Akhirnya gambar KL Jem Gilerr Pagi Nih! terbongkar bahawa ianya hanyalah satu pembohongan.

jam jalan2Seorang rakan FB mengirim gambar asal yang sebenarnya dipetik dari sebuah portal berita dari Florida Amerika Syarikat yang melaporkan fenomena Carmageddon yang berlaku di bandaraya Los Angeles, juga di Amerika Syarikat, pada tahun lepas.

jam jalan-carmegeddon

Mujur admin FB group tersebut cepat men”delete”kan posting tersebut sebaik saya menegur kedudukan kenderaan yang salah bukan suasana jalanraya di Malaysia. [tapi sempat saya “screen capture”nya – yang saya kongsikan di atas]

Begitulah ianya sebagai peringatan untuk kita semua, terutama kita umat Islam agar berhati-hati menerima sesuatu berita. Kesahihan sesuatu berita yang kita terima adalah amat penting. Ini kerana kita bertanggung-jawab atas sebaran berita palsu.

Kadang-kadang kita mudah menerimanya apabila kita rasa ianya menyebelahi kita sambil kita menghentam puak yang kita tidak suka, seperti contoh di bawah (komen dari gambar di FB tersebut):

jam jalan-komen1

Hinggakan kadang-kadang timbul perasaan syok sendiri walaupun diri tertipu:

jam jalan-komen2

Kesian …

Semoga Allah memelihara kita semua dari fitnah akhir zaman. Ameen.

**********

Dikemaskini tambahan:

Boleh sesiapa tolong perjelaskan kenapa gambar yang sama ini juga tercatat di FB yang tercatat nama Anwar Ibrahim di bawahnya?

jalan-jem anwar