Sekadar untuk renungan bersama.

Apabila kita hendak terjemahankan istilah “car” dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu maka kita sebut “kereta”. Dan kalau kita di Indonesia ianya diterjemahkan kepada “mobil”.

Kita tidak boleh, hanya kerana jenama buatan Malaysia ialah Proton, terjemahkan “car” dengan “Proton”. Tidak semestinya semua jenama kereta adalah Proton.

Begitulah kiasannya bagi mereka yang jujur untuk berfikir … terutama dalam polemik isu kalimah Allah. Apakah “man” itu diterjemahkan sebagai “Isa” atau kita sepatutnya sebut “lelaki”?