You are currently browsing the monthly archive for October 2012.

dipetik dari: utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Malaysia tidak pernah diputuskan atau diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular malah perkataan itu langsung tidak disebut di mana-mana bahagian Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan perkara itu diperkukuhkan dengan peruntukan-peruntukan lain.

Katanya, kedudukan Malaysia adalah berbeza dengan negara sekular seperti Amerika Syarikat, India dan Turki yang secara jelas memperuntukkan elemen sekular di dalam Perlembagaan mereka.

Berhubung kes Che Omar Che Soh lawan pendakwaraya pada tahun 1988, Mohamed Nazri berkata, Mahkamah Agung tidak pernah memutuskan atau mengisytihar negara ini sebagai sebuah negara sekular.

Bagaimanapun, perkara yang diputuskan adalah undang-undang sekular terus terpakai di Malaysia berdasarkan Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan.

“Sungguhpun begitu, didapati bahawa di bawah Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan, perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada undang-undang yang digubal sebelum Hari Merdeka ialah ‘undang-undang yang sedia ada’ (existing laws) dan bukannya ‘undang-undang sekular’,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan John Fernandez (DAP-Seremban) yang bertanya adakah Malaysia masih lagi merupakan negara sekular, selaras dengan keputusan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dalam kes Che Omar Che Soh lawan Pendakwaraya (1988).

Menurut Mohamed Nazri, kedudukan Islam yang istimewa berbanding dengan agama-agama lain turut diiktiraf dalam kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah tertinggi negara termasuk dalam kes Lina Joy melawan Majlis Agama Islam dan lain-lain (2007).

“Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Ahmad Fairuz telah merujuk kes Che Omar Che Soh yang mengiktiraf bahawa Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma dan ritual tetapi adalah suatu cara hidup yang lengkap.

“Islam itu merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman,” katanya.

dipetik dari laman sesawang Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

  1. Menyedari kemasukan ajaran yang bercanggah dengan ‘Aqidah Islam terutamanya ajaran Syi’ah dan fahaman liberalisme dan pluralisme agama telah menular ke dalam Umat Islam Malaysia maka:
    1. Kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau pergerakan kumpulan ini di bawah seliaan JAKIM.
    2. Mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa Agama di semua peringkat agar mengambil tindakan tegas menyekat ajaran dan fahaman tersebut.
    3. Pengamal Syi’ah, liberalisme dan pluralisme dan pembawa ajaran dan fahaman ini perlu dipanggil untuk diberi kaunseling dan nasihat supaya mereka menghormati kedaulatan Islam serta patuh kepada undang-undang dan enakmen agama sedia ada.
  2. Menjunjung  Islam sebagai Agama Persekutuan maka:
    1. Seminar Dakwah Nasional 2012 hari ini meminta semua warganegara Malaysia menghormatinya dan tidak memberi komen-komen dan saranan-saranan yang boleh mencetuskan kekeliruan, kegelisahan dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat yang boleh membawa kepada ketidakstabilan negara.
    2. Seminar Dakwah Nasional 2012 ini juga meminta pihak berkuasa Negara dalam semua sektor benar-benar memperkasakan Islam sebagai Agama Persekutuan dengan memperkemas dan melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan prinsip Islam.
    3. Untuk tujuan di atas, kerajaan wajar mewujudkan suatu Suruhanjaya Khas untuk memperkasa dan memelihara Islam sebagai Agama Persekutuan dan memberi syor-syor dan nasihat ke arah hasrat tersebut.
  3. Menyedari dakwah Islamiah adalah sebagai tonggak kekuatan ummah maka seminar:
    1. Menyeru pihak berkuasa bersama dengan NGO-NGO dakwah mewujudkan dakwah bersepadu kepada segenap rakyat Malaysia.
    2. Untuk tujuan itu, perlu diwujudkan satu sekretariat dakwah di bawah seliaan JAKIM membuat kurikulum sepadu supaya kecelaruan masyarakat terhindar:
      • Diseragamkan semua pengajaran di masjid-masjid berdasarkan teks-teks yang telah dipersetujui mengikut faham epistemologi Ahli Sunnah wal Jama’ah.
      • Diadakan pemantauan terhadap pengajian-pengajian yang diadakan di masjid-masjid dan lain-lain pusat pengajian.
      • Dikaji dan dipinda semula bersesuaian dengan ajaran Ahli Sunnah wal Jama’ah
    3. Mewujudkan Majlis Ulamak Kebangsaan bagi mengumpul semua ulamak yang dihormati dan amanah untuk menyatukan ummah.
  4. Bagi mengerakkan Dakwah Islamiyyah dengan tersusun dan berencana, hendaklah;
    • Diwujudkan segera satu pusat kajian strategik Islam untuk melakukan segala kajian dan perancangan untuk melaksanakan pengarahan kerja yang strategik dengan perancangan jangka panjang.
    • Memperkasakan agensi-agensi Dakwah dengan keprofessionalan dan pengurusan yang efektif dan efisien beserta koordinasi yang mantap di antara NGO-NGO Islam dan agensi-agensi ini.
    • Diberi peruntukan yang sewajarkannya oleh kerajaan sesuai dengan Islam sebagai Agama Negara.

