You are currently browsing the monthly archive for January 2013.
Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam yang juga penerbit majalah mingguan, Herald Catholic Weekly telah mengemukakan permohonan semakan penghakiman mengenai larangan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.
Permohonan mahkamah dibuat selepas Menteri Dalam Negeri meluluskan permit ‘The Herald’ dengan mengenakan syarat bahawa larangan penggunaan perkataan Allah dan perkataan ’Terhad’ perlu dicetak pada muka depan majalah tersebut, iaitu hanya diedarkan kepada penganut Kristian di gereja.
Ketika itu Menteri Dalam Negeri adalah Tan Sri Syed Hamid Albar.
Paderi Pakiam sebagai pemohon mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden Kedua.
Barisan peguam mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur adalah Porres Royan, S. Selvarajah, Leonard Tech, Annou Xavier dan Benjamin Dawson dari firma guaman Tetuan Fernandez & Selvarajah.
Manakala barisan peguam yang mewakili responden pertama dan kedua diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, iaitu Dato’ Kamaludin bin Md. Said, Mohd Naser bin Disa, Suzana Bte Atan, Arik Sanusi bin Yeop Johari dan Andi Razalijaya A. Dadi.
Kes ini dibicarakan di depan hakim Datuk Lau Bee Lan, di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas)
Naser Disa, salah seorang Peguam Kanan Persekutuan bagi responden pertama dan kedua memberi penjelasan terperinci tentang perbicaraan kes tersebut.
Tontonilah rakaman video di bawah, penjelasan Naser Disa tentang isu tersebut ketika ‘Forum Polemik Isu Kalimah Allah’ anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20 Januari 2013.
Sumber: http://www.anwaraidc.com
Wajar untuk kita sama-sama fahami polemik isu kalimah Allah ini dalam konteks Perlembagaan Persekutuan kita. Penjelasan baik oleh Tuan Haji Naser Disa di sini:
.
.
Ini adalah rakaman semasa Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013.
Dengarlah dari orang yang terlibat dari awal dalam isu tuntutan ini.
Moga kita boleh faham dan tidak lagi membuat komen-komen yang tersasar kerana terbawa-bawa dek kerana kita tidak faham isu ini.
Sebarkanlah supaya dapat dimanfaatkan oleh ummah.
Petikan ceramah Bro. Shah Kirit dalam forum Isu Kalimah Allah – Apa Sensitiviti Kita? pada 17hb Januari 2013 di Masjid Al-Azim Pandang Indah
Satu lagi panelis ialah Ustaz Kazim Elias. Videonya boleh diakses di sini: Ustaz Kazim: Sensitiviti Kita Dalam Isu Kalimah Allah
Alunan merdu para pelajar tahfiz Dar al-Qur’an wa al-Hadith Taman Permata Ulu Klang semasa Wacana Kemungkaran LGBT anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) di Dewan Besar UTM Kampus Antarabangsa Jalan Semarak, KL pada 22 April 2012 bersamaan 30 Jamadil awal 1433.
Untuk lain-lain rakaman alunan qasidah para pelajar Dar al-Qur’an wa al-Hadith ini boleh didapati di http://www.youtube.com/user/akarimomar/videos
Rakaman penuh forum “Isu Kalimah Allah – Apa Sensitiviti Kita?” oleh Ustaz Kazim Elias di Masjid Al-Azim Pandan Indah pada 17hb Januari 2013. Forum anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama dengan seorang laigi ahli panel Bro. Shah Kirit.
Keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS tidak membenarkan Kalimah ALLAH digunapakai oleh masyarakat bukan Islam (non-muslim) di Malaysia menerima pelbagai reaksi dari kalangan bukan Islam dan juga penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Mereka menganggap PAS sebagai sebuah parti lidah bercabang.
Ada juga yang menyebut ‘Anything But PAS/ Asalkan Bukan PAS (ABP)’ sepertimana laungan ‘Asalkan Bukan UMNO/Anything But UMNO (ABU)’.
Sebagai seorang Islam, sudah pasti kita akan menyokong pendirian Majlis Syura Ulama’ PAS dan menentang sesiapa sahaja yang menyokong kemahuan pihak Kristian menggunakan kalimah ALLAH sebagai terjemahan kepada God/Lord. Penentangan ini tanpa mengira sama ada individu tersebut seorang pimpinan/ahli PAS, pimpinan/ahli PKR, bekas mufti atau kalangan ustaz selebriti.
