini, Mahkamah Sivil tidak lagi boleh mendengar dan memutuskan apa-apa perkara yang menjadi bidangkuasa mahkamah syariah termasuklah mentafsirkan apakah maksud Islam itu sendiri.
Oleh kerana Islam mempunyai maknanya tersendiri, maka makna harfiah tersebut hendaklah diberikan kepada Islam, bukan makna yang berlainan.
dipetik dari Utusan Malaysia
MEMETIK ucapan Dr. Uthman El Muhammady ketika membentangkan kertas kerja sempena seminar Dakwah Nasional Ke-4 awal Oktober lalu, menyatakan dua istilah iaitu sekularisme dan asabiah menjadi penyumbang kepada kekeliruan fahaman dalam masyarakat sehingga menyebabkan umat Islam saling tuduh menuduh antara mereka.
Orang yang mentafsirkan erti sekular tanpa merujuk kepada kamus dan juga sejarah yang berkait dengannya dan menyebarkan fahaman asabiah tanpa merujuk kepada asbab periwayatan hadis oleh Baginda Nabi SAW, merupakan parasit yang merosakkan umat Islam.
Sekular tidak boleh disamakan apa yang terjadi di Barat dengan senario politik dalam negara. Sekular itu menolak penglibatan atau peranan agama dalam tadbir urus negara sehingga akhirnya para ahli agama di Barat hanya berperanan dalam gereja.
Rakyat yang inginkan sentuhan agama hanya boleh diperolehi dengan mengunjungi gereja. Ini berbeza dengan suasana politik negara kita yang tidak menolak pengaruh dan kepentingan agama Islam, bahkan terlalu banyak aspek agama diterapkan dalam pentadbiran, dasar dan juga perundangan.
Melabelkan Malaysia sebagai negara sekular adalah satu tohmahan yang dangkal kerana cetek kefahaman mengenai konsep sekularisme itu. Lebih dangkal lagi jika menghasut rakyat untuk bangun menentang pemerintah atas alasan sekularisme vs Islamisme.
Begitu juga dengan istilah asabiah yang menjadi duri dalam kalangan umat Islam sehingga melabelkan sesuatu puak sebagai asabiah yang terkeluar daripada ajaran Nabi SAW.
Yang dikatakan asabiah ketika Baginda meriwayatkan hadis tersebut adalah merujuk kepada tindakan membela atau mempertahankan kaum kamu, puak kamu yang melakukan dosa atau kesalahan, sehingga mengetepikan keadilan. Oleh kerana dia orang kamu, pengikut kamu, kaum kamu, maka kamu membela dan mempertahankannya, walaupun dia salah, itulah asabiah namanya.
Bukanlah membela kaum kerana kebaikan itu dianggap asabiah. Bukanlah memperkatakan tentang Melayu itu asabiah dan bukan juga mempertahankan hak bangsa itu dianggap asabiah.
Fahaman asabiah bukan berlaku pada sesuatu tema kaum seperti parti Melayu, bangsa Cina atau India tetapi ia adalah tindakan yang menafikan keadilan untuk semua manusia.
Orang Islam yang taksub dengan pemimpin mereka seolah-olah pemimpin mereka maksum iaitu terhindar daripada salah silap, apa yang diperkatakan semua betul tanpa dihujahi dengan ilmu pun tetap percaya itulah asabiah.
Pemimpin itu jahat, berbuat dosa, tapi kerana dia adalah pemimpin kamu dan kamu pertahankan dia kerana dia pemimpin kamu, itulah Asabiah.
Wahai orang Melayu, janganlah melabelkan perjuangan untuk Melayu itu asabiah. Mempertahankan bangsa itu bukanlah asabiah selagi mana tidak menyimpang daripada keadilan dan menafikan hak orang lain.
dipetik dari Utusan Malaysia:

Oleh DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL
PERSOALAN adakah Malaysia sebuah negara sekular sering dibahaskan. Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, dalam jawapan bertulis di Parlimen menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Malaysia adalah negara sekular.
Mungkin kerana peruntukan dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu” membawa kepada kefahaman sedemikian rupa.
Apakah dengan peruntukan sedemikian menafikan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam dan meletakkannya sebagai sekular? Menurut (Prof.) Dr. Abdul Aziz Bari, apabila mentafsirkan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan, ia tidak boleh ditafsirkan secara sempit dan berasingan daripada peruntukan lain dalam Perlembagaan itu sendiri.
Hujah yang menyatakan bahawa Malaysia sebuah negara sekular adalah kurang tepat. Ini kerana, terdapat banyak peruntukan lain dalam Perlembagaan itu yang memberi keistimewaan kepada agama Islam. Perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 12(2) yang membenarkan kerajaan membelanjakan duit negara bagi pembangunan agama Islam, menunjukkan bahawa Malaysia bukan negara sekular. Lagipun perkataan sekular tidak wujud dalam Perlembagaan itu sendiri.
Dari sudut sejarah, Tanah Melayu dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai sebuah negara Islam melihat kepada undang-undang yang dilaksanakan semasa itu. Sebelum kedatangan penjajah Belanda dan British, undang-undang yang terpakai adalah meliputi undang-undang Islam dan adat.
Hukum Kanun Melaka sebagai undang-undang pokok mempengaruhi undang-undang di negeri lain, yang banyak mengandungi peraturan dan hukuman yang berlandaskan agama Islam dan adat Melayu. Kedatangan Belanda di Melaka dan seterusnya menjajahi seluruh Tanah Melayu tidak sedikit pun memberi kesan kepada aspek undang-undang yang terpakai semasa itu. Hanya dengan kedatangan British, undang-undang Islam sedikit demi sedikit diketepikan dan diganti dengan undang-undang Inggeris. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, tiada satu perisytiharan dibuat mengatakan Malaysia adalah negara Islam. Perisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam hanyalah dibuat 44 tahun kemudian oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.
Perlembagaan Persekutuan yang kita miliki sekarang digubal oleh satu Suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dari United Kingdom dengan ahli-ahli lain terdiri dari Sir Iver Jeannings dari United Kingdom, Justice Abdul Hamid dari Pakistan, Sir William McKell dari Australia dan B Malik dari India.
Pada asalnya, peruntukan Islam sebagai agama negara tidak terdapat dalam draf awal Perlembagaan. Hanya Justice Abdul Hamid dari Pakistan membangkitkan persoalan itu dalam lampiran laporan Suruhanjaya itu. Selepas itu, Parti Perikatan mencadangkan supaya satu peruntukan mengenai agama Islam sebagai agama Persekutuan dimasukkan dalam Perlembagaan tanpa sedikit pun menyisihkan hak bukan Islam dalam menganut, mengamal dan menyebar agama mereka.
Memang benar Suruhanjaya ini ada menyatakan bahawa peruntukan ini tidak sama sekali mengetepikan status Malaysia sebagai sebuah negara sekular tetapi ia sama sekali tidak wujud dalam draf akhir Perlembagaan itu sendiri. Pihak Raja-raja pada awalnya agak keberatan menerima peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, bimbang baki kuasa yang ada dalam tangan mereka iaitu agama Islam dan adat Melayu akan diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Akhirnya, setelah Perikatan meyakinkan kedudukan sebenar, Raja-raja Melayu bersetuju menerima kemasukan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, Kertas Putih dikeluarkan bagi maksud itu. Maka, Perkara 3(1) menyatakan “Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Peruntukan seperti ini diberi penekanan sekali lagi dalam Perkara 11(1) yang berbunyi “tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya”.
Dengan adanya dua peruntukan penting ini, Perlembagaan memberi jaminan hak kebebasan beragama kepada kepada semua penganut agama. Tetapi, kebebasan beragama tidaklah bersifat mutlak. Sebagai contohnya, dalam fasal (4) Perkara 11 memberi kuasa kepada Parlimen dan Badan-badan Perundangan Negeri menggubal undang-undang pengawalan agama bukan Islam kepada orang Islam. Di samping itu, Perkara 11 (5) meletakkan syarat bahawa kebebasan itu tidak menyalahi ketenteraman awam, kesihatan awam dan akhlak.