*************

Untuk Maklumat Seminar Dakwah Nasional – klik

Untuk Senarai Pembentangan Kertas Kerja – klik

source: Bernama

KUALA LUMPUR: The Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, likened the act of desecrating the Jalur Gemilang, which is one of the national symbols, as an attack on the nation’s sovereignty.

“Whatever our political or ideological differences, our national symbols belong to all citizens.

“By allowing these symbols to be trashed, we are opening ourselves up to a host of consequences, including the possibility of inflaming passions, inviting tit-for-tat retaliation and so forth.

“Hate and anger are some of the most powerful human emotions. When they take hold of society, they are difficult, and oftentimes impossible, to control.

“Our national symbols should therefore be placed above the political fray,” he said when launching the Malaysia Brand Forum 2012, here on Thursday.

Raja Nazrin said the act of desecrating a flag was more than one individual’s statement of disrespect and criticism.

“The act is deliberately designed to insult what many others treasure and consider a source of pride and joy.

“Whatever one may think of the rights of individuals to express themselves, the larger consequences of their actions cannot and should not be ignored,” he said.

Raja Nazrin said some countries had enacted specific laws to protect their national symbols, including Austria, France, Germany and Switzerland, with specific penalties for the desecration of their national flags.

Raja Nazrin also expressed concern over the tendency of some quarters to discredit and undermine the national symbols that play such an important role in Malaysian national life.

“I am also concerned about the extent to which some are pushing against the institutional pillars that are holding up this nation.”

He said there were at least two reasons why this might be the case.

One is a fundamental misunderstanding of how individual rights and freedoms are to be exercised within the context of a nation.

The other is the impact of generational change in eroding the significance, meanings and value of nation building and its symbols.

Raja Nazrin said human beings had always craved for freedom, however, “if boundaries are disregarded in the exercise of individual freedoms, we will end up weakening rather than strengthening the bonds that bind us as a nation. We need to instil in our young a sense of responsibility and community”.

As with generational change, he said: “With each passing generation, people become less familiar with the circumstances around which this country was formed and built. That is why I cannot over-emphasise enough the need for both well-thought and well-taught history in our schools.

“In this way, our students can better appreciate and respect the national institutions and symbols around us. This appreciation and respect are clearly missing when national symbols are deliberately desecrated.” – Bernama

Berikut adalah senarai lokasi yang diterbitkan oleh JPJ dari laman sesawang mereka.

**************

Untuk senarai penuh LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES DI LAMPU ISYARAT – klik di sini.

Untuk senarai penuh LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES UNTUK MENGESAN  HAD LAJU – klik di sini

Berhati-hatilah di jalan raya.

Dua buku baru terbitan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) akan dilancarkan sempena Seminar Dakwah Nasional pada 8-9 Oktober 2012.