Berikut SJ paparkan beberapa reaksi terhadap keputusan Majlis Syura ulama’ PAS yang disiarkan di MalaysiaKini (untuk bacaan lanjut klik: http://www.malaysiakini.com/news/218949dan http://www.malaysiakini.com/news/218948):
Antara tercatat dalam komen-komen tersebut ialah:
Golongan bukan Islam juga menyatakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta beberapa pimpinan/ ahli PAS lain yang memenangi pemilihan dalam parti sebagai ‘so-called liberals’, kerana sebelum ini menyokong kalimah ALLAH digunakan oleh mereka:
Baca juga statement berikut yang menganggap Majlis Syura Ulama’ PAS sebagai idiots:
PAS dikatakan sebagai double talk atau lidah bercabang:
Mereka juga bersedia membuang PAS dari Pakatan Rakyat sekiranya telah berjaya memerintah negara!
Penyokong Pakatan Rakyat berkata ‘Asalkan Bukan PAS/Anything But PAS (ABP)’:
***********
reblog from: http://suarajagat.wordpress.com
Adalah jugak faedah bantah perkahwinan sejenis ni. Peliknya ada orang kita yang berjuang untuk kebebasan dan hak LGBT.
dipetik dari laporan Reuters in Paris dari guardian.co.uk, Sunday 13 January 2013.
Several hundred thousand people massed at the Eiffel Tower in Paris on Sunday to protest against President François Hollande’s plan to legalise gay marriage and adoption by June.
Three columns of protesters, waving pink and blue flags showing a father, mother and two children, converged on the landmark from different meeting points in Paris. Many came after long train and bus rides from the provinces.
Hollande has pledged to push through the law with his Socialists’ parliamentary majority but the opponents’ campaign has dented public support and forced deputies to put off a plan to allow lesbian couples access to artificial insemination.
Champ de Mars park at the Eiffel Tower was packed, but turnout estimates varied widely. Organisers claimed 800,000 had protested, while police put the number at 340,000.
“Nobody expected this two or three months ago,” said Frigide Barjot, a flamboyant comedian leading the “demo for all”. At the rally, she read out a letter to Hollande asking him to withdraw the draft bill and hold an extended public debate on the issue.
Strongly backed by the Catholic church hierarchy, Barjot and groups working with her mobilised church-going families and political conservatives as well as some Muslims, evangelicals and even gay people opposed to same-sex marriage.
Hollande’s office said the turnout was substantial but would not change his determination to pass the reform.
“The French are tolerant, but they are deeply attached to the family and the defence of children,” said Daniel Liechti, vice-president of the National Council of French Evangelicals, which urged its members to join the march.
Opponents of gay marriage and adoption, including most faith leaders in France, have argued that the reform would create psychological and social problems for children, which they believe should trump the desire for equal rights for gay adults.
Hollande has angered those opposed to same-sex marriage by trying to avoid public debate on the reform, which justice minister Christiane Taubira described as “a change of civilisation”, and then wavering about some of its details.
His handling of other promises, such as a 75% tax on the rich that was ruled unconstitutional and a faltering struggle against rising unemployment, have dented his popularity in recent opinion polls.
Support for gay marriage in France has slipped by about 10 percentage points to below 55% since opponents began speaking out, according to surveys, and fewer than half of those polled recently wanted gay people to win adoption rights.
Organisers insist they are not against gay and lesbian people but for the rights of children to have a father and mother.
Slogans on the posters and banners approved by the organisers included “marriagophile, not homophobe,” “all born of a father and mother” and “paternity, maternity, equality”.
Civitas, a far-right Catholic group that sees homosexuality as a sin, staged a much smaller march along another route.
Perhimpunan Bersih 4.0 semalam, atau yang “rebranding”nya berbunyi KL#112, telah berlalu pergi. Tercapai atau tidak niat dan hasrat mereka untuk mengumpul sejuta orang itu tidak mahu kita bicara di sini. Sepertimana tajuk di atas, kenapa angka yang dipilih untuk menandai perhimpunan ini ialah 112?
Ianya berlangsung pada 12hb Januari 2013. Sepatutnya angka 121 yang dipilih. Bukankah setahun yang lalu angka 901 digunakan untuk perhimpunan di Jalan Duta pada hari keputusan pembicaraan Anwar, iaitu 9hb Januari 2012. Dengan mengguna format yang digunapakai di Malaysia (bukan di Amerika Syarikat) angka yang logik diguna untuk perhimpunan semalam ialah 121 atau 1201.
Dengan sedikit carian dalam internet kita dapat temui angka 112 adalah suatu angka yang ada kaitan dengan Bible Kristian dari susun atur angka dalam bahasa Hebrew yang memberi pengertian Tuhan mereka. Kajian numerologi dari susunan abjad dari 22 abjad dalam bahasa Hebrew ini memberikan pengertian angka 112 itu bermaksud “The LORD God” atau YHVH Elohim [YHVH = Yahaweh (atau Jehovah), inilah nama yang sebetulnya untuk Tuhan Kristian, bukannya Allah, perkara ini dibicara dalam posting Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam – klik untuk baca]
Of great significance is the fact that the number 112, the order number of the triangle, is the Hebrew gematria of JEHOVAH-ELOHIMor LORD God.
The Triangle is the 112th triangular number 6328 and 112 is the value of Jehovah-Elohim (LORD God) and 6328 in ascending digits is 2368, the value of Jesus Christ. (http://www.fivedoves.com)
Dalam pada kalimah Allah hendak mereka hina dengan menyamakan Allah Yang Maha Esa dengan Tuhan Triniti mereka , puak-puak gereja mengajak rakyat Malaysia berhimpun mengagungkan “The LORD God” mereka. Umat Islam kita berpecah dalam isu kalimah Allah – dalam pada sesetengah mereka membenarkan puak gereja mengguna kalimah Allah mereka inilah pulak yang mengagungkan pula angka yang mengangkat nama Tuhan Kristian ini. Astaghfirullah
Apakah ada dalam pakar strategi perhimpunan semalam yang membawa agenda Kristian?
Wallahu’alam
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam.
Perkara itu didedahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang merujuk kepada perakuan di dalam buku tulisan paderi tersebut iaitu Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.
Katanya, berdasarkan buku itu, Jahja memberitahu bahawa kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) ialah Elohim.
Menurut Wan Zahidi, jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah bukan Allah, berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.
“Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh Jahja telah menerbitkan kitab suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT) yang mana terjemahan itu tidak lagi tertera kalimah Allah, sebaliknya menggunakan Elohim sebagai nama sembahan orang Kristian.
Laporan di atas diambil dari Utusan Malaysia.
Baca teks penuh dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di sini (KLIK)
***************************************************
Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
***************************************************
Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
Akhirnya gambar KL Jem Gilerr Pagi Nih! terbongkar bahawa ianya hanyalah satu pembohongan.
Seorang rakan FB mengirim gambar asal yang sebenarnya dipetik dari sebuah portal berita dari Florida Amerika Syarikat yang melaporkan fenomena Carmageddon yang berlaku di bandaraya Los Angeles, juga di Amerika Syarikat, pada tahun lepas.
Mujur admin FB group tersebut cepat men”delete”kan posting tersebut sebaik saya menegur kedudukan kenderaan yang salah bukan suasana jalanraya di Malaysia. [tapi sempat saya “screen capture”nya – yang saya kongsikan di atas]
Begitulah ianya sebagai peringatan untuk kita semua, terutama kita umat Islam agar berhati-hati menerima sesuatu berita. Kesahihan sesuatu berita yang kita terima adalah amat penting. Ini kerana kita bertanggung-jawab atas sebaran berita palsu.
Kadang-kadang kita mudah menerimanya apabila kita rasa ianya menyebelahi kita sambil kita menghentam puak yang kita tidak suka, seperti contoh di bawah (komen dari gambar di FB tersebut):
Hinggakan kadang-kadang timbul perasaan syok sendiri walaupun diri tertipu:
Kesian …
Semoga Allah memelihara kita semua dari fitnah akhir zaman. Ameen.
**********
Dikemaskini tambahan:
Boleh sesiapa tolong perjelaskan kenapa gambar yang sama ini juga tercatat di FB yang tercatat nama Anwar Ibrahim di bawahnya?
Recent Comments