Walaupun Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman ada menjelaskan dalam satu sesi Parlimen bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam dan peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan hanyalah untuk tujuan rasmi negara, itu hanyalah pandangan peribadi beliau. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan itu sendiri tidak sama sekali menyebut negara ini sebagai negara sekular.

PROF. MADYA DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
Mungkin ada sesetengah peguam dan pengamal undang-undang yang mengatakan bahawa kes Che Omar Che Soh lawan Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55 mengiakan bahawa Malaysia bukan negara Islam dan ini mengesahkan bahawa negara ini adalah negara sekular. Ini kerana Hakim Tuan Salleh Abbas (ketika itu) berpendapat bahawa agama Islam bukanlah hanya peribadatan khusus tetapi meliputi satu cara hidup yang merangkumi pelbagai aktiviti kehidupan sama ada dalam bentuk individu mahupun kemasyarakatan seperti undang-undang, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral dan kehakiman, namun peruntukan Perkara 3(1) hanyalah bersifat peribadatan dan upacara rasmi sahaja.
Tetapi menurut Prof. Dr.Aziz Bari, keputusan kes ini sebenarnya tidak mencerminkan kedudukan sebenar Islam seperti mana yang dibuat dalam Laporan Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih. Keputusan Che Omar tidak boleh sama sekali mempertikaikan perihal kesahihan undang-undang. Ia hanyalah mengehadkan amalan agama Islam seperti mana yang termaktub. Keputusan kes ini tidak sama sekali merendahkan kedudukan agama Islam itu sendiri.
Ini kerana perayu mempertikaikan sama ada undang-undang yang wujud dalam negara ini, dalam hal ini hukuman gantung mandatori bagi kesalahan mengedar dadah adalah bercanggah dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, justeru undang-undang Islam tidak menghukum orang yang mengedar dadah dengan hukuman mati.
from: Azril Mohd Amin (azrilmohdamin.com)
President Sukarno, Founding Father of Indonesia, was in Central Kalimantan on one occasion, directing the design of Palangkaraya to become the capital of the entire republic.
His design is still on the board, and there is recent debate whether to move the entire governmental structure to that location.
All three Islamic-based political parties have suffered losses in recent parliamentary elections. Furthermore, government workers complain bitterly at the overcrowding in present-day Jakarta.
Sukarno chose Palangkaraya to take the ‘leadership spotlight’ off of the Javanese who had ruled much of the area for many centuries.
The local ethnic and religious mix there was quite varied, and so he took the occasion to deliver an infamous speech in which he declared that Indonesia must NEVER be an Islamic state, and the Indonesian government absolutely insists that Indonesia (under the state ideology known as “Pancasila”) is an entirely secular government.
Kalimantan would have been a good location to get the “spotlight” off Islam as the dominant force in the modern-day republic, if that is what the Indonesians really want.
The long-term effects of using “Pancasila” to replace Islam as a value and ideology base have been bitterly debated for a long time. President Suharto effectively ended the debate by defining Pancasila as the ONLY legal basis for Indonesian governance and law.
One religious teacher of my personal acquaintance was actually buried in the ground up to his head and fed only water for two weeks, in punishment for teaching his students that Pancasila was unIslamic.
What has been the result of this Pancasila deliberate displacement of Islam?
Aesthetically, the Islamic majority of Indonesia is quite hidden compared to Malaysia, as one can see in the totally secular design of Jakarta architecture, as well as such phenomena as no tudung at all on TV. If a Martian suddenly landed in downtown Jakarta, he might have no idea what sort of country he was in.
Locals justify the lack of Islamisation of their city environment by saying that according to the principles of Pancasila, the non-Muslim Indonesians must not be offended by Islamic design and practice in public areas.
Even the national Istiqlal Mosque was designed by a Christian architect with a central dome supported by the “magic Christian number” of twelve columns.
A large part of Malaysia’s recent successes in the modern world are due to government support of Islamic style and practice, in spite of these policies causing such dread and fear in the non-Muslim countries, obviously due to lack of proper understanding and media stereotypes about Islam.
Islamic policies give our people pride and self-esteem, thanks to the genius of those who were not afraid to position Islam as the religion of the federation.
The implications brought about by this special position were in fact once translated into real policies used to be protected by our caliph in Istanbul, but must now be re-acquired, sometimes painfully, Islamic state-by-state.
In fact, a truly enduring model of Islamic governance was the brilliant Abbasid reign in Andalusia (modern Spain), which lasted almost 700 years. And the downfall of that model was exacerbated by the incredibly “dirty fighting” of the Catholics, Isabella and Ferdinand, king and queen at that time.
If you insisted that God was One, these monarchs created the Inquisition to torture you until you declared “God is Three”.
With their plunder literally stolen from the Andalusian Muslims, Isabella funded Columbus’ discovery of America, with its following model of freemasonic secular governance in the USA. His voyage took place in 1492, the exact same year as the final fall of the Muslims at Granada, in their battles to preserve the Andalusian Muslim legacy.
As has refreshingly been pointed out by the Minister in the Prime Minister’s Department, Mohamed Nazri Abdul Aziz, Malaysia has never been declared a secular nation and the federal constitution made no mention of the word ‘secular’.
And even if we prefer not to call Malaysia an “Islamic state” due to the loaded content of that phrase, and also due to the considerable variety of definitions of “Islamic state” in the different Islamic legal schools of thought, we are still nevertheless engaged in the critical task of forming a Muslim polity that need not bow down to the mobilisation of Western secular forces, such as the United Nations.
We are in fact attempting to form a model of a state following the constitutionally enshrined religion of Islam, which can help the entire Muslim world to resist the secular aspects of western liberalisation (for example, the LGBT demands for legal and public recognition), as well as make up for the hundreds of colonial years after the 1492 fall of Andalusia, during which Islam’s undeniable enlightenment in the arts and sciences was hijacked by the secular west.
And so, it is up to Malaysia more than any other Muslim country to create at least some implementation that would most closely approximate the Ummah we originally had under the Prophet himself (may Allah’s blessing and peace be upon him) in multi-racial Madinah Al-Munawwarah.
Malaysia is struggling manfully to strike this balance. We can be justifiably proud of our downtown area and its peoples, which no Martian would mistake for anything other than a Muslim city.
We can find tudung galore, as well as many calls-to-prayer and other religious reminders for Muslims on the public media.
Yet, although the 35 percent non-Muslim citizenry worries much about “hudud” and even sometimes the Azan being too loud from their local mosques, they prosper. They do not care to return to their ancestral countries.
Instead of complaining that the balance is not right this way or that, we should give thanks to Almighty Allah SWT that our country is really the only one in the world that is trying to achieve this balance in a fair-minded and Islamic way, which still requires fairness to all religious practices within her borders.
What matters most is the spirit to achieve the actual Islamic practice which has been and will be ongoing in our country’s daily governmental, legal, and public lives.
sumber: Utusan Malaysia
Pendirian Zulfahmi dapat pujian ramai

Zulfahmi Khairuddin (depan) mendahului pelumba-pelumba lain dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Malaysia
di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad lalu. Dia muncul naib juara pada perlumbaan tersebut.
Video yang memaparkan pelumba AirAsia-SIC-Ajo itu melarikan diri ketika minuman keras tersebut diserahkan kepada ketiga-tiga pemenang GP Malaysia sempat dirakam penyokong tempatan yang telah memuat turunkan ke dalam laman sosial, YouTube.
Tindakan anak muda kelahiran Banting, Selangor itu mengundang rasa hormat para peminat terhadap pelumba tersebut yang berani menyatakan pendiriannya lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan soal agama Islam.
Zulfahmi ketika dihubungi Utusan Malaysia, kelmarin berkata, sebagai seorang Islam, memang menjadi tanggungjawabnya untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah dengan agama.
“Saya sebenarnya terlebih dahulu telah memaklumkan kepada pihak penganjur mengenai pendirian saya itu. Memang masa saya berada di atas podium, saya cuba mengelak apabila Sandro (Cortese) cuba menyemburkan arak ke arah saya. Ramai pelumba tidak memahami, tetapi apabila saya jelaskan, mereka akhirnya faham termasuk Sandro,” katanya.
Zulfahmi memberitahu, meraikan kemenangan dengan menyembur minuman keras merupakan tradisi masyarakat barat dan orang Islam tidak seharusnya terikut-ikut atau meniru cara tersebut.
“Kita ada cara kita untuk meraikan kejayaan, bukan terikut-ikut cara mereka pula. Saya hargai pujian tersebut, tetapi bagi saya tindakan saya itu adalah normal kerana saya beragama Islam dan sewajarnya saya bertindak demikian kerana menyalahi hukum agama kita,” tegasnya.
Pelumba yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 Sabtu lalu, melakar sejarah buat negara apabila muncul anak Malaysia pertama berjaya menaiki podium pada GP Malaysia 2012, Ahad lepas.
Dia diberi tentangan sengit apabila dipintas di garisan penamat oleh juara dunia Moto3 yang baru, Sandro Cortese untuk muncul naib juara pada saingan tersebut.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pencapaian pada GP Malaysia yang berjaya menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengucapkan tahniah kepadanya, Zulfahmi melahirkan rasa terkejut apabila kejayaannya di Sepang turut menarik perhatian pemimpin tertinggi negara.
“Saya tidak sangka Perdana Menteri tahu mengenai kejayaan saya ini, terima kasih kepada beliau. Saya harap kejayaan ini bukan yang pertama dan terakhir,” katanya yang berangkat ke Australia, kelmarin untuk menyertai GP Australia di Litar Phillip Island hujung minggu ini.
Ketika diajukan dengan soalan yang lebih peribadi mengenai teman istimewa, Zulfahmi tidak menafikan yang dia sedang mengenali hati budi seseorang, tetapi hubungan tersebut masih di peringkat awal.
“Dia masih lagi belajar, saya pula jarang berada di Malaysia. Lagipun, kami cuma berkawan tidak ada yang lebih daripada itu. Saya baru berusia 21 tahun, perjalanan saya masih jauh,” ujarnya.
Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR – Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
KEKELIRUAN sering timbul apabila seseorang itu bercakap tentang Perlembagaan. Bukan sahaja di kalangan rakyat awam tetapi ada juga sesetengah golongan yang mempunyai latarbelakang perundangan masih keliru dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen undang-undang utama negara, ia tidak hanya harus dibaca secara tersurat tetapi apa yang tersirat juga memainkan fungsi yang penting di dalam memahami Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan ini sebenarnya mengabsahkan susun atur masyarakat sebelum kemerdekaan lagi. Ia bukan wujud secara kebetulan sahaja. Ia juga merupakan dokumen toleransi ansur antara kaum di Malaysia berdasarkan prinsip ‘jus soli’.
Malah Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan ini menerima banyak memorandum daripada segenap lapisan masyarakat yang menyuarakan hak yang mereka inginkan dalam sebuah negara merdeka.
Selagi Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa, setiap rakyat Malaysia perlu menerima keluhuran Perlembagaan Persekutuan ini mengikut kerangka dan skema yang ada berdasarkan kepada tafsiran-tafsiran yang telah diputuskan oleh mahkamah dari masa ke semasa.
Sebelum Perlembagaan itu sendiri wujud, sebenarnya telah ada undang-undang, sama ada yang berkuatkuasa sebelum kedatangan penjajah ataupun yang digubal semasa penjajahan itu sendiri oleh pihak penjajah. Beberapa peruntukan yang khusus mengenai undang-undang Islam juga telah terlaksana di Tanah Melayu.
Sebagai contoh, Undang-Undang 99 Perak dengan tegas menyatakan jika didirikan hukum Quran dengan undang-undang di dalam negeri nescaya amanlah isi negeri. Malah barang siapa yang tidak mengikut hukum tersebut hendaklah di luar negeri atau di dalam hutan. Pemerintah pula hendaklah memakai al-Quran sebagai panduan dan kegagalan menggunakannya tidak boleh memerintah negeri.
Menurut pakar undang-undang Perlembagaan tanah air terdapat tujuh ciri asas yang menjadi tulang belakang perlembagaan itu sendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu;
1. Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
2. Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan
3. Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan
4. Pengasingan kuasa eksekutif, parlimen dan kehakiman
5. Raja berperlembagaan
6. Demokrasi berparlimen
7. Badan kehakiman yang terpisah dari penguasaan parlimen dan eksekutif.
Ketujuh-tujuh ciri asas ini tidak boleh dihakis daripada Perlembagaan kerana ia akan merosakkan teras Perlembagaan itu sendiri. Malah ketujuh-tujuh ciri ini hendaklah dipertahankan satu persatu oleh semua pihak, sama ada pemimpin ataupun rakyat sendiri.
Sebarang usaha untuk menyahkan ciri asas ini akan dilihat sebagai menongkah arus dan membawa negara kepada kekacauan kerana kerangka Perlembagaan itu sendiri telah dipersetujui sejak dahulu lagi. Pemansuhan ciri asas ini perlulah mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat seperti Raja-Raja Melayu, Kerajaan dan juga rakyat pelbagai kaum terutamanya orang Melayu yang merupakan anak watan negara.
Jika diteliti sebenarnya terdapat begitu banyak peruntukan yang berkaitan dengan Islam dan hak orang Melayu disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan. Antaranya; Islam sebagai agama bagi Persekutuan, hak kebebasan menganut, mengamal dan menyebarkan agama Islam, menggunakan dana awan bagi tujuan Islam, kedudukan terpelihara mahkamah syariah, pengecualian penolakan undang-undang Islam ketika darurat serta penetapan hal ehwal Islam terletak dalam bidangkuasa negeri.
Islam bukan sekadar agama rasmi sahaja tetapi ia adalah agama bagi Persekutuan. Implikasi agama bagi Persekutuan ini adalah berbeza dengan agama rasmi. Hal yang demikian dijelaskan oleh Hakim Mohd Noor di dalam penghakimannya di dalam kes Meor Atiqurrahman mlwn Fatimah Sihi dan Hakim Ahmad Fairuz memutuskan dalam kes Lina Joy mlwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (lihat fakta)
Menerusi kedua-dua penghakiman di atas, kedudukan Islam adalah jelas tersurat. Oleh itu konsep negara sekular sebagaimana yang dicanangkan oleh sesetengah pihak adalah tidak berlandaskan kepada Perlembagaan itu sendiri. Apatah lagi perkataan sekular itu sendiri tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Berbanding dengan kes terdahulu yang sering dirujuk bagi menyokong dakwaan Malaysia adalah negara sekular di dalam kes Che Omar bin Che Soh mlwn PP yang telah dikesampingkan oleh penghakiman- penghakiman yang lebih terkini.
dipetik dari: http://membelaislam.wordpress.com/
KENYATAAN AKHBAR PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)
23 Oktober 2012
PEMBELA menyeru penjelasan sarjana Muslim terhadap kekeliruan pemimpin ISLAM DAN bukan Muslim mengenai ASPEK HUDUD SEBAGAI sebahagian undang-undang jenayah Islam
1. Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ingin menarik perhatian masyarakat Malaysia mengenai kekeliruan beberapa pemimpin politik bukan Islam, khususnya dari parti MCA mengenai aspek sebahagian undang-undang jenayah Islam, iaitu hudud, yang ternyata boleh membawa pada kekeliruan berlanjutan terhadap kemurnian dan ketinggian standard undang-undang jenayah Islam, serta menjejaskan peluang dan proses pendidikan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam mengenai aspek tersebut.
2. Resolusi 2.3 yang diluluskan para perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke 59 pada 21 Oktober 2012 berkenaan aspek hudud dalam undang-undang jenayah Islam menyebut “The General Assembly condemns DAP for misleading the Chinese community on PAS’s hudud laws, paving the way for the implementation of PAS’s agenda in Malaysia.”
3. Beberapa hari sebelumnya, Presiden MCA telah secara beremosi dan sudah tentu dengan kejahilan beliau menegaskan bahawa hudud akan mengakibatkan 1.2 juta rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan. PEMBELA sangat bersimpati dengan kenyataan Presiden MCA ini, memandangkan beliau sendiri mengakui bahawa tanggapan tersebut dibuat berdasarkan kiriman teks pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang yang tidak mahu dikenali identitinya. (lihat Malaysiakini 18 Oktober 2012). Justeru masyarakat Malaysia tidak boleh mempercayai Presiden MCA ini yang telah mengeluarkan kenyataan beliau berdasarkan sumber yang tidak berkredibiliti dan diragui kesahihannya.
4. PEMBELA juga berpandangan bahawa sangat malang bagi parti komponen Barisan Nasional ini untuk meluluskan suatu resolusi berdasarkan ilmu pengetahuan yang cetek mengenai suatu aspek sistem perundangan yang mempunyai sumber yang kukuh serta standard yang tinggi di dalam upaya pelaksanaannya. Walaubagaimanapun, jelas di dalam resolusi tersebut, yang ditentang adalah “Parti DAP yang mengelirukan masyarakat cina tentang undang-undang hudud PAS”. Maka jelas yang ditentang sebenarnya bukanlah aspek hudud yang menjadi aspek sebahagian sistem undang-undang jenayah syariah, tetapi kenyataan jahil tersebut dibuat semata-mata untuk memenangi hati para ahli MCA, dan khususnya mendapatkan kembali sokongan pengundi bukan Islam. Justeru, PEMBELA yakin bahawa hakikat ini tidak menghalang usaha untuk menjelaskan kekeliruan dan mendidik masyarakat bukan Islam mengenai aspek hudud dalam undang-undang jenayah syariah.
5. Walau apapun motifnya, kenyataan beliau boleh mengundang salah tanggapan serta reaksi negatif dari penganut agama lain. Ini boleh dilihat sebagai satu hasutan secara tidak langsung yang berisiko menimbulkan ketegangan agama serta membantut usaha Kerajaan untuk mewujudkan suasana harmoni antara kaum.
6. Kenyataan beliau juga melanggar keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Negara. Hakikat ini ditegaskan sekali lagi Menteri di JPM, YB Dato’ Seri Nazri, di Parlimen pada 23 Oktober 2012. Sebagai Presiden sebuah parti komponen di dalam Kerajaan Persekutuan, Presiden MCA perlu sedar bahawa penghinaan beliau membawa implikasi yang sangat serius, termasuk mencabar status Islam sebagai agama Negara.
Atas kenyataan-kenyataan yang dirasakan agak kurang cermat itu, makaPEMBELA:
a. Menuntut agar Presiden MCA menarik balik kenyataan serta memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia serta berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan jahat yang boleh dianggap sebagai cubamempersenda dan memperlekehkan hukum perundangan Islam yang telah wujud sejak berzaman dan, malah, sebelum wujudnya Perlembagaan itu sendiri.
b. Memohon agar Raja-Raja Melayu menegaskan bahwa orang-orang bukan Islam tidak berhak membuat sebarang teguran/komen yangmenyentuh soal hukum-hakam perundangan Islam di Negara ini,yang bukan hak mereka memperkata atau menentukannya.
c. Mendesak agar pihak berkuasa, khususnya PDRM, menyiasat dan mengambil tindakan yang setimpal atas kenyataan Presiden MCA itu, yang boleh dianggap sebagai, bukan saja cuba menghina dan mencabar kewibawaan institusi Islam di Negara ini, bahkan juga bidangkuasa Raja-raja terhadap institusi tersebut.
d. Meminta agar usaha penjelasan dan pendidikan mengenai aspek hudud sebagai sebahagian sistem undang-undang jenayah Islam perlu dipertingkatkan. Khususnya, para sarjana Muslim yang berkelayakan di dalam bidang ini perlu segera tampil bagi memberikan penjelasan kepada pemimpin politik Muslim dan bukan Muslim, agar mereka tidak terus-menerus mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab dan mencetuskan penghinaan terhadap Islam disebabkan kedangkalan ilmu mengenai aspek hudud sebagai sebahagian undang-undang Syariah.
e. Memohon agar Majlis-majlis Agama Islam Negeri melaksanakan kegiatanpercambahan fikiran strategik di kalangan umat Islam dari masa ke semasa, demi mengurangkan pergeseran sesama mereka; di samping menangani salah faham/tanggapan terhadap kedudukan Islam di Negara ini di kalanganpara penganut Islam dan bukan Islam.
f. Menyeru agar umat Islam terus mengukuhkan kesatuan hati dan menolak mana-mana pemimpin politik yang jelas menghina serta menggugat kedudukan Islam demi memperolehi undi rakyat PRU13 yang akan datang nanti.
Bagi pihak PEMBELA
Hj. Aminuddin Yahya
Pengerusi
Pertubuhan-pertubuhan yang bernaung di bawah PEMBELA – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Profesional Muslim dan Ukuwwah Ummah (PROMUSLIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Institut Kajian Islam dan Strategik (ISSI), Persatuan Ulama Malaysia – Pulau Pinang (PUMPP), Institut Pemikiran Traditional Islam (IPTI), Jamiyah Dakwatul Islamiyah (JAM’IYAH), Islamic Strategic Studies Institute (ISSI), Persatuan Darul Fitrah Malaysia (PDFM), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), dan lain-lain.
source: The Star
MALAYSIA has never been declared a secular nation despite having secular laws, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
The Federal Constitution, he said, made no mention of the word secular.
He said that when replying to John Fernandez (DAP-Seremban), who wanted to know if Malaysia was a secular state based on a Supreme Court decision in 1988.
Former Lord President Tun Mohamed Salleh Abas, in Che Omar bin Che Soh v Public Prosecutor (1988), stated that the term Islam in Article 3(1) of the Federal Constitution referred to acts relating to ritual and ceremonies and that laws governing the country were secular laws.
Nazri said the Supreme Court’s decision did not declare the country as a secular nation although ruling that secular laws were used based on Article 162 of the Constitution.
Nazri said the position of Islam as a federal religion was also noted in several provisions under the Constitution, which include the development and propagation of Islam amongst Muslims and that civil courts had no jurisdiction over the powers of Syariah courts.
“There is also the oath taken by the Yang di-Pertuan Agong under Schedule Four to preserve Islam at all times,” he added.
Meanwhile, Human Resources Minister Datuk S. Subramaniam said the Government was looking into cancelling the discretionary powers of the minister to decide on cases of industrial disputes to be referred to the Industrial Court.
This, he said, was one of several proposals that the Government is looking at in its effort to ensure speedy disposal of industrial cases.
“Discussions are being held with the affected parties to decide on the best systems to be implemented in future to ensure justice for the workers,” he said when replying to Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).
The Government, he said, was keeping an open mind on the proposal so that aggrieved workers need not wait long to take their cases to industrial courts.
“Also being considered is the introduction of a key performance indicator where cases brought to the Industrial Courts must be settled within a year,” he said.
At present, he said more than 2,500 cases of industrial disputes were still waiting for the approval from the minister before they could be taken to the court.
Recent Comments