Buku-buku tersebut adalah:

1. Falsafah Agama John Hick: Pengamatan Dari Kacamata Ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah karya Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

2. Pluralisme Agama Di Alam Melayu – Satu Ancaman Kepada Kesejahteraan Umat karya Datuk Ustaz Nakhaie Ahmad

Kedua-dua buku ini akan disempurnakan pelancarannya oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sempena Majlis Pelancaran Seminar Dakwah Nasional 2012 pada 8hb Oktober 2012 (Isnin) jam 3:00 petang di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

***************************

Maklumat Seminar Dakwah Negara 2012: sila klik di sini

Cara Mudah Untuk Daftar SDN2012sila klik di sini

Tujuan Penganjuran Seminar Dakwah Nasional 2012: sila klik di sini

dari: http://muafakatmalaysia.com/

 

Anjuran: MUAFAKAT

Cara mudah dan cepat untuk pra-daftar Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012:

[untuk maklumat tajuk-tajuk pembentangan dan para pembentang – klik]

***

***

1. Daftar melalui SMS:

Taipkan [Nama] [No. KP] [No. Telefon] – hantar ke  012-650-6404 atau 016-395-6497

Jika ada lebih dari satu nama – senaraikan semua maklumat tersebut dan selangi dengan tanda palang “/”

2. Daftar melalui panggilan telefon:

Hubungi:

  • Urus Setia SDN2012: 03 4107-1025, atau
  • Sdr. Nasrul: 012-650-6404, atau
  • Sdr. Wan Burhan: 016-395-6497

Berikan maklumat:

  • Nama
  • No. KP
  • No. telefon
3. Daftar melalui emel:
Taipkan “Pra-Daftar SDN2012” pada “perkara/subject” emel
Berikan maklumat:
  • Nama
  • No. KP
  • No. telefon
Hantar emel ke: muafakat_malaysia@yahoo.com
Senaraikan maklumat-maklumat di atas jika ramai yang ingin mendaftar sekali gus.
4. Faks Borang Pengesahan Kehadiran
Borang boleh dimuatturun dari:

Borang Pengesahan Penyertaan SDN2012 (dalam format MS-Word)

Borang Pengesahan Penyertaan SDN2012 (dalam format pdf)

Hantar melalui Faks: 03 4106-1026

****

PADA HARI WACANA:
1. Lapor di kaunter PENDAFTARAN (kaunter mula dibuka pada jam 8:00 pagi)
2. Periksa nama anda – tandakan kehadiran
3. Dapatkan beg dan kertas kerja seminar.
  • Majlis bermula jam 8:00 pagi – dengan pendaftaran dan Sarapan.
  • Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak urus setia:
    • Urus Setia SDN2012: 03 4107-1025, atau
    • Sdr. Nasrul – 012-650-6404, atau
    • Sdr. Wan Burhan – 016-395-6497

sumber: http://muafakatmalaysia.com/

Berikut adalah senarai tajuk dan para pembentang kertas-kerja.

1. Ucap Utama – Dakwah Sebagai Teras Induk Perjuangan Menegakkan Islam

Shaikh (Dr) Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Felo Yang Amat Utama,International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)

2. Dakwah Islamiyyah Sebagai Madrasah Pengukuhan ‘Aqidah

Dr. Wan Adli Wan Ramli, Pensyarah, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya merangkap Naib Presiden, MUAFAKAT 

3. Dakwah Islamiyyah Dalam Membendung Serangan Pasca-Modenisme

Dr. Amran Muhammad, Mantan Timbalan Pengarah, Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat (JPP) MUAFAKAT 

4. Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Hegemoni Barat

Prof. Dato’ Dr Sidek Baba, Profesor Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

5. Dakwah Islamiyyah Sebagai Medium Integrasi Nasional

Ir. Dr. Muhamad Fuad Yeoh Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) merangkap Timbalan PresidenPersatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) 

6. Dakwah Islamiyyah Sebagai Instrumen Membina Tamadun

Profesor Dato’ Paduka Mohamad Abu Bakar, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya

7. Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia

Sdr. A Karim Omar, Setiausaha Agung, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) 

8. Peranan Penulisan Dalam Dakwah Islamiyyah  

Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Pengarah Institut Tamadun Melayu,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)  

9. Peranan Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia

Datuk Ustaz Hj Mohd Nakhaie Ahmad, Presiden Dakwah Global Friendship Society dan Mantan YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

10. Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia

YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Pengarah Pusat Fiqh Kontemporari merangkap Ahli Parlimen Bachok

KLIK untuk maklumat pendaftaran

dari http://muafakatmalaysia.com/

 

Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah ke 4

Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012

Tema:

Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah

Anjuran:

 Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

TARIKH:

8 – 9 Oktober 2012

Bersamaan

22 – 23 Dzul Qaedah 1433H

Isnin dan Selasa

TEMPAT:

Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Kuala Lumpur

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

October 2012
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid