You are currently browsing the daily archive for 24 October, 2012.

sumber: Utusan Malaysia

Pendirian Zulfahmi dapat pujian ramai

KUALA LUMPUR – Tindakan pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mengelak tradisi sambutan kemenangan podium dengan minuman keras pada upacara penyampaian hadiah Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad lalu mendapat pujian ribuan penyokong tempatan.

Zulfahmi Khairuddin (depan) mendahului pelumba-pelumba lain dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Malaysia
di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad lalu. Dia muncul naib juara pada perlumbaan tersebut.

Video yang memaparkan pelumba AirAsia-SIC-Ajo itu melarikan diri ketika minuman keras tersebut diserahkan kepada ketiga-tiga pemenang GP Malaysia sempat dirakam penyokong tempatan yang telah memuat turunkan ke dalam laman sosial, YouTube.

Tindakan anak muda kelahiran Banting, Selangor itu mengundang rasa hormat para peminat terhadap pelumba tersebut yang berani menyatakan pendiriannya lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan soal agama Islam.

Zulfahmi ketika dihubungi Utusan Malaysia, kelmarin berkata, sebagai seorang Islam, memang menjadi tanggungjawabnya untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah dengan agama.

“Saya sebenarnya terlebih dahulu telah memaklumkan kepada pihak penganjur mengenai pendirian saya itu. Memang masa saya berada di atas podium, saya cuba mengelak apabila Sandro (Cortese) cuba menyemburkan arak ke arah saya. Ramai pelumba tidak memahami, tetapi apabila saya jelaskan, mereka akhirnya faham termasuk Sandro,” katanya.

Zulfahmi memberitahu, meraikan kemenangan dengan menyembur minuman keras merupakan tradisi masyarakat barat dan orang Islam tidak seharusnya terikut-ikut atau meniru cara tersebut.

“Kita ada cara kita untuk meraikan kejayaan, bukan terikut-ikut cara mereka pula. Saya hargai pujian tersebut, tetapi bagi saya tindakan saya itu adalah normal kerana saya beragama Islam dan sewajarnya saya bertindak demikian kerana menyalahi hukum agama kita,” tegasnya.

Pelumba yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 Sabtu lalu, melakar sejarah buat negara apabila muncul anak Malaysia pertama berjaya menaiki podium pada GP Malaysia 2012, Ahad lepas.

Dia diberi tentangan sengit apabila dipintas di garisan penamat oleh juara dunia Moto3 yang baru, Sandro Cortese untuk muncul naib juara pada saingan tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pencapaian pada GP Malaysia yang berjaya menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengucapkan tahniah kepadanya, Zulfahmi melahirkan rasa terkejut apabila kejayaannya di Sepang turut menarik perhatian pemimpin tertinggi negara.

“Saya tidak sangka Perdana Menteri tahu mengenai kejayaan saya ini, terima kasih kepada beliau. Saya harap kejayaan ini bukan yang pertama dan terakhir,” katanya yang berangkat ke Australia, kelmarin untuk menyertai GP Australia di Litar Phillip Island hujung minggu ini.

Ketika diajukan dengan soalan yang lebih peribadi mengenai teman istimewa, Zulfahmi tidak menafikan yang dia sedang mengenali hati budi seseorang, tetapi hubungan tersebut masih di peringkat awal.

“Dia masih lagi belajar, saya pula jarang berada di Malaysia. Lagipun, kami cuma berkawan tidak ada yang lebih daripada itu. Saya baru berusia 21 tahun, perjalanan saya masih jauh,” ujarnya.

 

Untuk makluman:

 

DISEMBER 2012:

Ustaz Kazim – Cinta Allah Cinta Rasul – di Keramat KL

Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR – Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

KEKELIRUAN sering timbul apabila seseorang itu bercakap tentang Perlembagaan. Bukan sahaja di kalangan rakyat awam tetapi ada juga sesetengah golongan yang mempunyai latarbelakang perundangan masih keliru dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen undang-undang utama negara, ia tidak hanya harus dibaca secara tersurat tetapi apa yang tersirat juga memainkan fungsi yang penting di dalam memahami Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan ini sebenarnya mengabsahkan susun atur masyarakat sebelum kemerdekaan lagi. Ia bukan wujud secara kebetulan sahaja. Ia juga merupakan dokumen toleransi ansur antara kaum di Malaysia berdasarkan prinsip ‘jus soli’.

Malah Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan ini menerima banyak memorandum daripada segenap lapisan masyarakat yang menyuarakan hak yang mereka inginkan dalam sebuah negara merdeka.

Selagi Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa, setiap rakyat Malaysia perlu menerima keluhuran Perlembagaan Persekutuan ini mengikut kerangka dan skema yang ada berdasarkan kepada tafsiran-tafsiran yang telah diputuskan oleh mahkamah dari masa ke semasa.

Sebelum Perlembagaan itu sendiri wujud, sebenarnya telah ada undang-undang, sama ada yang berkuatkuasa sebelum kedatangan penjajah ataupun yang digubal semasa penjajahan itu sendiri oleh pihak penjajah. Beberapa peruntukan yang khusus mengenai undang-undang Islam juga telah terlaksana di Tanah Melayu.

Sebagai contoh, Undang-Undang 99 Perak dengan tegas menyatakan jika didirikan hukum Quran dengan undang-undang di dalam negeri nescaya amanlah isi negeri. Malah barang siapa yang tidak mengikut hukum tersebut hendaklah di luar negeri atau di dalam hutan. Pemerintah pula hendaklah memakai al-Quran sebagai panduan dan kegagalan menggunakannya tidak boleh memerintah negeri.

Menurut pakar undang-undang Perlembagaan tanah air terdapat tujuh ciri asas yang menjadi tulang belakang perlembagaan itu sendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu;

1. Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

2. Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan

3. Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan

4. Pengasingan kuasa eksekutif, parlimen dan kehakiman

5. Raja berperlembagaan

6. Demokrasi berparlimen

7. Badan kehakiman yang terpisah dari penguasaan parlimen dan eksekutif.

Ketujuh-tujuh ciri asas ini tidak boleh dihakis daripada Perlembagaan kerana ia akan merosakkan teras Perlembagaan itu sendiri. Malah ketujuh-tujuh ciri ini hendaklah dipertahankan satu persatu oleh semua pihak, sama ada pemimpin ataupun rakyat sendiri.

Sebarang usaha untuk menyahkan ciri asas ini akan dilihat sebagai menongkah arus dan membawa negara kepada kekacauan kerana kerangka Perlembagaan itu sendiri telah dipersetujui sejak dahulu lagi. Pemansuhan ciri asas ini perlulah mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat seperti Raja-Raja Melayu, Kerajaan dan juga rakyat pelbagai kaum terutamanya orang Melayu yang merupakan anak watan negara.

Jika diteliti sebenarnya terdapat begitu banyak peruntukan yang berkaitan dengan Islam dan hak orang Melayu disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan. Antaranya; Islam sebagai agama bagi Persekutuan, hak kebebasan menganut, mengamal dan menyebarkan agama Islam, menggunakan dana awan bagi tujuan Islam, kedudukan terpelihara mahkamah syariah, pengecualian penolakan undang-undang Islam ketika darurat serta penetapan hal ehwal Islam terletak dalam bidangkuasa negeri.

Islam bukan sekadar agama rasmi sahaja tetapi ia adalah agama bagi Persekutuan. Implikasi agama bagi Persekutuan ini adalah berbeza dengan agama rasmi. Hal yang demikian dijelaskan oleh Hakim Mohd Noor di dalam penghakimannya di dalam kes Meor Atiqurrahman mlwn Fatimah Sihi dan Hakim Ahmad Fairuz memutuskan dalam kes Lina Joy mlwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (lihat fakta)

Menerusi kedua-dua penghakiman di atas, kedudukan Islam adalah jelas tersurat. Oleh itu konsep negara sekular sebagaimana yang dicanangkan oleh sesetengah pihak adalah tidak berlandaskan kepada Perlembagaan itu sendiri. Apatah lagi perkataan sekular itu sendiri tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berbanding dengan kes terdahulu yang sering dirujuk bagi menyokong dakwaan Malaysia adalah negara sekular di dalam kes Che Omar bin Che Soh mlwn PP yang telah dikesampingkan oleh penghakiman- penghakiman yang lebih terkini.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

October 2012
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid